Wednesday, February 28, 2007

iksh iksh Dol nih..

"Dol! Mari sini..," laung pokcik bila terpandangkan si Dol yg galak berlari2 bermain polis sentri dengan adiknya.

"Ada pe tuk? " soalnya dalam nada mengah2. Namun pistol kayu di tangannya tergenggam kukuh, sebagai langkah berjaga2.

"Tak ada apa2, saja jek tuk nak ajak borak. Lama tuk tak borak2 ngan Dol. Haa.. musti Dol dah rindu ngan atuk nih hik hik “

"Eleh.. " cebik Dol pura2 , sambil perlahan duduk2 diatas tangga sebelah pokcik. Sekali sekala matanya melilau ke rumah dan tubuhnya tertunduk2 pabila melihat adiknya yg lari lintang pukang bila dipolis sentri oleh maknya sendiri. (kes suruh mandi tak mahu).

"Cam mana Dol nye sekolah tadika?, best tak? Belajar apa? “ pokcik cuba berbasa basi.

"Okey.. okey..," angguk Dol laju2. Mungkin seronok dengan aktiviti ketadikaannya.

"Dol belajar apa kat sekolah tuh," soal pokcik lagi.

"Ooo banyak.. , belajor membaca, tulis2, kira2, main2, lari2 .. macam2 laa..," jawabnya pantas.

"Oh Dol dah pandai kira aa? Atuk nak testing2 nih, testing kira2. Haa.. satu campur dua berapa?"

"Dol tahu tuk.. tentulah tigaaa..," sambil mengangkat sebelah tangan menunjukkan kelima2 jarinya. Pokcik tergaru2 kepala jap.. adehhh..

"Cikgu tadika baik tak? Apa dia selalu nasihat Dol?."

"Hmm macam2, suruh rajin belajar, rajin datang sekolah, rajin tolong ayah.."

"Ada sekali tu cikgu kata, kite kalau gi sekolah macam bawak bakul. Pergi dengan bakul kosong, balik nanti, bakul tuh penuh dengan barang2.. "

"Uii.. betul la tuh cikgu Dol kata..," Pokcik mula tertarik. Pandai betul cikgu tadika Dol nih buat kiasan. Senang budak nak faham.

Namun wajah Dol sedikit berkerut, seperti memikir sesuatu.

"Tapi.. cikgu tu tak cakap, kalau dah penuh mesti berat nak bawak balik..," tingkah Dol tiba2 , sebelum berlari balik ke rumah setelah melihat maknya tercangak2 mencari dihalaman.

Pokcik terkedu kejap.. Dol nih.. iksh iksh alahaii


NOTA : Pokcik juga dengan gembiranya mengambil kesempatan nak mengucapkan, Selamat hari Jadi buat teman (tapi mesra) yg selalu berkunjung kemari iaitu ebriza. Di hari paling indah ini, pokcik harapkan dia akan panjang hayat, ceria selalu dan success dalam kerjaya serta bidang yg diminati.

Monday, February 26, 2007

Waaa.. kena tag lagih.. iksh iksh..

Alahaii.. baru jek pokcik kabo2 siang, sudah kena tagged lagi.. tapi sebab kali ni penulis Zara Juita yg tagged, maka pokcik akur jek la.. hik hik huii glamer oo novelis tag2 pokcik nih.

Biasanye si Dol jek suka tet tet pokcik ( tembak dgn pistol kayu dgn mulutnya yang riuh berbunyi teet! teet! teet! . hik hik alahaii )


Ok aa.. antara 6 lagi yg pelik.. , tarik nafas anda dalam2.. sedia , mula.. masakkk.. ooops silap lah, baca !!

1. Pokcik kalau pakai baju suka yang kaler2 warna kelabu, sebab nak sesuaikan dengan pandangan mata pokcik yg semakin kelabu nih.. kekeke.

2. Pokcik kalau makan mee hoon goreng, tak suka perencah atau bahan2 tambahan yg banyak. Kalau terhidang, pokcik akan mengambil masa 5 kali lebih lama dari oang biasa2 makan. Yo la..sebab nak asingkan taugehnya, ladanya, sawinya, tauhunya, bawangnya, dl. alahaii..

