skip to main |
skip to sidebar
Lama sungguh pokcik tidak menulis di sini. Pada yang setia menyinggah tu, terima kasihlah daun keladi pokcik ucapkan. Semoga anda semua akan terus mengingati pokcik.
Sejak beberapa hari ini, kurang sikit hujan turun. Cuaca bertukar terik dan kering. Alam memang sentiasa berubah. Dan setiap apa yang turun dan bersinar dari langit , pasti ada hikmah yang terselindung di sebaliknya.
Musim cuti sekolah ini bercampur dengan musim oang kahwin. Kalau tak berjalan-jalan makan angin, oang akan balik kampung jumpa mak ayoh selain menghadiri majlis kahwin abg, adik dan kakak jugan saudara mara terdekat. Pendek kata aktiviti-aktiviti yang menyeronokkanlah juga.
Ada juga pokcik dijemput sama menghadiri kenduri di sini mahupun di kampung. Maklomlah.. oang-oang tua cam pokcik ni memang payah nak dilupa. Hik hik
Jenuh la nak makan apabila di perlawa. Murah rezeki di musim-musim cuti ini. Hidangannya pula pelbagai rupa, warna dan rasa hingga tak terlayan dek selera. Tuan umah asyik menyuruh tambah saja. Pokcik pula.. bukannya banyak sangat makan.
Kadang-kadang, bila dah tambah empat lima kali.. pokcik terus berhenti.
Bila tuan umah tanya, kenapa?
Pokcik katalah.. maluuu gitu. Hik hik
2 comments:
Memang betul pokcik... nekcun pulak sampai tak leh nak pi mana-mana cuti kali ni sbb banyak sangat kenduri saudara mara yang nak kena gi jugak!... Iyalah... kita pun tak lama lagi nak menantu lagi, jadi kalo kita tak pi kenduri depa, takut nanti depa tak mai pulak kenduri kita!...hehehe... Tapi itulah rezeki kan?... hujung minggu memang dapor tak berasap, tapi perut kenyang memanjang!...
Nek Cun - Wah, seronok la kalau gitu. Sibuk2 kenyang perut. Hidup bermasyarakat, begitulah.
Post a Comment