Monday, June 30, 2008

Semalam...


Semalam ,
Shah Alam dilanda ribut.
Daun-daun galak bergoyang.
Ada kereta remuk dihempap pokok tumbang.
Angin menderu kencang.

Semalam-semalam juga
Shah Alam dilanda ribut
Ada pondok yang bergoyang.
Dan orang tua yang tumbang
Dihempap selimut kusam
Bersama dengkur yang kencang.

Hik hik..

Friday, June 27, 2008

Akan terbit tidak lama lagi...


Uii.. tak abih-abih budak si budak Dol ni nak menyiasat-nyiasat.. Pokok kekabu manalah pulak nak dihonggahnya kali ni. Hmm... lantak lah Dol. Apa-apa pun, layannnn...




Sinopsis:

Kehadiran seorang penjual bantal dari seberang, membuatkan sekalian penduduk Kampung Parit Sangap menjadi lebih selesa dan tidur dengan lena. Hanya seketika, tiba-tiba, mereka dikejutkan dengan satu penyakit yang sangat misteri.

Penunggu pohon kekabu, di hujung kampung yang selama ini ‘diam’ mula mengganggu menyebabkan orang kampung jadi gelisah dan kelam-kabut. Sebuah rumah kosong berdekatan dengan pohon kekabu tersebut turut menambah beban pada penduduk kampung yang semakin kacau bilau, termasuklah ketuanya, Pak Dolloh.

Kumpulan penyiasat Dol, Suppa dan Ku Chai semakin pening kepala. Misteri yang melanda tidak senormal yang disangka. Sumbernya berada di mana-mana. Ia melibatkan makhluk halus!

Kini, terpulang kepada kepintaran mereka untuk memecah kebuntuan, memulakan pencarian, merungkai satu persatu misteri yang melanda. Adakah mereka akan berjaya? Sedangkan... mereka tak punya banyak masa.

Tuesday, June 24, 2008

Sekadar di pinggiran...

Di pinggiran ini
Mengajar aku erti jemu
Rindu sesekali yang bertamu
Fikiran yang kerap termanggu
Selain kasih telus padaMu

Di pinggiran ini juga
Adalah sejarah hidup nyata
Selama mana nafas dihela

Pada keinginan tiap manusia
Yang mencorak cerita

Barangkali hidup ini
Hanyalah sekadar...
Di pinggiran

Friday, June 20, 2008

Lagi lagi taggie...


Kekekek.. dalam seminggu ni tak abih-abih pokcik kena tag. Sampai terbawa-bawa dalam mimpinya. Mujur Cik Tom pun pokcik tak tag sekali...

Saja la tuh Ardinihumaira ni. Apa-apa pun, Selamat bercoti hujung minggu untuk semua. Have fun..

1. What is your name?
:: Pokcik Mersik , Aii.. takkan tak kenal-kenal lagi..

2. What perfume are you wearing now?
:: Minyak cap kapak

3. What are you listening to right now?
:: Klasik nasonoll , Segalanya di sini menggamit memori.. Alahaii

4. What are the last 2 digits in yourphone number?
:: L7 . Ni nombor tiang telefon sebenarnya

5. Last thing you ate?
:: Cebisan lada celah gigi… hik hik

6. What's the brand of your shampoo u use at home?
:: Shampoo peket kecik-kecik nan percuma…

7. How is the weather right now?
:: Sat pokcik teropong.. Ooo.. barangkali suam-suam kuku

8. Who was the last person you talked to on the phone?
:: The one and only,Tok Lipat…

9. The first thing you notice about the opposite/preferred sex
:: Lemas apabila di jeling-jeling mak janda.. hik hik.

10. Favorite Food?
:: Baryani Gam. Dululah. Tapi sekarang ni bila selera tak berapa nak ada, pokcik makan sekut kering gam jek la hik hik

11. Do you drink?
:: Selain tongkat Ali, pokcik suka air masak putih kurang manis… hik hik

12. Do you smoke?
:: Uii merbahayoo tuu... pendek umor

13Hair color?
:: Hampir sama dengan warna kulit kepala.