3. Bila malam berlabuh dan pokcik mahu tidor, sukar untuk pokcik membezakan diantara selimut dan kain pelikat yg dipakai sebab kadang2 kedua2nya hampir sama ( atau memang sama.. huu huu hik hik ).

4. Bantal bucuk pokcik tuh sebenarnya tidak lah berapa bucuk, hanya terdapat tumpahan air tongkat Ali di tepi , setapak air liur yg dah kering, hujung bucu yg berburas kusam akibat selalu digentel dan bekas2 warna hitam dan coklat akibat lama di kepam2 dibawah celahah2an anggota tertentu.. hik hik. gegegege

5. Perkara paling mencabar kreadibiliti pokcik setiap pagi ( selain mandi air diperigi ) ialah melihat cermin dan bertanya , " Eh.. wajah hensem manalah nih ada lam cermin aku nih? " hik hik kekekekekeke alahaii.

6. Antara kuih2 yg pokcik suka ialah dari jenis keras dan goreng2 sahaja, cam karipap inti sedap, cucur badak, goreng ubi, jemput2 segala macam jenis ( termasuk yg oang jemput suo makan), kerepek2 dan popia salut sambal..


Hah?? Popia salut sambal??.. alahaii.. adehhh huuu.. huu hmmm gegege huu huu adehh…waaaaa.. uuuuu.. ooooooo


NOTA : Akan apabila tersebut sahaja popia salut sambal, secara tiba2 pokcik mersik jadi terkoma2 dan hilang ingatan, terhisteria dia sekejap. Harap maaf...


( jurucakap pondok)


Saturday, February 24, 2007

Haii.. pokcik pun kena tagged gak? iksh iksh

Opocots!.. terperanjat betul pokcik bila berkunjung ke blog Opah De, tak semena2 kena tagged. Uii pasrah kasih tul laa.. Mula2 pokcik ingatkan permainan apa tuh. Manalah tahu kut2 ader macam main Bang selembu ka, ram ram rip ka atau acilut ka? Lehlah pokcik ajak Dol join sekaki.. ( walau pun dia lebih suka main polis sentri) hik hik..

Iyo laa , kalau nak tahu sangat apa perangai pokcik yg amat2 pelik masa kini bior ler pokcik senarai hitamkan hik hii. Kalau nak diikutkan ada manyak ooo, melebihi patplo juta belas2 ribu gitu.. kang sampai tulat tunik kalian tak abih baca, memadailah dgn enam jek ye..hik hik..

1. Pokcik suka makan karipap dengan inti yang sedap2.. diulangi.. sedap2 sahaja. Kalau tak sedap, pokcik korek inti2nya.. bior makan kulit jek.. hik hik

2. Pokcik kalau melepak di anjung suka tak pakai baju. Kalau agak2 gatal senang nak keruk. Kerup kepala, keruk dagu, pipi, bahu, ketiak dan belakang pinggang. Kadang2 terbabas2 sampai ke dalam kain.. huuu hu tapi pokcik sukaa.. gegege alahaii

3. Pokcik suka berbual2 dengan cik tom walaupun kadang2 dia malas nak layan. Kadang bila dia nak keluar memalam merayap, selalu pokcik pesan " Cik Tom, ko jangan bawak balik tikus mati aa, bawak sekut tak pe " gegege.. gak2nya dah hafal la kut Cik Tom tuu hik hik..

4. Pokcik kadang2 sakit hati tul dengan budak Dol sebelah tuh. Selalu dia menyakat pokcik. Tapi bila dia tak de pokcik tersenyum2 sendiri mengenangkan telatahnya. Selalu jugak pokcik yg lebih2 usik dia. Pokcik panggil dia “ Dolemon “ . Tul la tuh.. kan bapak di nama Leman, so Dol Leman , Doleman, Dolemon , Doraemon… hah..kena apa? Kekekek

5. Pokcik suka merayap2 sambil tenguk2 gelagat manusia dimana2. Walau pun pada perasannya pokcik rasa mereka yg menengukkan pokcik. Lebih2 lagi sang gadis2 yang memerhati dengan pandangan yang nakal2.. Uii tak rela aku aihs... hik hik

6. Pokcik selalu merasa pelik, kenapa pokcik yg low profile nih, miskin, hina dina, buruk rupa, gigi tiada, makan seadanya, berpondok cuma , tapii? Boleh jadi GLAMERR !! gituu…kekekek

Haa.. cukup la tuh ye.. Dan ini dia mangsa2 pokcik seterusnya.. jeng ..jeng .. jeng..

