Tuesday, August 01, 2006

La Pokcik De Langkawi : Beras Terbakar punya cerita..


" Oooi pakcik ! Apa buat tu ? " laung suatu suara yg betul2 menganggu konsentrasi pokcik yg tengah sedap2 mencangkung. Lantas pokcik bangun lalu menoleh . Seorang budak lelaki belasan tahun merenung pokcik dengan hairan.

" Eh ko tak nampak ke ? , Kan pokcik nak cari beras nih . Beras terbakar " jawab pokcik sambil mencangkung lagi dan menguis2 halaman yg ditumbuhi rumput hijau paras buku lali itu. Budak musa belasan tahun tuh tersenyum sendiri.

" Pakcik , mana ada beras terbakar kat situ . Dan berpuluh2 tahun dah tempat tu dijenguk oang. Kalau nak tenguk , tu dalam bekas depan pagar tuh " sambil menunjukkan pada sebuah bekas dihadapan papan penerangan tentang tempat tersebut. Pokcik pun panjat keluar pagar lalu pergi ke papan penerangan tersebut.

Di situ , pokcik tercongok2 dan terkebil2 membaca serta menggaru2 kepala . Kemudian tersengih sendirian sambil mencari kelibat budak lelaki tadi yang hilang entah kemana. " Alahaii tak de ler nih beras terbakar ? , iksh iksh pasrah kasih tul aa " Namun pokcik perasan di sebelah halaman beras terbakar tuh ada sebuah rumah yang cantik binaannnya , mungkin rumah tuan punya penjaga halaman nih kut. Tidak lama kemudian datang pula beberapa pelancung asing dan juga pasangan India yang juga ingin kelihat tapak sejaran tersebut.

Pokcik dah lama disitu , tiba masanya untuk berlalu . Namun apabila menghampiri deretan gerai2 yang agak panjang , pokcik terpandangkan seorang tua lain yg agak2 nya berusia beberapa jam lebih tua dari pokcik sedang duduk disebuah kerusi panjang . Lepas memberi salam pokcik pun tumpang duduk sekali.

" Pokcik nih dtg ngan sapa ? " sapa pokcik cuba beramah tamah.
" Hmm dengan keluarga , anak2 , cucu seme "
" Pokcik jumpa tak beras terbakar tu ? " soal pokcik cuba mencari pengesahan. Manalah tahu kut2 budak lelaki tu kelentong pokcik ke.

" Tak jumpa pun beras terbakar " jawab pokcik tuh lemah . Pokcik mengangguk2 lega.

" Tapi menda lain pulak yang terbakar " sambung oang tua tu lagi. Pokcik jadi bertambah hairan.

" Apa yg terbakar tu pokcik ? "

" Hmm duit yang terbakar " jawabnya selamba dan perlahan , sambil menjuihkan mulutnye kearah isterinya yg sedang membelek2 kain batik jawa . Di sebelah nya pula , mungkin anak2nya juga sedang membelek2 baju dan cenderahati . Dan kelihatan juga seorang pembantu sedang menjinjit beberapa beg pakaian yang sudah dibeli.

“ Duit terbakar ? alahaiiii kekekekek huhuhu hik hik hik keh keh keh gegegegegge. " ( terus pokcik ketawa tak henti2 , hingga laa sejam kemudian . Dan rasa2nya pokcik tuh dah lama berlalu kut , meninggalkan pokcik ( dgn perasaan yg bengkek )

Abih tuh dah dia buat lawak , pokcik gelak laa hik hik..alahaii

4 comments:

Anonymous said...

nk tumpang gelak jgklah... kekekekek huhuhu hik hik hik keh keh keh gegegegegge...

skrg nk tanya... klu hik hik tu gelak mesra alam gitu... apa pula makna gegegegegge tu? adakah pokcik menggigil kesejukan? atau pokcik kena kejutan elektrik? atau tmpt pokcik sdng berdiri waktu tu mengalami gempa bumi? beritahu sy supaya sy mengerti karektor pokcik yg sebenar-benarnya.

pertanyaan di atas bukan bermaksud hendak menghina, tetapi ikhlas ingin mengerti.

Mersik said...

nor ash burn - alahaii..yg itu maknanya gelak yg ditahan2 pecahnya. Namun dalam konteks diatas , oleh kerana masa gelaknya agak panjang eloklah dipelbagaikan gelaknye supaya tidak terhad kepada satu nada sahaja..Nanti komposisi angin dan mekanisme urat pipi yang digunakan akan jadi kebas gitu. So , kalau nak gelak panjang pastikan bervariasi. Lagi satu , tak perlu lah cuba mengerti karektor pokcik ini kerana pokcik nih kadang2 sukar dimengerti gituu hik hik..cukuplah menerima seadanya..alahaii

Mersik said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mersik said...
This comment has been removed by a blog administrator.