15. What is your eye color?
:: kelabu…

16. Do you wear contacts?
:: Tak mampu nak memakainya.. leceh. Kecik sangat. Kang tak masuk ke mata, masuk ke lobang hidung plak.. kekekek

17. Favorite Holiday?
:: Tentulah balik kampung.. yihaaaaa.

18. Favorite Month?
:: Month ta kedarah ( Mentekadarah = makan daa.. )

19. Have you ever cried for no reason?
:: Oh, belum sampai ke tahap itu lagi. Pokcik masih waras.

20. When was the last time you laugh over something stupid?
:: Semalam… sewaktu bermimpikan Cik Tom yang hendak meniru gelak “hik hik” pokcik, tapi jadi “oink.. oink”..la pulak

21. Is there anybody who has a crush on you?
:: Oh, tak terkira banyaknya... sila ambik nombor anda dan beratur.. hik hik

22. Are u too shy to ask someone out?
:: Malu-malu ayam

23.If you can buy something right now what would it be?
:: Beli belah

24. Hugs or Kisses?
:: Bergantung kepada yang nak hugs atau kiss tu.. hik hik

25. Chocolate or Vanilla?
:: Cekelat atau vanila yang rasanya macam Kopi Tongkat Ali hik hik

26. Do you mind spending money for your loved ones?
:: Never mind , thank you , I lap u..

28. Last thing u purchased?
:: Biskut kering

29. What books are you reading?
:: Dol Leman ( ulang baca kali ke patplo )

31. Favorite Movie?
:: Pilem-pilem lama, cite P.Romlee… dah lupa la tajuk-tajuknya.

32. Favorite football team?
:: Parit Sangap FC , dengan striker terganas, Dollohdino.. serta Tok Lipat bekam , go oldies.. go oldies..

33.What were you doing before this?
:: Err.. errr.. terkentut kut

34. Any pets?
:: Err.. ( dalam kepala hanya terbayangkan gajah jek ) hik hik..

37. Dogs or cats?
:: Tak payah. Cik Tom kan ada.. walaupun dia sekadar menompang, tapi jauh disudut hati pokcik yang halus ni, tetap menerimanya sebagai isi rumah yang sah mendapat bancian. Lagi pun, anjing haram disentuh..

38. Favorite flower?
:: Bunga atas kek yang rangup rasanya… dan diberi percuma.

39. Have you ever been caught doing something you weren't supposed to?
:: Bila terborak-borak dengan patung Kolonel Sanders depan Restoren KFC.

40. Are you taken or single?
:: Bukan single, taken pun bukan, tapi pokcik sedang mencari mak mertua angkat.. hik hik

41. Have you ever loved someone?
:: ...Uii banyak doh love ni. Eh, tak baik lokek-lokek tau. Kasih yang melimpah ruah harus dikongsi-kongsi bersama. Barulah dunia aman damai.. hik hik

42. Who would you like to see right now?
:: See Food ( Sea food ) hik hik

43. Are you still friends with yourexes?
:: Uii jangan kata exes , Y , Z , alip ba ta.. do re me, pa, so , la, suma aderrr.

Alahaii...


Wednesday, June 18, 2008

Bela


Ini kisah hampir lima puluh tahun yang lalu…

Pagi itu, pokcik berada di reban memberi makan ayam-ayam yang ada. Nasi lebihan semalam kebiasaannya di campak di situ kalau tak habis. Maka menderu-derulah ayam-ayam yang kelaparan berebutkan nasi yang ditabur.


Maklom la, mereka tu ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. dan rezeki terlempar yang diberi, sangat-sangatlah beerti...Alahaii..

Tok ayah masuk menjengah sambil melempar beberapa ketul pisang yang sudah benyek. Makin bertambah cerialah ayam-ayam itu mentekedarah dengan hati riang gumbira.

Sementara pokcik sedikit resah. Dalam hati berbelah bagi. Ada sesuatu yang ingin dikatakan. Namun sedikit gugup untuk meluah. Segalanya bermain-main di fikiran.