1. dewi
2. cd

3. ebriza
4. karl
5. mamajambu
6. pezul

Uii.. best plak main mende nih.. Harap kalian seme jangan tagged pokcik lagi.. kang tak abih2 dok cerita yang pelik2 jek pasal pokcik mu ini.. alahaii

NOTA : Sapa tahu permainan yang lebih best dari tagged2 nih.. cam “wink’ *wink” ka .. hik hik..

Tuesday, February 20, 2007

Hidup tanpa sintaa..

Ibarat kopi dan sekut kering, kalau salah satunya tak de dalam santai malam pokcik ni, hmm.. rasa tak beerti itu. Ia saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Walaupun kopi Tongkat Ali rasanya pahit dan sekutnya tawar hebeh, namun bila di adungaulkan bersama, dikunyah perlahan2 didalam mulut, rasa pahit2 nya mengatasi rasa tawar dan begitulah sebaliknya. Perlahan2 rasa asalnya akan hilang dan akan terbitlah satu rasa lain yang penuh bertenaga.

Domkianlah juga perihal bersinta2an nih. Tak semestinya perlukan yang cantik dan kaya atau yang bagus2 sahaja. Yang buruk pun ada haknya. Ibarat kata pepatah Pujangga Hindi " Seluruh dunia sedang bercinta , tentu ada satu untukku ". Makanya sintaa adalah untuk semua gitu.

Tentu ada oang pernah berkata, cinta ibarat ramuan dalam masakan. Merwarnai bahan2 selain mencorakkan rasa agar lebih pelbagai. Terpulanglah kepada kepandaian masing2 untuk merencahkanya. Namun pabila selalu dibelai dan diberi kasih secukupnya, hasil daripada sintaa akan jadi indah dan menyakinkan.

Begitu juga dalam hal toleransi, juga amat wajar ibaratnya. bayangkan, kopi cair dan sekut keras, bila bersama boleh jadi serasi. Sedap lagi menyedapkan yang lain.

Oh! Banyak sungguh mende boleh dipelajari hanya dengan bersantai2 begini bersama kopi Tongkat Ali dan biskut kering. Walau bagaimana pun, bercerita pasal cinta , memang tak akan ada pengakhirannya sebab ianya bersifat universal dan ada dimana2 hatta melangkaui zaman dan waktu.

Amboi2.. cite pasal sinta plak pokcik malam nih.. Macam udah ketemu gitu.. oops..( sambil toleh kiri kanan..) hik hik Alahaii...


NOTA : Untuk karl , rasanya ini versi penuhnya , sinta ibarat kopi tongkat Ali dan sekut..

Monday, February 19, 2007

Selamat Hari Jadi Opah De. huu huu

Dikesempatan ini pokcik nak mengambil peluang utk mengucapkan,
Selamat Hari Jadi Opah De..!!


Kepada sahabat pokcik, antara yang paling dihormati dialam maya ini, Opah de !!! huu huu huuu..hik hik ( sambil gelek2 ulat sat hik hik ) ..

Semoga dengan pertambahan usia setahun Ahad ini, Opah De akan lebih dimurahkan rezeki serta berjaya dalam hidup. Tak lupa juga dimohonkan kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi dan succes hendaknya akan apa yang dihajatkan.

Walaupun jauh dirantauan sana namun terasa dekat2 dipondok ini selalu.. gegege

Alahaii...

NOTA : Semoga Opah De juga sembuh dari demam yang melanda.. iksh iksh birthday2 nih mana leh deman2.. hik hik

Saturday, February 17, 2007

Hujan pagi sabtu..

Hujan pagi sabtu..
Mengamit dingin pagi yang letih lesu
Membuang fikir2 pilu akan banjir hari tu

Namun
ku nanti saat ini
Setelah panas dan kering berhari-hari..

