Tuesday, April 28, 2009

Robek

Malam ini, sambil melayan mamun, sambil merenung bintang-bintang kelabu di langit ( sebenornya mata pokcik yang dah kuyu menahan ngantuk), terbit sedikit selera hendak menulis barang sebaris dua cerita. Oh, ini sungguh luar biasa sekali... kerana sejak beberapa bulan yang lalu, pokcik memang sangat malas untuk berbicara.

Mata masih terkalip-kalip. Otak sudah sedikit gerek seperti enjin moris minor lama yang tak diservis. Apolah nak cerita ni? Punggung sudah beberapa kali digaru. Idea datang dan pergi macam lampu trafik light di siang hari.

Dari kejauhan, di perumahan kongsi indon yang malap lampunya, sayup-sayup terdengar lagu dangdut yang mendayu-dayu dibawa oleh penyanyi gelek 45 darjah Mas Idayu.

Wah, layan dangdut la pulak..

Bosan, bosan, bosan dengan sikap muuuuu
Pergi, pergi , pergi dari sisiku..

Aduh, aduh, aduh , aduh aku tertipu
Aduh, aduh, aduh , aduh aku merana
Aduh, aduh, aduh , aduh aku terpana
Aduh, aduh , aduh , aduh

Gobek hatiku...
Gobek hatiku.. hu huu

zzzzzz
zzz

hik hik

Monday, April 27, 2009

tumbang...


Pesta Buku sudah berakhir hari ini.
Dan, pokcik pun akhirnya... tumbang.
Adehh..
Hik hik

Tuesday, April 21, 2009

Dan...

Dan, biasalah...
Bila dah berpesta buku sakan-sakan,
Alah penat la pulak..
Alahaii..

Saturday, April 18, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.


Pokcik akan menjengok di pesta buku dalam beberapa hari ni.
Maklomlah, dah lama tak mencium bau-bau kertas dan buku-buku.
Hik hik.. Maih ler...

Monday, April 13, 2009

batuk...


Pokcik tidak berapa sihat sejak dua tiga hari ni. Batuk-batuk yang mulanya bernada manja, akhir-akhirnya menjadikan bunyinya serba serak hingga mengokol-ngokol dan terhinggut-ginggut tubuh pokcik tatkala ia menyerang. Ditambah pula dengan perit tekak dan kerongkong, sangat-sangatlah membuat pokcik jadi tak selesa. Hatta hendak menelan air liur pun rasa macam nak menangis saja.

Musim-musim hujan begini, tubuh tua ini memang mudah kalah. Kena air hujan barang setitis dua, sudah dedor badan. Seram sejuk mula terasa. Urat saraf berdenyut-denyut, Mujur setakat ni, demam tidak mengiring sama. Kalau tidak terkapor-kaporlah pokcik tiada daya hendak menahan virus-virus tersebut dari menghinggapi.

Beginilah keadaannya bila tubuh sudah semakin tua dimakan usia. Luar dan dalam jadi rapuh dan tidak bertenaga. Cuma pokcik tidak kecik hati sangat sebab sudah selayaknya tubuh ini merasa yang sedomkian. Kerana usia sudah meningkat senja. Dan lagi, tubuh ini pun sudah tidak segagah dulu.

Bila tengokkan oang-oang zaman sekarang ni, lagilah pokcik semakin menggeleng kepala. Zaman sekarang, muda-muda lagi sudah kena sakit itu ini. Darah tinggi, kencing manis, jantung, migrane, stroke dan macam-macam lagi penyakit yang mesratubuh.

Perobahan gaya hidup manusia yang serba moden hari ini terlalu pantas hinggakan kita tidak peduli dengan kepentingan tubuh dan juga makanan yang diambil. Belum lagi dikira waktu-waktu makannya. Pendek kata, selagi tekak rasa nak makan, selagi perut boleh tahan, 24 jam pun boleh sapu apa saja. Tak kira siang atau malam.

Benarlah kata Tok Lipat, sahabat baik pokcik di Kampung Parit Sangap tu.

Katanya,“ menjaga kesihatan ni, bukannya masa kita dah tua je, tapi sedari muda kita jadikan amalam yakni gaya hidup yang sihat. Kalau tidak nasiblah. Bila dah tua, badan pun sakit-sakit, segala organ dalaman meragam sana sini, itu maknanya sudah terambat. “

Pokcik setuju sangat dengan pendapatnya. Kalau dah namanya sakit, makan ubat pun belum tentu dapat memulihkan tubuh kepada keadaan asal. Macam enjin dah rosak, godek-godek, overhaul sana sini pun belum tentu boleh sebaik enjin yang asal.

Oleh itu, sayangilah tubuh badan anda. Jagalah ia dengan sebaiknya selain mengisi keperluannya dengan makanan-makan yang berzat dan penuh nutrisi seimbang. Badan yang sihat akan menjadikan otak dan sekelian tubuh cergas bertenaga.

Jangan besok, kamu semua jadi tua... sebelum waktunya.