“Ayah..“ akhirnya pokcik menyapa perlahan. Tok ayah menoleh dengan sengihan biasa dan pandangan kuyu. Maklomlah, keletihan menoreh masih lagi terasa.

“Tadi, Mers pergi umah Ah Tai...“ ujar pokcik sambil menahan lagi degupan jantung sudah kucar-kacir nadanya. Tok ayah menanti dengan tenang.

“Kat rumah Ah Tai... ada tikus gemuk. Lari-lari dalam gelung,” akhirnya pokcik meluah juga apa yang dirasa. Sebenarnya itu bukan kali pertama pokcik bersuara tentang tikus Ah Tai. Kelmarin-kelmarin dulu, beruk Mat Yeh pun pokcik ceritakan juga. Belum lagi termasuk kura-kura si Minah dan arnab Mek Dah. Antara lain, maksud halus yang ingin disampaikan ialah, pokcik kepingin benor untuk mempunyai haiwan peliharaan.

Walau pun di rumah sudah ada beberapa ekor kucing comot, tapi mereka lebih kepada haiwan menumpang yang tahu membawa diri masing-masing

Tok ayah mengeluh perlahan. Barangkali kemelut di hati kembali bertamu. Dengan perlahan dia meminta bekas berisi nasik sejuk dari tangan pokcik.

Sambil duduk di atas bangku di sebelah reban, dia kembali mencampak nasi serta mulutnya tak henti-henti ber kurr kurr an. Pokcik senyap kembali.

“Tengok ayam-ayam ni semua.“ Tenang saja dia memula bicara.

“Bila kita lempar nasi.. dia datang makan. Berebut-rebut semuanya. Tak perlu nak fikir apa, asal ada orang beri makan dia kejar.“ Penerangannya serba ringkas, sayangnya... kabur pada fikiran pokcik.

“Tapi, kalau binatang yang kita bela, yang kita kurung, kita pula yang kena bagi dia makan. Lepas itu kena jaga dia, bersihkan tahi dia, tempat tinggal dia, pendek kata apa sahaja pasal dia, kita kena ambil tahu setiap masa,“ Kali ini maksudnya hampir terbayang-bayang.

Barangkali dia tahu akan perangai anaknya ini yang culas dan malas. Alangkah nak pergi sekolah pun selalu ponteng, inikan pula nak menjaga binatang peliharaan. Silap-silap kebuluran haiwan itu nanti.

“Walaupun nampak senang dan seronok, tanggungjawapnya besar. Mers sanggup ke nak pikul?“


Soalnya mudah. Pokcik kembali termanggu. Namun desakan naluri anak muda yang hanya tahu "nak saja " sukar untuk mencari kebenaran dalam kata-katanya. Pendek kata, dia memang tak kasi lah pokcik nak membela apa-apa. Dengan segera pokcik menghukumnya.

’Ah, Tok Ayah memang macam tu. Semua tak boleh!’ omel pokcik dalam hati, separuh geram bercampur rajuk.

Perlahan-lahan pokcik menarik muka masam sambil berkira-kira mau beredar dengan langkah yang paling kecewa.

“Mers,“ panggil Tok yah perlahan, menyebabkan langkah pokcik terhenti. Pokcik menoleh.

“Kalau kau nak bela gajah sekali pun, ayah tak kisah. Tapi, yang paling penting kena bertanggungjawap ,“


Pendek saja tok ayah berkias. Pokcik kembali terpinga.

Kata-kata tok ayah dulu kini kembali meresap. Bersama angin yang membawa kenangan serta masa yang mencuri usia, segala yang diucap seakan memberi makna yang sebegitu besar pula.

Ada kebenaran disebalik kata-kata lesunya. Hakikatnya, hidup ini sebenarnya adalah berkenaan tanggung jawap.

Hingga sekarang, pokcik tetap akan ingat kata-katanya itu..

Dan sampai sekarang juga, pokcik masih lagi mengumpul duit untuk membeli..

Seekor gajah!

Hik hik…


Nota Cagu :

Selamat Hari Bapa utk Tok Ayah…

Kalau dia tahu pokcik kini jadi seorang bloga yg paling glamer, tentu dia bangga.. kekekek

Tuesday, June 17, 2008

Taggie lagi...


