Friday, August 18, 2006

Tak sedap fikir gituu..

Sejak dua tiga hari lepas , pokcik rasa semacam jek. Kalau oang biasanya tak sedap badan , pokcik nih pula, “ Tak sedap fikir “ . Ntah la..apa punya pesen penyakit tuh pokcik pun tak tahu. Tapi yg pastinya pokcik dah jadi malas untuk berfikir. Bila dah malas fikir , maka tangan pun malas menguit2 serta menulis. Akhirnya, pokcik jadi tak berselera nak bercerita.

Apa punya angin laa yg dah merasuk fikiran pokcik nih ? . Puas doh pokcik menghalaunya dengan melakukan aktiviti tido seharian. Namun pabila mata terbuka mulalah fikir2 itu menyekat naluri dan rasa semarak pokcik. Ia jadi pegun semula. Alahaii tragis sungguh. Apa ek rasanya manusia tanpa fikiran ? Walau pun tak serendah oang yg kurang siuman tapi setingkat darinya juga kadang2 menyiksakan. Bayangkan, kalau pokcik termenung sahaja saban hari. Walau pun nampak macam otak nih sedang bekerja , tapi hakikatnya ia semakin lemah dan mati jaringannya. Uii mintak2 la dijauhkan dari sakit2 kronik gitu.

Pokcik cuba2 luahkan pada si Leman, namun setiap kali pokcik senarikan simptom2nya , setiap kali tu jugaklah dia menyenaraikan arwah2 yg mengidap simptom2 yg sama dengan pokcik. rasa tawar plak hati ini walau dihidangkannya dengan sirap manis. “ Ahh oang bukannya tahu masalah pokcik . Oang belum sampai lagi tahap2 usia yg pokcik alami. Nak kata nyanyuk, pokcik masih ingat lagi sapa2 yg datang bertandang kepondok buruk nih. Nak kata amnesia, pokcik masih ingat lagi hutang pada Marpunah Janda tuh kekeke. Nak kata jatuh cinta , huh takat nih tak de la..tapi kut oang jatuh cinta ngan pokcik dan buat “ apa2 “ , tak tahu la kekekek. Ntah laa , bingung kepala memikirkannya. Kadang2 masalah oang tua nih sukar untuk dihuraikan.

Pokcik mintak maaf ler kalau tak se ghairah dulu. Kalau2 selalu on and off. Biasa ler..mood nih bukannya leh datang ikut time. Kadang jauh dia lari , membuatkan pokcik termati kutu berhari2. Apa2 pun pokcik tak putus asa. Mana boleh pokcik duduk diam saja, lagi ler pokcik leh jadi gila.

Waa !..pokcik perlukan sokongan ! Pokcik perlukan dorongan ! Pokcik perlukan err err “ dokongan “ kekeke..Maih ler sini sapa nak dokong pokcik bawak gi jalan2 kekekeke hik hik..

( Utk pengetahuan seme, berat pokcik hanya 100 kg sahaja gegegegegege )

Akhir sekali , selamat bercuti hujung minggu. Ceria2 selalu. Pada yg plannning nak berjalan2 makan angin sempena cuti sekolah nih , have fun. Semoga bergumbira hendaknya dan rindukan pokcik selalu..hik hik..

Oiii tak dak sapa2 kaa nak dokong pokcik nihh ? kekekekeke Maih ler . Oits..napa seme larii ?


Alahaiii..

6 comments:

nor ash burn said...

ingat lg masa2 kita berkete sorong, berbeskal, berbmw, berkapal terbang dn hampir2 berroket ke bulan? itu kenangan masa lalu yg tak mungkin menjd kenyataan lg skrg selagi berat badan tu kekal 100 kg!

mamajambu said...

senyum sikit sayang sikit alah sian maih mama kokong maih oopps 100kg mak oi...tak leh lah pokcik tak seimbang ngan berat mama sowi

Pokcik apa yg pokcik rasa tu mungkin perubahan atau peralihan umur kut nak mengembang atau pokcik dah jatuh cinta ngan si kiut miut tak.

Tapi kan mama rasa seme jejaka2 idaman kan pun mcm pokcik pasal ct nak kawin seme tak lalu mkn, tido tak lena, mandi kuyup lah kan..simptom2 org frust menonggeng.

Rata2 mama gi ke mana ada je yg ckp tak leh itu takleh ini gara2 ct nak kawin.Pokcik cari je ct lain mama rekemen kan ctsquare,ctkus,ctpah,n cttanjung perak not bad hah..kekeke khehehe hahaha.gegegegegg ^o^:-)

Mersik said...

nor ash burn - alahai kalau dah seiya sekawan , bertambah satu tan pun tak kisah..gegegegege..asalkan dapat bersama gitu..

mama - Alahaii mama , kesitu plak dia. Mmg ler dlm hati nih ada sedikit resah , frust dan marah . kalau diikutkan leh metetup cam gunung berapi. Sebab tuh pokcik malas nak menulis tentangnya, takut terbawa2 dek perasaan hati gitu. Walau bagai pun mmg tak puas hati..

Mungkin pokcik tak berapa sihat kut..Yo laa dah tua2 bangka nih..macam2 rasa yg mula hilang..akhirnya pengun sendiri dan tak berasa langsung kekekek..

Tapi pokcik cakap dah..pokcik perlukan dorongannn , sokongan dann ahaks ahaks..dokongann gegegege..

( Kalau hilang ct yg tuh pun ada ct lagi satu..err adik kiut ? huh adik kiut yg mama tu ? alahaiii..mama nih ngan ler bergossip , malu ah..gegegegegeg )

ms_b3rry said...

1oo kg? pokcik melawak ke x ni? :|

Mersik said...

ms_b3rry - melawak ? hmmm ye ke ? ( sambil gi lihat diri depan cermin )..Opocots.!! gegegege hik hik

iemah said...

errr...
kot2 pakcik ni nak menopos kot...
ihiksss :p