Monday, October 30, 2006

Yang dinanti...

A'kum seme..

Pokcik dah kembaliiii...hik hik

Tapi!...
Kepala masih lagi berdengung dek kerana beraya sakan.
Badan plak, letih2 kerana merayau kesana kemari sampai lupa diri.
Penat2 maih lagi terasa..adohh..dasatnya raya tahun nih..
Dan..lom ada mood lagi nak menulis..

Hanya nak berehattt jek...

Huargkhss..ssstt.. zzzzzzzz ..kroihss..krohhs..

Friday, October 20, 2006

Syawal datang lagi , salam dari pondok buruk dihujung kg..uii panjangnya.. ( bahagian 2 )

Pokcik sambung lagi aa ucapan pokcik nih. takut nanti tak sempat plak nak kemas2...Tu kapal selam dah tunggu tu. Iksh iksh banyak tul keja nak buat time2 cam nih..alahaii..

Ok aaa..hmm... waktu yang panjang dikampung nih lah boleh kita tolong menolong menyiapkan apa2 yang patut untuk menyambut raya . Biasanya sehari dua nak raya baru nak balik , itu pun ada yang kadang2 pagi raya baru sampai..dua tiga hari raya dah balik semula ke kota. Maklum lah orang tua kita pun dah tak berapa kuat sangat , kadang2 berdua sahaja. Nak buat kerja semua tak berapa larat. Kalau family tinggal soang lagi ler kesiannya.

Baguslah kalau kita selalu ringan2kan tulang untuk membantu apa2 yang patut , tebas rumput ke , sembelih ayam , pasang langsir , basuh rumah , masak , rebus ketupat dll..tentu meriah kan , bila dah lama tak buat mende2 begitu..Tak tahulah kalau suasana sekarang dah berbuah , ada sesetengah kampung tu semenya main tempah je..especially ketupat , dah tak larat aa orang nak anyam2 , rebus2..tempah lagi senang..tah ler oang sekarang dah makin malas agaknya..

Bagi yang tiada kampung ni ( macam pokcik laaa ) , menumpang ler pada kampung yang sudi , kampung mertua angkat ke , atau bakal mertua ahaks ahaks..jangan kampung baru dah ler..hik hik . Yang penting ada suasana yang agak nostalgia , yang boleh mengimbau kembali kenangan zaman kecik2 dahulu..

Kalau bulan puasa di galakkan bersedekah , maka bukan Syawal pun apa kurangnya . Sedekah duit pada kanak2 yang datang bertandang besar pahalnya . Kita menyukakan hati budak2 yang semestinya menanti duit2 raya..kalau ada anak sedara berpuluh2 , maka janganlah kita pula berpeluh2..berilah apa yang ada . Walau pun budak2 sekarang lebih pandai meminta2 lebih , namun boleh diatasi dengan nasihat2 yang baik disamping kita memberitahu mereka betapa beruntungnya mereka sekarang berbanding dengan kita sewaktu kecil dahulu..kalau ada lebih2 tu bagilah kat mak bapak atau oang2 tua..cam pokcik ke gegege hik hik

Eh..nak berpantun lagi aa..alaa..last jek hik hik..

Sana paya sini pun paya
Tempat bersanggah menangkap keli
Sini raya sana pun raya
Sudilah singgah pondokku sekali

Dalam Nira ada manisnya
Buah kelapa dibawa berjaja
Dalam gembira ceria beraya
Jangan dilupa pada yg tiada..waaaa

Akhir sekali pokcik pun nak ambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri , ikhlas dari hati yang tulus suci . Juga ampun dan maaf di pohonkan diatas segala kesalahan masa lalu.. Sememangnya kita manusia ni selalu lupa dan selalu juga melakukan kesilapan. lebih2 lagi terhadap sesama manusia. Kadang2 bila dikenang kembali perbuatan kita yang tak baik dimasa lampau , kita jadi malu sendiri. Tak mengapalah asalkan kita sedar dan insaf . Masa yang menginjak lalu banyak mendewasakan kita . Sama2 lah kita bersyukur kepada TUHAN supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki .

Pokcik akan berpergian jauh ke kg untuk seminggu nih..Mana2 kg la yg sempat gegegege..Sepanjang peninggalan pokcik , jenguk2 kan ler pondok buruk nih. Wat ler cam pondok pokcik . Ingat pokcik cuma meninggalkan jek , bukan meninggal tul..iksh iksh..Jangan sampai roboh dah ler hik hik

Ok , selamat beraya sesakan sakannya. Tiada yang sakan melainkan sakan2 belaka.Jaga diri baik2..Kalu rindukan pokcik pandai2 lah korang nak wat pe hik hik hik alahaii..

Minal aidil wal fa iziill..

Pokcik mersik


( Ok , kapten kapal selam..skg boleh jalan. mari kite balik kg..yihaaaaa !
Tut! tut !..woooshhhh...blup..blupp...gegegege )

Syawal datang lagi, salam dari pondok buruk dihujung kg..

Melihat suasana sekeliling yg gilang gemilang, orang2 yg sibuk memanjang, bersopping dan bernyanyi2 riang, pokcik rasa lagi dua tiga hari konpom aa nak raya ek..alahaiii..dah tak sabo2 plak rasa hati nih..

Hmmm nampaknya sudah hampir kita hendak menyambut Syawal ye..rata2 ianya bukanlah sesuatu yang baru . Mungkin kelaparan diwaktu berpuasa , kecutian yang panjang , peluang untuk balik kampung dan bertemu ayah bonda serta saudara membuatkan kehadiran lebaran ini seakan teruja.

Seperti biasa, sebagai tuan pondok yg maha glamer seantero maya nih, sudilah pokcik mensudi2kan diri ini untuk mengucapkan sepatah dua kata kepada para pengunjung yg tak henti2 bertandang dan memeriahkan pondok pokcik yg serba daif nih. Sampai tertangguh2 pokcik nak balik beraya , sampai tertinggal2 kapal selam pokcik dibuatnya kekekeke..dok aih, acah jek tuu..

Sejak dulu lagi sewaktu pokcik pertama2 sekali meneroka dan memacakkan tiang2 disini, pokcik dah agak bahawa ianya akan membawa sesuatu perubahan yang besar dalam diri pokcik. Dan bila mengingati hasilnya hingga saat ini, rasa terharu dibuatnya. Sambutan yang diberikan amat2 menggalakan hingga pokcik nyaris2 lupa diri. Namun berkat kesabaran dan kerajinan pokcik berlepak2an dianjung sambil memikiri serta memuhasabahkan diri ini, pokcik terimalah seadanya akan apa yg terjadi dalam reda selain pokcik redah2..

Adohh..banyak tul pokcik nak cakap nih..Bilalah nak masuk bab2 raya nih hik hik. Seme dah tak sabo nak balik kg. Alah, kasi chance ler, bukan selalu pun raya gegegege..

Kepada pengunjung2 yang rajin melawat pokcik disini tiadalah dapat pokcik berikan apa2 melainkan ucapan terima kasih yg tak terhingga. Kalau boleh pokcik memang ingin memberikan kasih2nya sekali, tapi apakan daya , memetik kata2 di blog ct, walau pun ada kasih diantara kita, namun yg ku cari adalah "sintaaaa.." gegegege..hik hik

Err pokcik rasa nak berpantun laa kejap..err..errr ( sambil garu2 dagu )

Bahulu Pak Odan dibeli awal
Baju selesa kemainlah bergaya
Berlalu Ramadhan tibalah Syawal
Inilah masa berhari raya

Ulam pajeri dicekik Acappan
Capati dan kari digalas Muniandi
Salam Aidilfitri pokcik ucapkan
Setulus hati, seikhlas budi..alahaii

Kekeke..haaa itu baru into tu..adehhhss..