Wahh... pokcik kena taggie lagi.. Kali ini oleh ardinihumaira la pulak. Amboi-amboi , rajin benor oang taggie-taggie pokcik.. Sampai naik malu ( tapi mau ) pokcik dibuatnya hik hik. Tak apalah, layannn.

1. What are you wearing right now?
= singlet pagoda koyak ketiak dengan kain pelikat digulung sampai atas peha.. auww.. menyeksi gitu citarasanya.. hik hik

2.What was the last food you ate?
= Sekut kering dan Kopi Tongkat Ali

3. Do you miss anyone?
= Uii, menggebu-gebu ni.. windunya.. Ada la.. ada la.. hik hik

4. What are your plans for the day?
= Hari ni tak de selera nak wat apa-apa. Nak lepak-lepak jek.. cam biasa. Maklomlah, dah tua… tak larat gitu..

5. Are you wearing any perfume or cologne?
= Dulu ada pakai macam-macam. Tapi, sejak rambut jadi tak berapa nak ada dan pipi penuh kedut. Pokcik jadi natural jek. Natural beauty gitu hik hik

6. Where is your best friend right now?
= Tok Lipat , dia ada di kampung la.

7 . Are you shy
= Malu tapi mau

8. Do you think you're popular
= Rasa-rasanya , ya kut.. hik hik

9. Status
= Status kesihatan ke apa? Biasalah oang tua.. salu sakit-sakit sana sini.. sakit-sakit manja gitu namanya. Status perkahwinan plak, err err bujang lapok

10. Who are you going to marry
= Pada sesiapa yang sudi.. hu huu.

11. Who was the last person to sleep in your bed?
= Cik Tom.. Dia memang selalu cam tu. Suka sangat berlingkar atas tilam kusam pokcik tu.

12. Do you regret anything?
= Apa-apa yang tidak dibuat pada masa mendapat peluang dan masa.

13 . What's your favorite ice cream?
= Ais kerim Malaysia. Itu jek la yang pokcik salu makan masa kecik-kecik dulu. Sekarang ni dah macam-macam adoo!

14. Do you prefer to sleep or eat?
= Tentulah tidoo.. sebab dalam tido, boleh bermimpi makan sedap-sedap.. hik hik

15. What do you wear to sleep?
= Kain pelikat la la la la, kain pelikat la la la la

16. Do you hate chocolate?
= Tak juga. Kalau oang ngulur.. pokcik ambik. Bak kata oang, rezeki jangan di tolak

17. Who was the last person to call you baby?
= Ntah la.. seorang kakak ni yang menyapa pokcik dekat-dekat kedai Ah Seng dulu. Tapi kakak tu macam ada misai dan bulu kaki dia, panjang-panjang gitu.. auwww.. tak rela u.. hik hik!

18. Have you bought a new car this year?
= Kereta baru? Alahaii.. jauh panggang dari satay. Manalah pokcik mampu..

19. Have you got the same style/colour hair ?
= Maintain sejak dulu.. Fashion “ less and light “ hik hik

20. How many kids do you want? Their names?
= Uii banyak tuu.. namanya sempena nama kawan-kawan di alam maya. Kekekek .. ( ye la tuu )

21.Ever cried yourself to sleep?
= Nangis tak boleh tido ada la… sbb cari bantal busuk tak jumpa.

22.What usually makes you cry?
= Tentulah yang menyentuh jiwa sentimental ku…

23.Are you normally a happy person?
= 110% sangat happy

24.Does being with your friends makes you happy?
= Oh, Sudah tentu, tapi selalunya pokcik sendiri-sendiri jek la.. Maklom la.. sapalah yang sudi nak mendampingi oang tua ni. Dah ler hensem.. manis plak tu.. kekekekek

25.When people say they think you are good looking/pretty, do you get happy?
= Tersangatlah happynya. Kadang-kadang sampai lupa diri gitu. Sabo jek la… hik hik



Friday, June 13, 2008

Taggie - Kenali pokcik...