Hujan pagi sabtu
Titisnya jatuh ke pinggir tingkap
Tis.. tis.. tis..

Memantul jatuh ke dahiku
Tus.. tus.. tus..
Dan melajukan dengkuran
Kurr.. kurr.. kurr..

Hujan pagi sabtu
Dan mimpi-mimpi indah
Menjadi satu..


Bersama sidia yg istimewa
Bergelek berdansa , berkejaran2 sana
Bernyanyi berdendang
Berkasih , bercinta dan bermesra
Kira seme-seme lah tuh..

Hujan pagi sabtu
Terkebil-kebil berkelubung selimut
Konflik antara bangkit dan rebah
Manakah satu pilihanku?

Teringkatkan air dipergi
Hati dicengkam ngeri

Maka …

Terpaksalah ku
Memilih yang itu..

Krohhs.. krohhs.. krohhs..

Hujan pagi sabtu.. alahaii

Thursday, February 15, 2007

Limau manett..

Entah apalah mimpi di Ah Seng tu tetiba sahaja bagi sekotak liimau pada pokcik sewaktu melintas ke kedai kopinya.

“ Pokcik aa.. ini kasi angkat.. manett (manis) punya limau..” pelawanya bersungguh2. Namun melihatkan ruang kedainya yg semakin banyak gantung2an yg serba merah serta tanglung2 berbagai bentuk, pokcik baru teringat..

“ Ohh.. sudah mau layaaa aa.., “ jawab pokcik sambil ketawa..Kenapa pokcik boleh jawab terpelat, itu pokcik tak tahu. Memang sekarang nih kalau berjalan2 disekitar kedai2 depan tuh banyak kedai sudah terhias cantik , masing2 hendak memeriahkan dan memerahkan kedai masing2.

“ Gong Xii Faa Chaii aa Ah Seng !.. happy2 aa laya2 .. “ ucap pokcik berkali2. Sambil mengangguk2 kepala ( walau pokcik sedar dia oang cina , bukan oang Jepun).. Pemberiannya itu walau hanya sekotak limau , namun pokcik terima dengan tangan terbuka dan bahu serba lenguh. Yo laa nak membawaknya balik ke pondok tu.. hik hik..

Nampak nye bertambah2lah vitamen C dalam tubuh badan pokcik dua tiga hari nih.. hik hik alahaiii..

Wednesday, February 14, 2007

Jom nyanyi2..

Malam nih bila mendengar balik lagu latar pondok pokcik nih, rasa dah lama sangat berhindi2 gitu. So, sudah tiba masanya pokcik tukar lagu lain.

Dan seperti biasa, setiap kali ada lagu baru, pasti pokcik akan ajak seme bernyanyi2 sama.

Hantam sajalah lagu Arab nih… hik hik


Tamally Maak ( Amr Diab)

Tamally maak

We law hata ba eed any,
Fe alby hawak.

Tamally maak
tamally fe baly we fe alby
Wala bansak
Tamally waheshny,
Low hata akoon waiak.

Tamally maak
We law hata ba eed any
Fe alby hawak.

Tamally maak
Tamally fe baly we fe alby

Wala bansak
Tamally waheshny,
Low hata akoon waiak.

Tamally habibi bashtaklak
Tamally alaya men badlak
We law hawalaya kol el doon
Bardo ya habibi bahtaglak.

Tamally habibi bashtaklak
Tamally alaya men badlak
We law hawalaya kol el doon
Bardo ya habibi bahtaglak.

Tamally maak
Maak alby, maak rohy
Ya aghla habib
Ya aghla habib.

We mahma tekoon baeed any
Le alby areeb.
Ya omry el gai wel hader,
Ya aghla naseeb.

Tamally maak
Maak alby, maak omry
Ya aghla habib
Ya aghla habib

We mahma tekoon baeed any
Le alby areeb.
Ya omry el gai wel hader,
Ya aghla naseeb.

Tamally habibi bashtaklak
Tamally alaya men badlak
We law hawalaya kol el doon
Bardo ya habibi bahtaglak.