Well , tak lama lagi kita semua akan bercuti panjang nampaknya. Eloklah kita bersama2 yang tersayang untuk meraikannya..Ziarah menziarahi sanak saudara mana2 yang ada , sebagai tanda persaudaraan disamping mengenang jasa orang2 yang terlibat dalam kehidupan kita suatu waktu dahulu. Mana2 yang dah tak berkesempatan tu bolehlah menziarahi pusara yang ada . Jangan sampai jadi budaya dah ler , memeriahkan kubur2 diawal syawal..setahun sekali. Teringat pulak pokcik pada seseorang tua kat kg yang pokcik kenal , dia sudah agak lanjut juga, dimana bila dia melawat kubur isterinya langsung tidak berjumpa ( kes terlupa..mana kubur bini aku nih ?..) alahaii.


Pada yang tidak mendapat kad raya tuh pokcik mintak maaf banyak2 aa..bukannya pokcik tak sudi menghantar tapi mana nye alamat tak bagi2 alahaii.. Dan lagi mungkin anda terlalu malu2 ayam dan bersikap senyap dan sunyi , hinggakan pokcik bertanyakan alamat pun langsung kau tak peduli..iksh iksh..Kemungkinan lambat pun boleh juga. Biasalah manusia nih kadang2 sibuk nya tak terkira..lebih rajin dari semut api gituu...laa haiii..kesian sungguh pokcik.. mengenang pada yang tak sudi..ibarat perigi mencari baldi gitu .

Namun pokcik faham akan kemalasan anda semua dalam hal ini , apatah lagi untuk melakukan proses2 ( membeli kad , membeli setem , menulis , menampal setem , men gam sampul surat, bergerak ke pej pos dan mengepos nya ) tersebut.. Walaupun sekarang telah canggih media ucapannya baik internet atau sms namun sebagai orang lama dan klasikal dan tradisional, pokcik tetap menggunakan medium sang posmen. Kalau tak anto pada pokcik tak mengapalah , lagi pun pokcik ikhlas.. gegegege.

Pada yang hendak berjalan jauh tuh, eloklah merancang perjalanan anda terlebih dahulu..Kalau boleh janganlah berjalan. Gunakanlah kenderaan yang anda beli dan bayar ansuran bulanannya.. .ahaks Almaklum ler , bila dah banyak kenderaan dijalanraya , masing2 pun ingin segera sampai ke destinasi .

Bila malang tidak berbau maka risiko kemalangan tetap ada. Kalau bergerak di waktu malam pula pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya , kalau penat rehat dulu di tempat2 persinggahan yang ada . Bawalah bekal popia salut sambal banyak2. Tiada penerangan khusus disebalik pembawaan tersebut, cuma pokcik minat sangat kuih tuh hik hik. Tidak perlu terburu2..lagi pun raya Deepavali yang bermula dulu, banyak masa lagi kita akan berada di kampung sebelum menjelangnya raya. Melainkan anda ingin merayakan Deepavali aaa

Haaa! pokcik nak sambung pantun lagi hik hik..dengar aaa ..dengar aa..err...err

Kampung Dusun tempat berlari
Dalam gelap sungguh menakutkan
Pokcik menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Suka sakan bergendang melompat
Dari pekan berkereta mini
Kalau makan rendang ketupat
Jangan lupakan pondok pokcik ini ( Suo ajak2 ler tu hik hik )

Ooopss..sambung plak..tungguu aaa hik hik..

Thursday, October 19, 2006

Malatop !

Malam tadi, tah berapa kali pokcik terperanjat katak. Apa tak nye, tetiba jek bunyi melatop sana sini sampai terganggu waktu senggang pokcik. Namun ia tidak terhenti sampai takat tu, malah berlarutan dan bersahut2an hingga hampir tengah malam. Walau pun tak kuat seperti meriam buluh, tapi sudah cukup untuk membuatkan jantung pokcik mengepam darah deras2. Kadang2 rasa cam berada dizaman perang jepun plak.