Alahaii.. mekasih ler si daun pada Erina Juliana kerana susah-susah jek mengetag pokcik. Cuma pokcik jawap dalam bahasa melayu klasik je la, sebab pokcik punya inggeris tahap lapan.. tinggi oo.. Nanti tak paham pulak oang yg membaca.

Dan untuk anda semua yang masih belum kenal lagi dengan pokcik yang amat pemalu ni..( hik hik ) , barangkali maklumat di bawah boleh membantu.. Layannnz

1. Where do you live?
- Di sebuah pondok, di pinggiran Shah Alam.

2. What are your weaknesses?
- Err.. lutut kut.. skg ni cam lemah-lemah jek nak berjalan jauh. Maklom la.. dah tua.. alahaii

3. What brand is your cell phone?
- Pokcik tak de cell pone, Kalau nak miscall-miscall pergi jek la kat tiang pone depan simpang tu. TNB yang punya.

4. What are you most proud of?
- Tentulah pondok pokcik hik hik

5. What kind of car do you drive?
- car key ( jalan kaki da )

6. What's the last book/novel/magazine you read?
- Err… err.. Manikam Kalbu.. auww

7. What magazines do you subscribe to?
- Katalog bintang – Uii.. sekut kering tengah ada sales ni...nak pergi boli la..

8. If you were an animal, which one would you want to be?
- Ulat bulu. Oiks.. korang ingat apa aa? Amboiii... pokcik pilih ulat buku sebab, last sekali dia wat kepompong dan akhirnya keluar seekor rama-rama yang cantik. Oh, nakal sungguh kamu ni!

9. What salary are you seeking?
- Berapa-berapa pun bolehlah. Pokcik tak kisah, passed away jek. Jadilah wat-wat boli sekut n kopi Tongkat Ali ka.

10. Do you have plans to have children in the near future?
- Err.. err masih bujang kelentang! Kelentung! Kecepess... kecemprenggs.

11. What would you do if you won the lottery?
- Uii mana bley main loteri. Berdosa tau!

12. What three character traits would your friends use to describe you?
- Tertarik , menarik , ku memang Da Bomb…

13. What will you miss about your present/last job?
- Alam dan kehidupan. Oh, dulu pokcik keja kebun jek..

14. List five words that describe your character.
- Ya cinta ya rindu ya nyawa ya kalbu ya jiwa ya ratu hariku kau. Sambutlah… pokcik..

14. What is your greatest fear?
- Mati tak ada iman.

15. What's the most difficult decision you've made in the last two years?
- Bila hendak belayar ke alam maya...

16. What do you like to do for fun?
- Lepak-lepak di anjung sambil melayan perasaan di waktu malam kala bulan mengambang.

17. What do you do in your spare time?
- Seperti soalan no 16 di atas. Hik hik

18. What is your favorite memory from childhood?
- Bebas berbuat apa saja tanpa tanggungan.. yihaaaaaaaa

19. Give me an example of a time you did something wrong. How did you handle it?
- Salah kerana tak meluah. Tak wat apa-apa, Ahirnya melara dan penasarann, aduhaii...

20. Tell me one thing about yourself you wouldn't want me to know.
- Pokcik ni dolu-dolu hensem tau.. Syyy.. jgn kasi tahu oang lain tau..hik hik.

21. What is your biggest regret, and why?
- Bila pokcik tak sekolah pandai-pandai..waaaaaa

22. If you could choose one superhero power, what would it be and why?
- Tentulah Superman, up up on da wayyy…

23. What's the best movie you've seen in the last year?
- Err.. err ibu mertuaku , barang kali….

24. Who are your heroes?
- Tok ayoh..

25. What's always in your fridge?
- Tak ada fridge kat pondok ni..

26. Three must-haves on desert island.
- Pondok , kopi dan sekut

27. Can you cook?
- Uiii… tengok oang laa…

28. If u got a chance, which part of ur body would you change?
- Semua sekali kecuali gigi. Yang itu trademark ooo.. hik hik

29. What is your last kiss?
- Hmm.. kissing in da wind..

30. Do long distance relationship work?
- Entahlah… tepuk meja tanya menu. Dalam zaman sekarang ni, segalanya berkemungkinan.. alahaiii

31. Longest relationship?
- Lebih dari 55 thn.. Dengan Tok Lipat tu la.. my bes pren ever

32. Are you single or married?
- Bergantung kepada masa dan peristiwa.. hik hik

33. Which one would you prefer, either beach or island?
- Tentulah kat pulau , sebab pokcik tak pandai berenang.. hik hik.

