Thursday, December 17, 2009

Maal Hijrah 1431


Selamat menyambut Maal Hijrah pokcik ucapkan buat sekalian pengunjung setia pondok buruk ini. Memang masa sangat cepat berlalu, tidak perlu di sangsi lagi. Namun apa yang dikutip sepanjang melalui tempoh setahun ini haruskan diambil kira, direnung kembali, difikiri dan dinilai hasilnya.Adakah lebih banyak kebaikan yang dilakukan ataupun sebaliknya.

Hidup ini sangat singkat rupanya. Mujurlah ada angka dan tahun yang boleh dikira dan dijadikan rujukan perjalanan hidup ini.

Semoga anda semua akan menjadi insan yang kembali suci. Di tahun hijrah 1431 ini, marilah kita sama-sama menjadi insan yang lebih bersemangat untuk memperbaiki diri dan berwawasan penuh jaya.

Dan yang terpenting sekali, semoga kita menjadi manusia yang bertakwa dalam menjalani kehidupan di muka bumi nan sementara ini.

Juga, Selamat bercuti.

5 comments:

Indah Hairani said...

assalamualaikum Pok cik,
Masa begitu pantas, tahu baru datang lagi. Terasa masih panas segala kenangan...dan azam-azam masih tinggal azam...aduhai..terasa sangat kita gagal dalam banyak hal.
Wassalam

Qasih said...

salam mersik

selamat tahun baru hijrah 1431..

-Ain-Dak In- said...

salam pokcik..

selamat menyambut tahun baru hijrah..moga sentiasa berada di bawah lindunganNYA..

tak lupa gak>>
hepi besday pokcik..
moga pjg umo..mrah rezeki..
selamat dunia akhirat..
amin..

*peace*

(^^,)

aryanie ismail said...

Salam Pokcik.

Awal Muharam detik permulaan..bermulalah lebar baru dlm kehidupan..semoga tahun ini..segala amalan yg baik melebihi yg tidak baik hehehe....

Apa azam tahun ni ya????

Mersik said...

Indah Hairani - Begitulah fitrahnya. Masa yang pergi tak akan kembali. Yang tinggal.. hanya kenangan.


Qasih - wsalam.. slmt tahun baru juga. Ceria2 selalu hendaknya.


Ain - Slmt tahun baru. hu huu.. mekasih krn sudi mengucapkannya. Uii takdak hadiah2 ka? ngeteh2 ke? hik hik..*wink*


Aryanie - Pokcik selain nak masuk syurga, tak ada azam lain kecuali nak jadi kayo. Huuu pokcik kayooo..! hik hik