Ini tidak lain tidak bukan angkara budak2 yg bermain mercun di umah2 flat yg berdekatan nih. Iksh iksh budak2 nih, pasrah kasih betol la..Bukan dia kisah, oang nak berehat ke, anak2 nak tido ke, mokcik2 nak wat kuih ke, janda2 nak try melaram baju baru ke dan oang tua nak makan popia salut sambal ke..hik hik. Kalau main setempat tu, tak pe juga. Ini tidak, sambil mengayuh basikal habih di pom pam pom pam sana sini. Huh! anak sapa laa nih..?

Nak jugak pokcik hambat mereka, dan bom hidung mereka satu2..Bior tambah satu lubang lagi hik hik. Biar mereka rasa. Tapi memandangkan strategi mereka adalah bijak dan pokcik sendiri tak teragak dimana bunyi2 tu akan meletop, pokcik hanya mampu berjaga2 utk terperanjat jek, sambil tangan diletak didada, bersedia untuk mengurut kalau2 tiba2 ia meletop lagi.

Yang pokcik tahu mercun dan bunga api diharamkan raya2 nih. Ini mesti kes barang haram. Ntah dari mana mereka dapat. Tak dapat yg mercun “bunga2”, yg meletop2 pun jadi ler. Cian sungguh budak2 tu..mungkin zaman skg nih mende2 tu seme agak terhad dan dikawal, jadi keterujaan nak memiliki pun tinggi. Berbanding ngan zaman pokcik muda2 dulu atau 10 tahun kebelakangan ni, memang kami dah puas main.

Bayangkan dulu2, semasa belum ada larangan main mercun. Sebut saja meriam buluh, meriam tanah, meriam bellina dan segala hapa macam mercun. Semua oang boleh main (sampai cedera2 parah atau putus2 jari). Dari awal subuh sampailah ke awal sahur, merata gegak gempitanya seantero kampung. Kadang2 macam bertanding2 plak bunyi meriam kg mana yg lebih power. Sekarang nih, apa jadi? Dah jadi bahan larangan. Kalau difikirkan balik, memang bagus sangat2 jugak kerajaan buat cam tu. Banyak kebaikannya. Macam nih, uii..lagi la budak2 tu semakin teringin dan melonjak2 jiwa hendak memilikinya..alahaii..

Hampir ke lewat malam, bunyi yang berdentam dentum tu jadi senyap. Agaknya2 budak tu dah di"sergah" oleh sesapa kut, ataupun bekalan “haram” mereka habis..

Macam2 budak sekarang nih..alahaiii..

Wednesday, October 18, 2006

Ku terperangkap dalam sinaran...

Malam ini pokcik berpeluang untuk berjalan2. Maklom ler sebelum2 nih agak sibuk gitu, dengan aktiviti terawih2nya, tar”kuih2”nya dan tido2weh nye gegege. So, malam nih off kejap..hik hik. Adapun yg menarik hati pokcik yg sedia tertarik, menarik, cantik kau memang da bomb nih, gegege.. ialah kerana melihat akan suasana sekeliling yg sungguh terang berkilauan dan memancar2 laksana oang nak berhari raya gitu hik hik. Erks !

Memang tidak syak lagi, rata2 kebanyakan umah dikawasan sekeliling pokcik nih dah penuh bergemerlapan, gemersembilan, gemersepuluh dan macam2 gema lagi. Baik umah kecik sampailah ke rumah besor, semenya tak kasi chance. Terang benderang hingga naik silau biji mata pokcik memandangnya. Lampu2 yang terang dan serba lap lip gitu. Ada sesetengahnya tu dah macam kedai lampu dah. Lom lagi yg letak lampu merata sampai ke luar2 laman..tak ubah macam lampu2 dilandasan tempat kapalterbang nak landing gitu kekeke.