Tamally habibi bashtaklak
Tamally alaya men badlak
We law hawalaya kol el doon
Bardo ya habibi bahtaglak.

Tamally habibi bashtaklak
Tamally alaya men badlak
We law hawalaya kol el doon
Bardo ya habibi bahtaglak.
Tamally habibi bashtaklak

Tamally alaya men badlak
We law hawalaya kol el doon
Bardo ya habibi bahtaglak.

( Always with you )

i am always with you even when you are far away

your love fills my heart
i am always with you
i am always thinking about you
never forget you for a moment
i miss you even when you are by my side
oh sweetheart

i miss you so much
and want you always before my eyes
i feel so lonely when you are away
even when surrounded by people

i miss you dearly
darling don't go away
i need you near me
you are my first love

with you here i have nothing to fear

Tuesday, February 13, 2007

Sensitif..

Seorang teman(tapi mesra) pokcik mengatakan, sejak akhir2 ini pokcik jadi begitu sensitif sekali. Mendengarnya, maka berderai2lah tawa pokcik bagai tak tertahan2 lagi akan geli ketiaknyanya. Melekek2lah pokcik sekuat2 hati patplo juta belas2 kali.

Namun apabila hampir tersedak air liur sendiri, barulah pokcik tersentak bagai dihempuk baldi. Terkebil2 biji mata menjana minda, seperti rasa2nya mau berfikir gitu.

Eh.. Betul ke pokcik semakin sensitif sekarang nih?

Maklom la, akan hal yg sebegitu2 halus dan tersembunyi nih, tiadalah yg empunya tubuh badan menyedari sangat2 . Bahkan sama ada perasan atau perasaan, tidaklah juga diketahui. Hanya oang lain yang menjadi cermin bagi diri, yang menyedari bahawa hati tua ini agak mudah terluka. Pokcik pun tak tahu nak kata apa..

Tapi tuh la, menjadi oang tua nih kadang2 tak de beza dengan menjadi budak2 semula. Walau sedaya upaya cuba untuk mendewasakan fikiran serta pandangan, tapi sedetik2 hati dek kerana sesuatu perkara pasti akan mengundang rasa sedih dan terasa2. Alahaii..

Kadang2 menjadi tua secara keseorangan terlalu amat mengerikan gitu. Kalau ada anak isteri hatta cucu2 sekalipun, bolehlah juga menumpang kasih dan manja. Membelai dan dibelai. Meraih dan diraih. Sekadar teman tapi mesra pun tak sampai kemana.

Untuk mencari pula, sudah terlalu kabur mata ini. Apatah lagi dalam menilai kedalam diri seseorang. Oh.. tragik sungguh kehidupan ini..


NOTA : Pokcik bukannnya mengeluh atau berkecil hati, cuma terasa2 jek nak berfikir sebegitu, fikir tentang nasib diri. Tentang masa depan dan kehidupan sekeliling. Bukan juga sebab sensitif, tapii.. err.. err.. ye ke sensitif ? hik hik alahaii

Sunday, February 11, 2007

Pokcik kembali..


Pokcik baru sahaja selamat sampai dari kg petang tadi menaiki bas sangkut2. Nasib baik la tak tersangkut2, kalau tidak pasti sampainya lambat gitu.

Dan malam ini terasa amat letih sekali. Longgar segala tulang temulang dan lutut2 seme. Maklom lah, oang tua sesekali berjalan jauh, sama juga macam kereta enjin lama, walau pun jalan tapi gedak geduknya tetap ada.

Malam ini pokcik melepek dengan mukadimah serba termenung saja. Kalau nak diikutkan perjalanan kali ini ada seribu satu macam cerita. Dalam masa yang sama, hati ini rasa berat pula nak bercerita. Ntah lah..

Perlahan2 pokcik ambik radio buruk pemberian Tok Lipat sambil tangan ligat mencari stesen kut2 ada lagu yang sedap2 ke malam nih. Dan tak semena2.. terkenalah pada siaran yang ada lagu. Walau pun agak bising tapi boleh la.. Pokcik lekapkan ketelinga cuba mendengar lebih kuat. Uish... sedap plak lagu budak Pilip nih.. macam menggamit2 hati gitu.. hik hik

Aku masih disini kekasih..
Telah lama ku simpan segalanya
Janji yang tak pernah kau tunaikan
Tapi aku masih setia menanti..