34. Last person you talked to on the phone?
- Tok Lipat

35. Complete this sentence: "I can't live witout...."
- Pondok pokcik , sekut kering , tongkat Ali dan… anda semua.. hu huu, lebiu.. lebiuu..

36. What is your favourite sound?
- Sounds gud..!

37. What does a boy/girl have to do to impress you?
- Err.. err jangan kacau atau sakat pokcik dah ler.. Macam Si Dol Leman tu.. hampehhs..

38. Cinderella, Snow White or Belle (Beauty and The Beast)? Which one do you prefer to be? Why?
- Err.. err bawang putih bawang merah tak de ke? Jula juli bintang tiga pun boleh gak..

39. If you could be anywhere in the world right now, where would you be?

- Di rumah yang ada majlis makan-makan.

40. How much do you have in ur wallet/purse right now?
- Limah plo sen..


Selamat bercoti hujung minggu. Ceria-ceria selalu.. hu huu

Thursday, June 12, 2008

puyu


Selesai saja bersejuk-sejukan di dalam, kami lantas keluar menyambung borak. Rumah Pak Dolloh sudah jadi macam ais. Ekon “Hiyaa” dia tu, sangat power!

“Tengok ni, “ ujar Pak Dolloh sambil menunjukkan pada balang kaca kecil yang ada seekor ikan puyu di dalamnya.

“Orang kata bela ikan puyu ni, elok. Boleh buat jaga rumah.” Terangnya dengan yakin. Pokcik dan Tok Lipat ada juga mendengar akan petua-petua ini. Selain dapat jaga rumah, ikan puyu ini juga boleh menghalau kuasa jahat, ilmu hitam, hantu dan syaitan yang ingin menganggu.

“Betul ke, Pak Dolloh, “ pokcik menyoal lagi.

Pak Dolloh tersengih serta mengangguk. Dia mengambil bekas kecil di sebelah balang yang berisi makanan ikan lalu menuang ke dalamnya. Tergedik-gedik ikan puyu itu menyambar makanan yang jatuh. Air jadi sedikit keruh.

“Betull...” jawap orang tua itu tanpa menoleh.

Kusyuk betul dia memerhatikan ikan puyunya itu. Pokcik memang faham. Untuk warga emas seperi Pak Dolloh, yang tidak merayap ke mana-mana ni, seboleh-boleh rumah yang ada akan dibega-bega supaya dapat menghiburkan. Sekurang-kurangnya dia ada aktiviti untuk dibuat.

“Sekarang ni, kira rumah Pak Dolloh selamatlah ek. Tak ada pencuri masuk?” soal pokcik tiba-tiba. Barangkali terfikir juga macam manalah si puyu ni boleh menjaga rumah yang besar ni. Memang dia diletakkan di luar rumah.

Kalau pencuri datang, bagaimana? Dia boleh melompat ke, lalu mengigit hidung si pencuri, atau masuk ke dalam baju. Nak tunggu puyu bersuara, pencuri! Pencuri! Memang mustahil.

“ Ada juga yang kena curi. Sampai dua tiga kali aku terpaksa cari yang baru,” jawap Pak Dolloh sedikit geram.

“Hah, Apa yang kena curi?” soal Tok Lipat yang juga nampak terkejut.

“Apa lagi, ikan puyu aku ni laa...,” jerit Tok Lipat, sedikit kecewa.

Pokcik dan Tok Lipat terkedu dalam tawa yang ditahan-tahan.

Alahaiii...

Tuesday, June 10, 2008

Ekon

Sebaik sampai ke rumah oang tua itu, kelihatannya dia sedang berdiri di atas bangku kecil sambil mengelap satu kotak di dinding rumahnya.

