Monday, November 12, 2007

Bunyi hujan...

Pokcik duduk bersila mengadap bumbung yang sedikit renggeh dan berombak sejak tengah hari tadi. Hujan yang melebat sejak subuh tadi kadang2 begitu menganggu ketenangan pokcik yg ingin melayan perasan sendiri. Bersedih sepi mengenangkan raya yg baru saja pergi.

Nampaknya bumbung ini pun sakit ditimpa hujan saban waktu. Barangkali ia perlu juga ditukar supaya jadi kukuh dan nampak cantik pada zahirnya.

Pokcik sedang berkira-kira ,

Kalau ditukar bumbung zink… nescaya pabila ditimpa hujan, bunyinya akan jadi tink, tink, tink..

Kalau ditukar bumbung genting… nescaya pabila ditimpa hujan, bunyinya akan jadi ting, ting, ting..

Kalau ditukar bumbung asbestos… nescaya pabila ditimpa hujan, bunyinya akan jadi tos, tos, tos..

Tapi, kalau dibiarkan atap begini saja… bunyinya akan kekal bertap, tap, tap

Tak mengapalah,

Sekurang2nya, ianya sama dengan bunyi air mata pokcik yang meleleh tatkala duka melanda hati.

Alahaii…

4 comments:

macai_suci said...

alahai pokcik....lama benar kita tak minum kopi di halaman pokcik nih...damai sungguh rasanya mendengar irama yang beralun

dEW! Sukm@ said...

Salam pokcik, baru kita tahu nada hujan yg turun begitu indah iramanya.. sesekali jika pokcik sedih, smslah kita, nnt kita temankan pokcik ya!

Purpleheart said...

Kenapa berduka.. kenang apa yang sayu tu..

Mersik said...

macai_suci - Ha'ah laa.. sungguh lamaa gitu. Kemanakah gerangannya pergi. Sudah terlupakah pada pokcik yg glamer serba hensem ini? kekekek...

Ooo disini memang damai gitu. Sesiap yg pernah merasai, pasti akan kemari lagi.. yihaa..


Dewi Sukma - Kekekek.. mmg indah.. iramanya saja. Jangan pulak main hujan, nanti demem... Uiii esemes ka? alah pokcik tak reti la.. tahu ya cuma miscall2 jek kekek


purpleheart - Ntah la.. mungkin tak kesampaian nk negeteh2 agaknya .. hik hik.. hu huuu