Pokcik duduk dihadapan sebuah sekolah , memerhatikan budak2 balik waktu tengah hari. Kadang2 rasa seronok juga. Selain dari dapat mengimbau zaman2 persekolahan dulu , dapat juga melihat telatah budak2 zaman sekarang nih. Rata2 semuanya cam kemetot2 jek. Bila loceng berbunyi, berdedai2 semua keluar , berlari cam anak ayam keluar reban. Mak bapak dah tunggu diluar begitu juga dengan bas serta van. Kalau nasib tak baik , tersangkut dengan Bung penjual aiskerim dan jajan . Cobaannn ! .
Beg sekolah pun besar2 belaka , kadang2 amat menyusahkan , namun tak juga kerana semua beg2 sekolah sekarang dah ada roda . Tak ubah macam bagasi nak gi oversea gitu ( tapi lebih kecil sedikit ). Agaknya susah cuma pada menarik jek.
Kalau dulu semua main selempang , sangkut dibahu atau kepala. Berjalan kali jauh berbatu2 pergi dan balik. Sampai teleng2 tenguk dibuatnya. Kasut pun setahun sekali bertukar . Andai kata sebelum setahun dah bocor atau koyak , pakailah jek lah sampai cukup tahun. Sekarang nih tak adalah jumpa lagi kasut Getah , Bata ( jenis lama ) atau Aliph . Dah banyak jenama baru dan pendek2 pula hayatnya.
Alahai budak2 sekarang nih , untung betul . sekoalah pun dah didepan mata. Banyak taman2 atau perumahan baru menyediakan sekolah disetiap tempat. Namun kualitinya pula kadang2 dipersoalkan. Ditambah dengan keadaan disiplin dan campurtangan mak bapak , membuatkan setengah orang berfikir sekolah pun bukan tempat yang baik untuk belajar.
Kalau belajar tuh susah , tentu ilmu susah nak lari dan tersemat penuh didalam dada. Fikiran budak2 sekarang nih sukar diramal . Banyak dugaan yg ada disekeliling menyebabkan mereka mudah leka. Nah , justeru tugas mak bapaklah yg pentng sekali dalam memantau dan mendidik anak2 mereka . Tak usah nak harapkan guru2 disekolah jek..alahaii..
Seorang budak tiba2 duduk disebelah pokcik. Memandang pokcik sekilas .Mungkin tertanya2 apa pokcik tua nih buat kat sekolah ? . Pokcik pandang begnya yg besar ( dan beroda ) , baju seluar yg kusut dan comot ( Uii cam gii sekolah tentera plak kau ye..). dengan sebungkus jajan ditangannya. Dia sabar menunggu , mungkin menunggu kenderaan atau ibu bapanya.
" Anak darjah berapa? " sapa pokcik mesra.
" Tahunarjah dua " jawabnya sambil menoleh sekilas lagi. Sambil2 tuh mulutnya mengunyah jajan. Krup krap krup krap bunyinya..
" Seronok tak gi sekolah ? ", tanya pokcik lagi . walau pun soalan nampak cam bodoh , tapi pokcik perlu tahu.
" Seronokk " jawabnya riang sambil berkali2 angguk kepala. Pokcik tersenyum.
" Kenapa seronok ? " spontan pokcik tertanya lagih.
" Ada kawan2 ,boleh main2.." jawabnya penuh yakin. Pokcik terkedu dan tersenyum hambar.
" Nak , kita gi sekolah nih , untuk belajar . menimba ilmu gitu . Pergi sekolah nih umpama bawak bakul. Pergi dengan bakul kosong , bila pulang nanti penuh bakulnya dengan segala ilmu yang dipelajari " nasihat pokcik tiba2. Budak itu melongo sekajap.
" Buat apa bawak bakul pokcik ? , beg kan ada..tarik jek laa “ jawabnya dengan penuh yakin. Lalu tiba2 dia berlalu bila menyedari kenderaannya dah sampai.
Dalam keriuhan budak2 di sekolah itu , giliran pokcik pulak melongo..iksh iksh budak2 sekarang nih..alahaii..
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
5 comments:
yalah, pokcik. org pi sekolah mana bawak bakul? klu nak bawak bakul, tu pi pasar ar. blh letak ikan, sayur, ayam....
Waa..itu perumpamaan , yg oang2 tua pokcik ajarkan..tapi rasa2nya dah tah leh diguna pakai kut sekarang nih..alahaii..
akan dtg lg canggih pokcik. anak2 sekolah tak payah bwk beg sekolah. bawak notebk aje. nnt anak2 mereka pulak terpinga2. knp mak bapak mereka bodoh2 bawak buku dn beg besar pi sekolah?
Alahaii nor ash burn , apalah daya pokcik. Masa tuh entahkan ada hauat entahkan tidak , entahkah mampu merapu atau dah nyanyuk abih..Justeru itu peranan mak bapak akan jadi lebih mencabar lagi..alahaiii
You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it Mexican+nexium+prescription paxil vitamins neurontin cheap merchant account http://www.hot-tub-8.info Clindamycin & levaquin together Plastic surgeon and lexington and kentucky Get deleted files back Access internet sprint wireless
Post a Comment