Tak terasa penat berjalan apabila melihat fesyen2 lampu yg cantik2 nih. Tiba di hadapan umah Marpunah janda, pokcik jalan2 laju2 tanpa memandang. Kang ternampak dek Marpunah..abih diajaknya pokcik dating bawah pokok ketapang tuh..hik hik tak rela u..hik hik

Setelah penat berjalan2 kesana kemari, pokcik pun balik ker umah dengan hati yg senang. Kemudian, duduk melangut dianjung pondok melihat dari kejuhan kilauan lampu2 bak hamparan cahaya digedung2 indah gitu. Meriah sungguh meriah..

Benarlah kata pujangga Greek, hidup bolehlah diibarat seperti cahaya lilin, apabila ia lenyap maka lenyaplah kehidupan. Ntah la..tapi bila melihatkan pondok buruk pokcik yg suram2 malap tu, rasa tersentuh jugak. Cuba bayangkan kalau pondok pokcik jadi terang dan bersinar2 , tentu nampak cantik can comel ( seperti juga tuan yg empunya pondok tu hik hik).Alahaii..berangan plak oang tua nih..

Jangankan kata dimana2, umah Leman sebelah nih pun tak kurang hebatnya. Keliling umah dipasangnya lampu. Sebelah depan plak, lampu mengerlip2 bentuk ketupat lagih. Ukhss!..nampak macam ketupat2 tu memanggil2 gitu..gegege..Tak sabo rasannya nak makan ketupat dan rendang..iksh iksh..cobaan..

Dan Si Dol plak, ceria melompat2 dilaman bermain bunga api dengan adiknya. Berkejaran kesana kemari dengan seronok dan riang ria. Sesekali dia berlarian dikeliling umah. Pokcik melihat sahaja sambil tersenyum leret. Seronoknya betul budak2 tuh.
.
Lepas seround dua..berlari2 pulak si Dol masuk kedalam umah sambil terjerit2..Punggungnya terbakar dicucuh dek bunga api oleh si adik..

Gegegege hik hik hik..pokcik tergelak2 plak...alahaii

Monday, October 16, 2006

Bazar Ramadhanku...

Hujan lewat petang hari minggu yang lalu begitu merisaukan hati pokcik. Takut kalau2 tak berkesempatan untk ke Bazar Ramadhan yg berhampiran. Mana boleh disaat ini pokcik tidak mendapat popia bersalut sambal, cucur badak dan kuih kacang kole? hik hik mau tak senang berbuka pokcik nanti.

Menyedari hari2 puasa yang semkin sampai ke hujungnya, pokcik jadi sedih pula. Adakah dapat lagi nanti menemui kuih2 pilihan selain keriuhan bazar yang sentiasa menggamit tu.


Satu bazar pokcik redah, jenuh sungguh berjalan. Dari depan sampailah kebelakang, pokcik "passed away" jek hik hik. Walaupun yg dibeli sekadar beberapa ketul kuih cuma (sebab itulah yg termampu) tapi melihat dari para peniaga yang pelbagai ragam, sudah cukup untuk hati menjadi ceria.

Tiap2 petang pokcik selalu kesana. Jarang yg tak pergi. Walau pun tak glamer antara seluruh Bazar di Shah Alam nih, tapi sudah cukup untuk meninggalkan kenangan yg boleh diingat selalu. Bazar seksyen 7 yg sentiasa menyajikan aneka makanan dan minuman yg sedap2 dan menarik selera. Ditambah pula dengan kehadiran ramai budak2 Uitm yang menyewa nyewi disitu. Bila petang mampir melabuh, berdedai2lah mereka turun secara berseorangan, berdua atau berkumpulan hingga jadi sesak2 laluan bazarnya.