La la la la la la

Na.. na.. na.. na

Hmm .. hmm..

Tapi kutetap pencinta yang setia..


Hik hik asyik sungguh pokcik mendengor lagu “ Aku pencintamu dari nyanyian Felix nih” , kadang2 boleh jadi tersengih sendiri gitu.. Alahaii..


NOTA : Pokcik bukan terkenang kenangan manis yg mengusik, tapi sekadar memujuk hati dan merawat lara gitu. alahaii

Friday, February 09, 2007

Alahaii..

Pabila ramai yang mengasihani, mengambil berati, menanyakabari, menyimpati, menasihati, serta mendoasihati, pokcik jadi gembira walau pun sedang dilanda derita. Namun apakan daya, sakit2an ini bukannya magis untuk segera hilang hanya kerana sebab2 dan perihatin teman2 sekelian.

Tapi itulah, kata Tuhan, manusia nih kalau tak diduga dengan harta benda serta kemewahan yang melimpah, mereka akan diduga dengan penyakit2 yg tak kurang juga melimpahnya. Walau pun ada cuaca yg tak menentu sekarang nih, ada virus2 baru yg suka2 menyerang disana sini, ada makanan2 yg mudah tercemar, maka kesimpulannya ini semua hanyalah semata2 dugaan Tuhan melalui perantaan yg telah diasbabkan.

Untuk mereka yang sakit2 disana, semoga tabah hati. Alangkan pokcik yg setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan berulang sakit boleh slow and steady, inikan pula anda semua yg sihat mihat dan berkemampuan mengawal hatta menghindarinya pun. Semoga cepat sembuh..



NOTA : Dengan kesakitan ini juga, pokcik akan berpergi pergian balik ke kg dalam sehari dua nih. Melawat sanak saudara yg saban waktu merindui pokcik. Sahabat2 lama dan teman tapi mesra. Tak termasuk juga Tok Lipat dan ehem.. ehem.. Makcik Salemah.. ( sekadar lawatan saja, semoga pokcik tidak diskandalkan lagi kali ini.. kekekek )

Untuk anda seme pula, harap2 oang tua ini tidak dilupakan.. malahan dirindui akan ketidakhadirannya gituu..

Uii.. bersastera sungguh pokcik pg nih.. Oops lupa la , hari nih hari Jumaat.. Happy weekends semua..

Alahaii....

Thursday, February 08, 2007

Adehhs...

Petang nih badan pokcik rasa cam tak sedap jek. Panas dingin silih berganti membuatkan pokcik menggeletar ditengah2 hari dan berpeluh2 di sebelah petang. Mendongak ke awan hanya nampak suram je dengan kebarangkalian hujan turun adalah tinggi.

"iksh iksh cam mana nih? Lom hujan lagi dan nak demam?" soal pokcik separuh sedar.

Pokcik memicit2 kepala walau ia lebih kepada menggaru2 sahaja. Tengkuk nih pun berdenyut2 merata2 . Habih kecamuk seme fikiran pokcik yg masih waras dan yang tinggal suku2 nih.

Adehh.. macam2 la penyakit nih datang. Tak larat rasanya tubuh badan nih nak berperang dengan seribu satu macam virus dan bakteria yg menyerang.

Adehh.. pokcik rasa nak demam laa.. adehhss.. alahaiii

Wednesday, February 07, 2007

Gelap keluar (Blackout)

Entah kenapa malam ini tiba2 saja “blackout” dipinggiran Shah Alam nih. Pokcik yang sedang lepak2 dianjung tetiba terkejut melihat terang benderang kawasan flat2 sana jadi gelap gelita dalam sekelip mata. Dan tidak lama lepas tuh mulalah bunyi riuh rendah kedengaran.