“Uii.. Pak Dolloh, buat apa tu manjat-manjat tu? Jatuh kang!” jerit Tok Lipat sekadar mengacah. Pak Dolloh yang sedang asyik menyapu-nyapu terkujat lalu menoleh. Sambil merendahkan kain pelikatnya yang sudah terlalu tinggi dilipat-lipat ( hingga atas paras lutut ) dia turun tersengih-sengih.

“Tak adalah.. ekon ni hah, dah berhabuk pulak, saja aku lap-lap sikit.” terangnya dalam nada sedikit jakun.

“Uii… dahsyatlah. Rumah Pak Dolloh sudah ada ekon..” puji pokcik sedikit kagum. Rumah separuh batu dan papan pun boleh pasang ekon. Canggih sungguh teknologi sekarang ni.

“Aku memang tak nak, tapi dah budak-budak nak pasang.. lantaklah.. lagi pun cucu-cucu aku tu semua oang bandar, manja sungguh. Tak reti nak berpanas sikit. Balik kampung saja, asyik komplen panaslah, itulah, inilah.. Alahaii,” keluh Pak Dolloh seraya menggeleng kepala, mengenang hal anak-anak dan cucu-cucunya yg sudah jadi oang lilin, tak tahan dengan cuaca panas.

“Sedap ke tido pakai ekon, nyenyak sampai ke pagi la.. kekek” usik Pokcik lagi.

“Eh tak la.. aku tak pernah pasang pun. Bila anak cucu balik jek dia oang hidupkan. Kalau aku pasang, alamat mati kejong la aku sejuk-sejuk cam ni,” balas Pak Dolloh sambil ketawa. Mungkin tak dapat membayangkan tidurnya yang seperti orang eskimo kalau ekon dibuka.

“Tu yang tak de keja, aku lap sikit-sikit,” ujarnya lagi. Secara tak langsung apabila sudah ada benda baru dalam rumah dia, walau dia tak tahu pakai pun tetap akan jadi tanggung jawapnya untuk menjaga.

“Kuat ka karan dia, Pak Dolloh. Tu, ekon jenis apa tu?” soal Tok Lipat sekadar ingin tahu. Barangkali juga berangan-angan untuk pasang satu di rumahnya.

“Hiyaa… “ jawap Pak Dolloh dengan lidah yang hampir-hampir tergeliat.

“Jenis apa Pak dolloh?” soal Tok Lipat lagi.

“Hiyaa...” Kali ni nada suara Pak Dolloh sedikit kuat.

“Ish… menyanyah pula oang tua ni. Lain yang di tanya, lain pula yang dijawapnya,” getus Tok Lipat.

“Betullah tu, dah orang kata haiyaa.. aku cakap la haiyaa “ sangkal Pak Dolloh tiba-tiba.

“Ada pulak haiyaa... “ Tok lipat yang tak puas hati lantas membetul-betulkan seluarnya sebelum memanjat untuk melihat sendiri.

Lama dia termenung di atas dengan mata yang terkebil-kebil memerhati perkataan HAIER yang tertulis di bawah kotak ekon tu.

Sekali sekala kelihatan dia menggaru kepala.

Alahaiii….

Sunday, June 08, 2008

Lopis


Awal-awal pagi lagi, pokcik sudah tercatuk di gerai Janipah Lopis, depan simpang masuk ke kampung. Dia memang meniaga di situ tiap-tiap hari.
Tak tahulah entah bila dia bermula meniaga, tapi pada perkiraan pokcik, sudah lama... sejak-sejak ekonomi jadi teruk sedekad yang lalu. Dengan gaji yang seciput dari kerjanya di sebuah kilang plastik, dia mengambil keputusan untuk berhenti saja. Sejak dari itulah dia mula berniaga.

“Ai, pokcik lama betul tak nampak? Seronok ke duduk di bandor tu sampai jarang dah balik kampung?” soal Janipah yag nampak menyembunyikan kerinduannya pada pokcik dengan perkataan-perkataan yang selamba.