Ramai juga yg turun utk mencuci mata. Mengusik2 pelajar yg malu2 ayam. Sebagaimana pokcik yg termalu2 jugak, apabila ada mata2 nakal gadis2 yg memandang. Ukhss! tak kuasa pokcik..hik hik. Ada juga budak2 yg nampak berpasangan2an. Mesra alam sungguh. Si lelaki kelihatan diheret kesana kemari dengan sepenuh rela, menurut sahaja menu pilihan sang gadis. Alahai... Nih ler namanya "hiprokasi percintaan" hik hik.

Nak wat cam mana?, hati sudah ” sintaaaa ” aaa.. Dan yg lebih extreme, ada yang berjalan sambil mengepit pinggang sigadis. takut benor ler kalau aweknye jatuh tiba2 atau terlepas dan di sambar sang penjual talam ubi yg nampak diam2 ubi gitu hik hik. Macam2 adoo..

Alahaii banyak lagi pokcik nak cerita, tapi cam lupa2 gitu plak..hik hik . Nanti aaa, petang nih pokcik gii lagi.. Nak ingat2 balik..gegege..alahaii..


Katak oh katak...


Katak Oh katak ! Kenapa ko tak posa?

Sapa kata ku tak posa. Cuma aku, dok rasa2...

Alahaiii..nih sekor lagi nih. Rasa2 konon, chewahh..

Pas makan , siap jeling maut lagih tu..hik hik...alahaiii..

Wednesday, October 11, 2006

Jerebu dan hujan petang...

Petang semalam hujan turun mencurah2, melenyapkan segala jerebu yang merata memutihkan langit sejak beberapa hari lalu. Pokcik duduk dianjung umah sambil mengiggil keseronokan. Walaupun tubuh kurus ini dan gigi seakan2 berlaga, tapi pokcik tetap nak duduk disitu untuk melihat susasana hujan yang turun seperti rahmat yang diharap2 ramai.

Suka hati pokcik melihat hujan yang lebat menyirami setiap pokok2 kecik dan dedaunan yang bagaikan menari2 di timpa hujan. Kadang2 meliuk kekanan dan kiri. Kadang2 serupa mengangguk2 macam penyanyi rock gitu. Yeahh..yeahhh (sebut stail Bandi Amuk)

Pokcik suka tenguk lecak2 air yang bertakung membentuk kolam2 kecil yang jernih. Bermula dari satu titis, dan riaknya melantun diserata tempat hingga penuh air. Walaupun akan mengakibatkan becak tapi asal kejadiannya sangatlah indah, ibarat bendang yang disirami hujan tatkala awal musim menanam.

Pokcik suka tenguk ayam2 yang basah kuyup kesejukan dibawah pondok nih. Tegak berdiri bagai statue of liberty. Sekali pandang macam "stone" jek rupanya. Sambil2 tu sang kucing pun duduk diam2 diatas tangga sambil bulu2nya diremangkan seolah2 memanaskan diri dari kesejukan. Matanya pun pejam2 merasai nyaman2 alam.

Pokcik suka tenguk rumah2 dari kejauhan. Nampak berbalam2 dan berkabus macam negeri oang putih. Bunyi lantunan hujannya pula sekata dan seirama. Walaupun bising, namun suasana dingin sedap2 amat melenyapkan segalanya.

Dianjung ini, sesekali air sesat menitis juga tempiasnya dimuka dan kepala. Kalau air hujan turun condong, basahlah juga sebahagian anjung ini. Di atas tikar mengkuang nih, sedap tul kalau duduk2. Kalau tak puasa, mahu saja pokcik buat kopi air tongkat ali sambil cicah biskut kering Hup Seng.

Dan akhir sekali, hujan2 begini memang sedap kalau dapat tido seround dua..Iyo la..maih ler kite tidoo gegegege..hik hik alahaiii...

Tuesday, October 10, 2006

Kuih tak ada markah..