Bunyi kanak2 menangis, deruman kereta motor serba bingit ( kes nak gi kedai cari lilin hik hik) dan bunyi oang menjerit cuba berkomunikasi sana sini. Kadang terselit juga suara budak2 nakal meminta tolong, tulunn… tulunn.., alahaii sayu jek bunyinya macam bunyi Puteri Buluh Betong , yg cedera terkena tombak gitu ( sebelum bertemu dgn Do Re Mi). Pokcik tergelak2 patplo kali..

Bagi oang tua yg sudah biasa bergelap2 sambil berteman lilin dan lampu minyak tanah nih, tidaklah menjadi satu hal yg besor. Sekali sekala dowang kena rasa juga apa yg pondok buruk nih alami setiap malam..

"Lagi lama lagi bagus," oh jahat sungguh hati pokcik nih kekeke

Pokcik menghirup kopi sambil mencicip biskut seperti biasa.. tiba2..

“ Hiihihihihihih hihihih haiiii oang tuaa… Hihihihihih .” sayup2 bunyi suara itu menjerkah..

Pokcik terperanjat katak, kopi tongkat Ali tertumpah, biskut berkecai2 melayang entah kemana.. dan tubuh tua ini nyaris2 terkedang terlentang..

Sambil mata terpejam rapat2, fikiran pokcik ligat mencerna . Bunyi apa tu? Semacam jek ngilainya? Jangan2 bunyi .. haa haa.. haa oh tidak! Adakah dibawah pondok pokcik nih? Atau belakang nih? Ohh takut nyaa akuuu ! ( dengan tubuh yang serba gigil2..)..

Namun dihujung rasa suspension yg tinggi, tiba2 datang pula satu maklumat baru..

"Aiks.. tak silap macam suara Dol jek… , "

Dan suara tersebut bertukar melekak2 dekat dengan sebelah pondok pokcik nih

"Iksh iksh ikshh memang sah, hantu betul budak Dol nih.. "

Alahaii


Nota : Sang mata2 ikan sudah mula menunjukkan tanda hendak menyerang. Oh tidak.! Nampaknya dalam minggu kedepanan nih, sengsaralah pokcik mu ini tanpa dapat meselesa2kan diri menikmati makanan2 yg enak gitu. Alahaii..

Tuesday, February 06, 2007

Gunting rambut..

Ringan sungguh kepala otak pokcik hari nih. Ringan seringan2nya.. Tidalah yg ringan melainkan ringan2 belaka. ( ceh cam pernah dengar jek ayat nih hik hik)

Ooops.. lupalah nak kasi tahu, pokcik baru sahaja bergunting rambut. Hmm.. biasa ler, bila rambut dah macam gipsi atau ngerbang2 ala Man Kidal nih, mulah jadi tak selesa.. hik hik.. bertocang salah, bertoncet salah, bersanggul pun salah. Baik pokcik gunting.

Namun hati ini rasa sedikit panas aa ( walaupun kedainya ada aircond).. Mahal sungguh! sampai $8 gitu sekali gunting. Pulak tuh kat sini2 seme kedai2nya di dominasi oleh oang2 india. Rasa2nya kat tempat lain pun sama.. hmm hairannya.

“ Apsal mahal sangat nih?” soal pokcik selepas bergunting. Dua tiga pekerja kedai gunting yg lain turut tertoleh2.

“ Ooo pocii.. ini import punya tukang gunting “ jawab salah soang darinya . Pokcik melihat si tukang gunting tersebut dengan penuh hairan. Apa yg import nye? Sama je rupa dengan yang lain2 tuh.

“ India mari.. “ tiba2 tukang gunting tuh menjawab pelat2 sambil menggeleng2 kepala sungguh2.. Pokcik jadi terkedu.. Dalam hati, hmm.. patut laa..


“Dol, cantik tak rambut atuk , “ sapa pokcik pada Dol yg baru jek balik dari tadika. Dia berdiri sebentar memerhatikan rambut pokcik.

“ Ooo.. cantiklah tuk , nampak muda dua jam gitu “

“ Hah ! dua jam jek? “ pokcik mula menggaru2 kepala lagi sedang Dol pula melekek2 ketawa berlari naik ke umah.

Alahaii.. Dol nih.. saja ler tuh nak menyakat..


