Friday, November 30, 2007

Mari kita terjah..


Salamz sejahtera dan ceria di hari jumaat yg indah ini. Pokcik tidak dapat menulis banyak kerana badan agak dedor2 sikit. Macam nak demam pun ada.. mungkin pokcik nak tumbuh gigi lagi agaknya hik hik..

Semoga anda semua sihat, santai dan gumbira selalu di hujun minggu ini.

Kalau ada masa terluang, pergi laa jalan2 ke Dataran Merdeka , sabtu dan ahad ini, kerana di sana ada " Fiesta Ushawan Luar Bandar " yang dianjurkan oleh Kemas. Banyak pameran dan booth yang disediakan.

Termasuklah booth bernombor 31 yg ada "Dol Leman" didalamnya. Dari sumber angin2 yg boleh dipercayai, Dol Leman akan mula dijual di situ... Sudi2lah mendapatkannya, kalau tak sudi pun maka sudi2kan la jua.

Jangan kata Dol Leman, penulisnya pun barangkali ada, kalau tak de pun.. iksh.. iksh.. bior pokcik jek la yg pergiii....

Mari kita terjah.. yihaaaaaaaaaa

( Lari sambil angkat kain tinggi2.. )

5 comments:

"Vidara Nieta" said...

dengan penuh rasa bangga, Vee dah beli dan dah habis baca pun buku Dol Leman pokcik tu.. penuh aksi saspen la pulak.hehehe. bila nak bagi autograph?

Mersik said...

Vnieta - Oh! ye ke? iksh iksh cam mana ni.. pokcik pun belom baca lagi (dlm bentuk buku). Waaa tak aci ni, jelesnyer.. hu huu

Autograph? keke bleyy.. bila2 saja.. time ngeteh2 ka? hu huu

Apa2 pun terima kasih daun keladi.. awak oang yg pertama beli n baca serta mengkabokan pd pokcik.. yihaa

"Vidara Nieta" said...

huhuhu..rasanya kot, org pertama.sbb 11pagi Vee dtg,buku pokcik xsampai lg..petang tu Vee dtg balik mmg dgn nawaitu beli buku pokcik tu. ingat tau janji pokcik nak sain buku..ni big fan pokcik ni. hehehe

nurazzah8 said...

pOKCIK...saya tak dapat lah nak pergi ke sana...sibuk dgn persiapan nak gi haji...Pokcik tolong simpan stu utk anak2 saya ya... kena sign sekali tau...

Mersik said...

vnieta - Amboi2.. bersemangatnya dia..caya laa.. Aloh, jgn ler big2 fan.. malu laa pokcik..

InsyaAllah..nnti pokcik sain laa.. pas tu ngeteh2 sekali kekek hu huu


nurazzah8 - Tak apa, uruskan yg penting2 dulu..InsyaAllah, nnti Dol Leman akan menziarahi ke umahnya nanti..hik hik