Kadang2 apa yang kita hajatkan tidak semestinya menjadi kenyataan. Begitu juga dengan apa yang tekak kita idam2kan. Adapun semalam2nya..pokcik pun gii la ke bazar ramadhan untuk membeli kuih muih berbuka puasa. Ada pun setelah membeli kuih2 yang wajib tu, maka terpandanglah akan dua tiga jenis kuih yang nampak meliurkan gitu.

Kuih karipap bulat yg dikata sang penjualnya ada sardin didalamnya dan cucur badak pula, pokcik beli digerai yang lain (dan tiada badak didalamnya hik hik). Saja pokcik nak berubah selera dan saling mencuba cuba ala2 jalan2 cari makan gitu. Manalah tahu kut2 yg menjualnya boleh digoda2 dan diajak jalan2 gitu ahaks kekekeke.

Namun bila Azan berkumandang menandakan waktu buka, dan pabila dicekot dan dingap akan karipap tu, jangankan kata sardin, tulang sardin pun tak ada. Campuran lobak yg dihiris2 halus serta kentang keras dan sedikit ( mungkin se to’et) dari isi sardin. Rasanya pula, laa haii sudah tentu tak sedap. Huh! Hampa dan marah pokcik jadinya. Bukanlah pokcik nak komplen (walau pun sedang komplenlah nih gegegege). Tapi kadang2 oang nih meniaga cam tak patut jek , kadang rasa cam tipah teripu jek.

Mentang2lah nih bulan puasa. Macam2 alasan oang leh bagi. Tak leh rasa lah, tak perasan sukatan lah , tak cukup bahan lah dll. Uii..seribu satu macam boleh diadakan. Buat kuih nih bukan boleh suka2 buat. Ia bagaikan satu seni yg maha rumit dan mempunyai "karma" nya yg tersendiri. Beruntung ler para pembuat kuih yang sentiasa mempertingkatkan dirinya sampai menjadi "pandai kuih" . Mana2 yang buat asal boleh jek, memang boleh ler..Boleh blahh !! gegegege.

Kalau kuih bagus dan sedap, faham2 lah sendiri. Barulah oang ramai beli, jualan jadi laris dan untung pun besar. Dan yang paling penting sekali berkat gituu..

Oleh itu, kepada para pembeli kuih2 nih, berhati lah semasa memilih. Kadang2 nafsu nih tak mengenal sempadan, asal mata nampak molek dah sedap jek, terus nak beli. Mana2 gerai yg nampak menggunung jek kuihnya terus gelap mata. Tapi ada juga yg maintain sedap dan harga pun patut2. Mudah2an dapat berkat sempena bulan Ramadhan nih.

Kalau ada sesiapa yg nak tanya bagaimana pula dengan kuih lagi satu iaitu cucur badak.
Haa! tuu kat luar tuh masih melantun2 lagi..sejak pokcik baling nya ke lantai maghrib tadi...

Huh! kenyal gila, liat nak mampus. Alahaii

Monday, October 09, 2006

Masa merubah segalanya..

Sejak dua tiga hari yang lepas, pokcik rasa masa pokcik dah banyak berubah. Siang malam pagi petang pun dah jadi lintang pukang. Mungkin agaknya sebab bulan puasa kut. Alahaii, jangan salah anggap ye?. Ini bukan salah satu dari alasan dibulan ramadhan pokcik hik hik, tapi cuma nak kasi tahu yang kadang2 masa tu boleh merubah sesuatu.

Masa tido pokcik jadi tak menantu. Lepas2 terawih tu, kadang2 mata nih dah ralip2 jek..sedor2 jek dah terbongkang kesedapan. Pabila mata terbuka, dah dekat2 tengah malam. Tuh yg duduk jek lepak kat anjung. Terkebil2 sampai waktu sahur. Pas subuh tu, serta merta mata yg dah berjaga lama nih pun jadi pedih2 mintak direhati. Apa lagi, terus tido lagi..

