Saturday, September 27, 2008

Salam Aidil Fitri dari pondok buruk...

Nampaknya Ramadan sudah mula merangkak pergi mengundang sinar Syawal yang ceroh memancar-mancar kemilaunya. Keriangan sudah mulai terasa di sana sini bersama dentam dentum bunga api dari sumber entah mana ( pasaran gelap). Dan keterujaan untuk kembali ke pangkuan ayah bonda tercinta nun jauh di kampung sana semakin menggebu-gebu gitu. Dapat bertemu sanak saudara, adik abang, datuk nenek, pokcik ,mokcik , teman tapi mesra , buah hati pengarang jantung serta dan kaum keluarga di hari indah yang penuh meriah ini sememangnya begitu amat ditunggu-tunggu.

Apa-apa pun, dikesempatan yang tak menyempat-nyempat ni, pokcik dengan rendah hati menghulurkan sembah salam, memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap disepanjang anda semua mengenali diri ini. ( juga meminati diri ini hik hik ). Dan, disepanjang anda keluar masuk, naik turun ke pondok pokcik yang maha glamer ini kut-kut ada rasa yang tak puas dirasa ka, pokcik katakan sorry lah juga.

Maklomlah, kadang-kadang kita tak perasan gitu akan segala sikap dan sifat buruk yang terlindung. Manalah tahu, dalam pada mengomel-ngomel, bersembang-sembang, bertonyeh-tonyeh, berngigau-ngigau, ber tot tet tot tet dan segala macam ber ber lagi, ada timbul rasa yang kurang selesa di hati kalian. Ada rasa marah atau pun geram serta memendam perasaan.
Atau barangkali, pondok ini secara hakikatnya tidak dapat memberi segala kesenangan di hati kamu yang serba muda mudi dan penuh trendy. Apa nak buat? Inilah saja yang mampu pokcik adakan. Walau apa pun, percayalah, hati pokcik tetap baik dan ikhlass.. kekekek

Selamat pergi dan balik ke kampung masing-masing. Hati-hatilah memandu di jalan raya. Ingat, jalan raya bukan tempat beraya. Walau kenderaan apa yang anda gunakan hatta Jengkauk dan jentolak sekalipun, jangan memandu terlalu laju. Kalau ngantuk mata dan letih tubuh badan, rehatlah dulu dan ngeteh-ngetehlah dengan penuh nikmat.

Pokcik harapkan lagi, semoga anda semua akan bergembira selalu di hari yang mulia ini. Kalau makan ketupat, rendang, lemang, kari, serunding hatta meggi mee sekalipun, janganlah lupakan pokcik yang hensem ini. Jangan pula kamu makan terlalu banyak, seolah-olah melepas geram puasa sebulan kerana nanti... kolesterol, gula , darah semua akan mencanak-canak naik. Silap-silap berat badan pun naik jugak. Justeru kelak, kamu akan menjadi kurang kacak dari pokcik.. Tentu kamu semua tak nak kan? hik hik

Sampaikan salam pada oang kampung semua. Mana-mana saudara mara yang dah tua atau sedang sakit, ziarahilah mereka dengan segera. Nanti kalau tahun depan, mereka pendek umur, baru korang nyesal tak terkira.

Semoga Syawal tahun ni akan lebih meriah dan beerti untuk kalian.

Raya jangan tak raya
Raya jangan tak raya

Yihaaa…
Nota cagu :
Pokcik akan bercoti raya selama seminggu. Mungkin lebih kalau pokcik tak lupa diri aaa.. Parit Sangap telah lama menanti, aduhaii... Selamat merindui pokcik aa.. hik hik


5 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin

Anonymous said...

Eid Mubarak...

Tie said...

Aduh!! Nak balik parit sangap rupanya..patutlah suka sangat..Pokcik drive ke atau naik bas..hati2 la yek..kalau ngantuk, tido dulu tempat rehat tu..kalau naik bas hati2 naikturun tangga tu..maklum la kita ni dah pun berumur..tie ni yg masih 'muda' pun sentiasa hati2 kot2 jatuh tergolek, niaya lak..Selamat hari raya!!

Puteri Ezza said...

Assalamu'alaikum Pokcik. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Amboi, pokcik beraya sakan ye? Banyak makan kuih raya ke?

I miss you pokcik. Haha.

Mersik said...

tanne - Slmt hr raya juga.. Amboi meriahnya dia beraya, sampai lupa kat teman tp mesra ni.. hik hik


hayat - Uii.. lama menyepi? Apo ceritaaa?


tie - Hik hik alhamdulillah, perjalan lancar belaka, selancar dengkuran pokcik sepanjang perjalanan itu hik hik.

Slmt hr raya gak.. jgn berhenti beraya.. lamo lagi ni aa.. kekekek


Puteri ezza - Uii meriah gitu.. Alah, pokcik ikut je.. dowang ni aa terlebih2 meriah kekekek..

Miss me? kekekeke hu huuuu