Friday, June 15, 2007

Yang lama...

Semalam, sedang pokcik membelek2 suat kabo di kedai kopi Ah seng, maka terpandanglah satu cerita akan para penulis lama yang di raikan bersama secara nostalgia oleh golongan2 masa kini.

Ia lebih kepada menghargai sumbangan mereka dan kesan pemikiran yang dicetuskan dapat mengubah fahaman bangsa dalam meranjau kehidupan beberapa zaman yang dituliskan dalam sesebuah naskah.

Bila memikirkan tentang penulis2 lama yang sudah pun mengharum namanya dipersada penulisan hingga saat ini, ini membuatkan pokcik merasa sangat bangga dan serba aspirasi gitu. Melonjak2 hasrat hatinya hendak menulis, membuat cerita, bersastera, bersajak serta berpuisi atau dengan erti kata yang lain, hendak menjadi seperti2 mereka juga.

Tapi memikirkan bahawa, titik permulaan untuk perubahan minat yang mendadak tidak ada tanda2 akan kelihatan, mulalah pokcik merasa sedikit kecil hati gitu.

Kalau boleh dieksperimenkan memori pokcik nih, maka akan kelihatanlah ibarat kain saprah atau kain putih lama yang merentang panjang yang suci lagi bersih. Kalau ianya kain baru memang nyata bersih. Tapi, apabila bentangannya dilakukan setelah 60 tahun tersimpan lama, sedikit sebanyak akan terlihat jua akan capuk2nya, terkoyak sana sini, lopong digigit lipas dan bubuk serta garis2 yang memudarkan seri warna putihnya. Hingga jadi cacat cela bila dipandang mata.

Begitulah yg boleh diumpamakan akan otak pokcik nih. Kalau hendak dibersihkan semua, dari segala karat2 dan radang2nya, memang teramat mustahil. Apatah lagi dengan usia yang lebih membudak2kan daripada mendewasakannya ini. Cukup tidak sesuai untuk berkata-kata secara hikmah.

Sebab itu kadang2 pokcik jadi gusar apabila mahu berbicarakan sesuatu disini. Apakah ada manfaatnya pada sekelian atau sekadar rapu2an yang serba kosong.

Pada suatu masa yang lain pula, rasa terkilannya begitu menjadi2 sekali hingga hampir mengalir si air mata.

Menulis memerlukan kekuatan mental yang mampu menyerap segala macam maklumat dan direncam bersama menjadi perspektif baru yang lebih segar dan bersesuaian dengan keadaan semasa. Mengolah cerita2 suka duka yang boleh menaikkan perasaan, memperkasakan self-esteem, membuai emosi dan mendapat sesuatu yang boleh di fikir minda selain dipelajari untuk kehidupan yang serba mencabar ini.

Sayang dulu pokcik terlalu melayari kehidupan ini dengan seada2nya. Dengan alasan yang mustahil diterima akal masa kini, pokcik jadi tak berdaya. Keliru diantara minat, kehidupan, desakan hidup dan lain2 lagi. Bila dah tua2 begini, barulah teringat nak buat itu ini.. tapi rasa2nya sudah terlambat.

Untuk generasi yang baru2 ini, satu jek pokcik nak pesan.. kalau nak buat sesuatu yang diinginkan, maka sekaranglah masanya! Rembat sahaja peluang yang ada di depan mata tanpa rasa lengah2 atau ragu2. tak kiralah dari segi cita2, minat, kerjaya, pemikiran dan sebagainya.

Dan perlu juga dingatkan, hanya yang baik2 sahaja ye.. Yang tak baik, uii jangan sesekali buat.

Maafkan pokcik kalau agak merapu sedikit hari ini, kerana maklom laa, oang tua yang masih lagi belum lagi baik demam, memang begini ler rupanya. Agak emosional sedikit, konflik antara perasaan dan minda serta kecelaruan zaman antara kanak2, rumaja dan oang tua.. alahaii..

Salam hari Jumaat untuk semua. Selamat bercoti hujung minggu.

7 comments:

dS said...

Salam pokcik, ni dewi bawa kuih popia tapi x de salut sambal.. kosong aje.. pak tabib kan dah pesan tadi, tak boleh makan pedas-pedas. Kalau nak cpt sihat, kena b'pantang sikitlah.. lps mkn tu jgn lupa telan ubat ya!

p/s:Terima kasih di atas nasihat pokcik mengenai bidang penulisan, sebenarnya.. kita sendiri tidak tahu di mana letaknya diri kita jika kita tidak meletakkan diri di mana-mana pun! Hepi wiken!

sd. said...

d pagi jumaat yg sejuk.hoho.yeah.remabt je pelung yg ada kan ms muda ni.eh, yg baik je la tapi.hehe..

happy weekend gak ;)

AiRynnz said...

tul kata pokcik...kene rembat je peluang yg ader di usia muda ni...

lagipun peluang xkan dpt berkali2 kan?

Mersik said...

deWi sukma - Hik hik mekasih ler daun keladi.. lain kali jgn lupa bwk sambalnya aa.. sbb kalu tak de sambal, slow skit pokcik mkn hik hik.. Doktor pun ade pesan, suo makan yg sedap2 gitu hik hik

Alah.. anggaplah nasihat pokcik tu sebagai motivasi.. umpama nasihat dari seorang pokcik...erks?? kekekek alahaiii

Happy weekends gak? apa plan? main hujan ek? kekekekek


Sayda - tul tu.. apatah lagi kalu berada di negeri oang, belajor dari budaya lain.. Jgn dirembat "oang" disana dah ler.. terkoma, mak ayoh kat kg kang..kekekek


airynnz - Ha'ah.. elok la kalu ade fikir cam tuh, besok dah tua tak ler terkilan sangat. Cam pokcik nih.. dulu2 muda2 tak nak hip hop.. dah tua2 baru ler terhip hop jalannya ( ketaq2) kekekek..

Unknown said...

Pokcik... buat apa? Nostalgia betul gambo yang pokcik letak kat sini. Sian OD tengok. Gambo sapa tu? Yap Ah Seng ke? Hepi wiken Pokcik...

Mersik said...

Opah De - hik hik alah tu gambor motivasi kekononnya.. Pokcik pun tak tahu sapa kekeke.

Saja.. supaya pokcik salu ingat2.. gegegeg.. bila dah tua sesangat, cam tu ler nanti hik hik.

happy weekends gak..ceria2 selalu hu huu

NURAZZAH8 said...

pokcik, lama tak bertandang ke rumah hamba... rindu pulok kat pokcik...
nanti hamba buatkan kuih koci..eh?Pokcik suka kuih koci ke?

takpelah...Saya nak ucapkan
"SELAMAT HARI BAPA" kpd pokcik...semuga pokcik sihat2 selalu dalam menghadapi hari tua...hehehe