“Ada.. jawap pokcik pendek

Beberapa orang pelanggan sibuk mengerumuni meja kecilnya. Pagi-pagi begini, orang sibuk nak bersarapan. Ada yg nak karipap, jemput-jemput, keria, lengkung (agar-agar), lepat, kasturi dan tak ketinggalan... kuih lopis. Oleh kerana kuih lopisnyalah yang terpaling sedap, dia digelar orang Janipah Lopis dan gelaran itu kekal sampai sekarang.

“Wah, laris betul perniagan kau ni,“ puji pokcik setelah agak surut oang yang datang membeli.

“Alah, meniaga kecil-kecilan... bolehlah setakat cukup-cukup makan, bantu-bantu sikit Abang Denan tu. Kalau nak sampai kaya raya tu, tak adalah. Janji rezekinya halal ,“ jawap Janipah laju. Barangkali pokcik bukan oang yang pertama menyoal sedemikian.

“Lama tak merasa kuih lopis kau ni, Janipah oi. Aku nak boli, lupa plak bawak duit,“ ujar pokcik dalam kias yang paling manis. Janipah menjeling sambil tersenyum.

“Alah pokcik ni.. janganlah malu-malu. Datang pun bukan selalu. Ambik la.. kalau nak rasa, banyak pun tak apa. Saya belanja,“ ujarnya sambil meletakkan dua ketul kuih lopis di atas piring. Kuih yang dibuat dari pulut, komdian ditabur kelapa dan akhir sekali dicurahkan air gula melaka yang perang warnanya, amat-amat mengecurkan air liur pokcik.

Pokcik duduk di tepi kerusi dengan sengihan penuh syukur.

“Uii.. keras dah kuih kau ni.. ,“ rungut pokcik pada suapan yang pertama.

Janipah Lopis menoleh seketika.

“Ni macam tak cukup bahan je. Aii.. takkanlah harga beras dan gula naik, kualiti pun lain macam jek..“ tambah pokcik lagi dalam nada gurau mesra-mesra manja.

“Mana ada pokcik oii. Saya ni mana ada tukar apa-apa. Dari dulu sampai sekarang memang macam tu. Resipi keluarga lagi ni turun menurun. Walau barang dan naik pun, saya tetap maintain. Lagi pun buat apalah nak untung besor-besor, setakat jual tepi simpang ni.. bukannya boleh untung banyak. Nanti, oang jadi benci pula,“ balas Janipah dengan panjang lebar.

“Oh, ye ke? Hmm.. memang kau ni.. peniaga yang teluslah,“ puji pokcik sambil menyambung kunyah. Barangkali pokcik yang sudah lama tak merasa kuih lopis ni. Memang terasa sedikit kenyal-kenyal yang lebih kepada keras kematu. Susah pulak pokcik nak makan.

“Entah-entah, gigi pokcik yang dah tak berapa banyak kut nak menggigit. Telan jek la,“ ujar Janipah setelah lama melihat pokcik menghunggis-hunggis kuihnya.

“Erks..!” hampir-pokcik saja pokcik tersedak.

Alahaii.. Janipah lopis ni… ke situ pulaknya…

Hik hik

Sunday, June 01, 2008

Bercoti sakan...


Pada sesiapa yang mencari-cari pokcik sejak seminggu lagu, maap daun keladilah pokcik pohonkan, kerana di sebalik musim coti sekolah yang selama dominggu ni, pokcik pun turut sama memeriahkan suasana dengan pulang ke kampung halaman.

Maklomlah, lama sungguh tak balik kampung. Menggebu-gebu rindunya. Tak apa, nantilah pokcik ceritalah bebila free...

Biasalah, semusim coti yang datang ni, kadang-kadang membuatkan kita jadi keterujaan hingga terlupa hendak berpesan-pesan atau sekadar pamitan. Itu yang membuatkan kehilangan pokcik di rasai.. hik hik ( sengih lebor + tersipu-sipu )

Adapun, terlalu teruja sesangat hingga hampir-hampir terlupa bahawa,

Pokcik bukanlah cikgu cikgi sekolah,

Dan lagi, pokcik ni... bukanlah budak-budak sekolah pun...

Hik hik… apa-apa pun, layannn…

Alahaii…