NOTA : Pokcik masih lagi berberat2an nak menukar lagu latar (Lagu Hindi , Chand Sifarish , dari filem Fanaa) kat pondok pokcik nih. Tah ler, makin lama didengar, makin mengamit2 gitu rasa hatinya.


Adakah anda juga berasa begitu? Hik hik

Sunday, February 04, 2007

Selamat akhirnya..

Lega sungguh hati pokcik hari nih. Lega selega2nya.. Tidalah yg lega melainkan lega2 belaka.

Alkisah telah diberitakan seantera Malaya bahawa kg pokcik yakni Batu Pahat itu telah bebas dari banjir sepenuhnya dan semua tempat pemindahan telahpun ditutup. Bermakna, yaa.. gitulah.. seme boleh pulanggg..

Iksh iksh tentu banyak cerita2 gembira yang beriuhan disana sini. Tak lupa jua disulam dengan sedikit kecewa dan sedih pabila melihat rumah2 yg terpaksa ditinggalkan menjadi buruk dan bersepah2. Perabut2, barang2 letrik, tilam dapur seme hilang tah kemana. Belum lagi termasuk ayam itik, lembu kerbau yang sah2 payah nak mencari jalan pulang.

Kebun2 kepala sawit, nenas, pisang ubi seme musnah terendam dek air lama2. Tuan puan punya ladang terpaksa berendam air mata. Tapi itu bukanlah penghabis segala hal didunia, insyaAllah ia boleh dipulihkan semula walau terpaksa mengambil sedikit masa. Sabar, itu seme ujian Tuhan.

Tok lipat berkabo2 ceria sejak pagi semalam. Ubat2an nya tak hilang, rupa2nya telah disimpan diatas loteng. Maka bolehlah dia berniagakan kemahirannya semula. Cuma buat masa nih dia banyak kerja dirumah, terpaksa dilipat2 dulu kain bajunya yng bertaburan.

Dan Makcik Salemah ? Hmm...

Seminggu sebelum banjir pulih dia telah diambil oleh anaknya yang tingal dikg berdekatan. Sementara anak2nya yg lain berpakat2 hendak membetulkan bahagian dapur rumahnya yg hilang entah kemana. Hasil dari gotong royong ala kadar tersebut, maka tersergamlah semula dapur Makcik Salemah tuh walaupun tidak semuanya baru.

Dan tatkala kembali semalam, riuh mulut makcik tua tuh bertanyakan itu ini dan kenapa umahnya dibega2 kan segala. Jenuhlah anak2nya nak menjawab. Ibarat menjawab pada sang Hakim gitu. Maklom lah oang ta nih kan taksub pada umahnya yg menyimpan segala macam nostalgia selain memori yg indah2 bersama suami tersayang.

"Alah... mak, cantik la tuh, tingkap dapurnya alih tempat lain pulak, tukar selera, " jawab si anak yg tua bila ditanya kenapa tingkap nye tak ngadap kebelakang sebaliknya mengadap umah tok lipat dan umah Mak Bibah sebelah menyebelah.

"Dapur tuh kan dah lama. Nanti kita tukar lah. Letakkan kabinet baru.. " jawab anak yang tengah bila ditanya kemana hilang dapurnya dan kenapa jadi tonggang langgang kuali, periuk belanga semua.

Semua geleng2 kepala, malas nak layan bebelan maknya, terutama hal2 dapurnya.. Oang tua nih, oang dah tolong baikkan dapur, dia marah2 pulak. Tapi dek kerana dia itu "emak", maka masing2 senyap jek.. layannn..

" Alah mak, bior lah serba baru. Nanti senang sikit nak buat kenduri kendara, manalah tahu mak mak dapat menantu ke atau... mak sendiri yang nak kahwin ke... “ jawab anak perempuannya yang paling bongsu, yang sudah tak tahu nak kata apa lagi.

Mendengar hal itu, Mak Salemah langsung tak terkata malah bebelannya terhenti tiba2. Dia naik ke atas rumah tersipu2 dan asyik tersenyum simpul. Sungguh hairan gitu..

Agaknya.. ada lah sesapa yg dijumpainya tu masa ditempat pemindahan dulu. Uii... ada hati sudah terusik nampak.. kekekeke alahaiiii Mak Salemah nih..