Dan apabila sedor jek lagi, matahari dah hampir tegak. Uiishh pelik sungguh masa pokcik nih. Nak kata ikut waktu Afrika Selatan, tak pula apatah lagi waktu Alaska gegegege.

Memang puasa nih meletihkan juga. Walaupun aktiviti tak banyak, tapi ada juga pokcik berjalan kesana kemari. Badan nih pun dah makin tua. Sebab tu lah kadang2 bila oang tu terlalu tua tak diwajibkan berpuasa seperti juga oang sakit atau kanak2. tapi, pokcik orait jek. Alhamdulilah, so far tip top lagih.

Cuma masa nih lah..tak larat nak layan..kelam kabut jadinya. Tu belum lagi bila dah dekat2 nak raya. Nak sopping2, cantik2kan pondok dan lain2 lagi.

Nasib baik ler waktu berbuka, pokcik maintain. Apatah lagi dengan menu yang masih lagi dalam maintenance..hik hik alahaii..

Thursday, October 05, 2006

Oh! Lihatlahh...



Oh! Lihatlah dunia...! lihatlah duniaa...!

Oooooo..gegegege .. Tak terkata gitu..hik hik....Alahaiiii !

Puasa jangan tak puasa...

Oii! kuning. Awat tunjuk muka sedih aa ? Tak dak makan2..Uishh..pokcik tak kiro , kucing ka, katak ka, ayam ka , itik ka..musti puasa gakk..gegegege..alahaiii

Tuesday, October 03, 2006

Dalam mimpi, bagaikan nyata...

Semalam sedang pokcik berlepakan dianjung bersama segelas kopi Tongkat Ali, tanpa dikhabari, tiba2 hujan pun turun mendadak2 lebatnya. Dalam keadaan terperanjat katak, hati ini rasa suka pulak tiba2. Turunnya hujan tersebut bagaikan satu keajaiban yg mendinginkan malam pokcik. Maklom ler, seharian berpuasa, bersaban2 hari, dengan cuaca agak terik dan panas menyebabkan ibadah yang satu ini jadi lebih mencabar dan meletihkan.

Rindu betul pokcik pada sang hujan. Rasa2nya macam nak buat cite hujan balik jek, disamping mengimbau kenangan2 lama sewaktu hujan turun dulu2..hik hik Haa! sure korang seme dah gelabah nih..Tak lah... saje jek..hik hik..

Terkejut yang kedua pun adalah kerana puasa yang sudah pun sampai ke hari yang ke sepuluh. Oh! sungguh cepat. Dengan sekelip mata je dan hampir ke pertengahan Ramadhan. Bermakna begitu cepat juga nak raya ! alahaii..

Patut ler umah sebelah menyebelah nampak berubah sedikit demi sedikit. Daripada langsir, laman, lampu luar dan beberapa bahagian yang dicat baru, nampak nye memang dah dekat benor nak raya nih hik hik.

Namun pokcik buat2 biasa jek. Nak berlebih2 pun bukannya ada duit. Bukan nak hias apa2 pun. Janji pondok buruk nih tak roboh dah ler. Kalau Jabatan kebajikan masyarakat kasi ada ler. Lain dari tu kut2 duit zakat yg tak pernah melupakan pokcik nih. Lagi pun hari raya semua oang gembira. Kalau tak gembira pun maka digembira2kan lah juga..

Alah..raya nih budak2 jek yang beriya2. Oang tua2u cam pokcik nih....

Huh! tak kira..pokcik nak rayaaaaa gak..!!

Raya jangan tak Raya..!
Raya jangan tak Raya..!
Raya jangan tak Raya.. !

Chewahhhhss..hik hik hik Alahaiii

Monday, October 02, 2006

Ajak-ajak ayam..


Pokcik : Hoii ayam! Alahaii..mana de makan kat sini. Kan bulan puasa nih..iksh iksh..kalau ada pon, popia salut sambal..gegegegege..hik hik hik..alahaii