Hidup biar sedap, yihaaa... ( mula bangun dan hendak melompat-lompat.. )

Adehh.. adehh.. adehh... hmmm... hmm...

Macam nak demam je rasanya... adehh... hmm hmm hmm

Alahaii...

Friday, April 10, 2009

Berpaling...

Itik : Kita ni nampak saja dekat tapi sukar berbicara

Siput : Apakan daya bukan kita yang merencanakannya.

Itik : Bukankah elok kalau kau di sebelah kiri dan aku disebelah kanan. Setidak-tidaknyanya dapat kita bertentang mata. Bukannya berpaling macam ni.

Siput : Sepatutnya begitulah. Seperti yang ku cakap tadi, apakan daya, stoken ini...


Haliaaaa yang punyaaaa...

Alahaiii...

Tuesday, April 07, 2009

Di taman teman.


Pokcik terasa hendak gelak saja sekuat mungkin.

Alkisah, bila mengunjungi satu blog teman ni.. pokcik menulis

"Salamz Moi, pekaboo? wat pe tu? Amboi bz nampak. Saja singgah2 lawat kawan lama."

Dan, beberapa jam lepas tu.. pokcik dengan konfidennya melawat blog yang sama dan dengan selambanya menulis.

"Salamz Moi, pekaboo? Wat pe tu? Lama tul pokcik tak datang ke sini.. lamaaaaa gitu."

Tap! Pokcik tekan enter... komdian, tiba-tiba saja tangan ni gatal nak skroll ke bawah.

Erks...! Hiyaa...

Sahihlah, pokcik ni memang dah tua.

Alahaii...


Nota cagu :
Sesiapa yang merasakan pokcik telah melakukan kekeliruan ini di blog mereka, harap dimaafkanlah saja oang tua ini.

Monday, April 06, 2009

tidur...


“Kopi ni bagus pokcik, sesuai untuk kesihatan.“ Lelaki itu tersengih sambil menyua satu kotak yang didakwanya kopi herba. Wajahnya manis laksana jurujual jalanan. Pakaianya juga kemas.

Entah dari mana dia datang, tiba-tiba saja muncul, menjagakan menung pokcik di atas tangga.

“Alah, tak apa... pokcik dah banyak kopi dah,“ jawap pokcik dengan mesra. Memang di dapur pondok pokcik ni sudah penuh dengan stok kopi tongkat ali dengan skut kering yang pokcik tidak boleh miss membelinya.

“Eh, kopi ni lain, pokcik. Banyak kelebihannya. 1001 macam khasiat dah rahsia turun temurun. Sebagai contoh, kalau pokcik nak kurus, kena selalu amalkan minum sebelum makan. Kalau nak sentiasa cergas pula, minum lepas makan. Kalau pokcik malam-malam minum, fuhh... sampai pagi tak boleh tidur. Cerah biji mata. Power sungguh!“ Berjela-jela lelaki itu melobi. Pokcik mengeluh beberapa kali.

“Alah, sekarang ni, tak makan kopi pun dah boleh tidur.“ Jawap pokcik lagi.

”Eh, Apsal pulak tu.” Lelaki itu menyoal.

“Biasa la… gawat! “

“Hah!“ Lelaki itu terkedu... barangkali hairan, orang tua-tua macam pokcik ni pun boleh gawat. Segera ia berlalu selepas berjabat dah tersengih tawar. Ya lah, menjual sesuatu pada yang tak mampu memang sia-sia.

Walaupun kedengarannya sudah seperti disenyapkan dengan cerita-cerita semasa yang agak panas, err err politik misalnya, hakikanya ia tetap ada dan kian parah ibarat api yang memakan sekam. Sekam yang mungkin di sawah kamu sendiri.

Lihat dan dengar sajalah di sekeliling kita. Tentu ada kisah-kisah mereka yang kurang bernasib baik dilanda gawat yang melanda. Pokcik yang sering memantau senarionya saban hari tetap juga terkena tempiasnya.

Selain pekerja kilang industri automotif, di jangka banyak lagi sektor yang bakal terlibat. Dan menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, hingga akhir tahun ini keadaan gawat akan berterusan, malahan lebih buruk lagi.

Hingga ada yang sukar untuk lelap... di waktu malam.

Alahaii...

Wednesday, April 01, 2009

tolong...


“Hidup kena selalu tolong oang.“ Domkian mukadimmah pokcik pada Dol pada satu pagi yang sungguh sabtu.

Budak nakal sebelah umah tu tiba-tiba je menjengah di awal pagi sedang pokcik asyik menyantai-nyantai. Cik Tom yang sedang lena tido terkejut bila diganggu si Dol itu. Lintang pukang dia berlari keliling umah. Walaupun begitu, pokcik tidak putus-putus memberi nasihat kepadanya.

"Dol memang baik tok,“ sahut budak itu sambil mengacah-acah lagi Cik Tom.


“Yer laa tuu..," pokcik menjuih mulut. Seakan kurang percaya saja kalau tiba-tiba budak Dol ini jadi sedikit budiman.

“Betul tok, kalau atok nak tahu, semalam... Dol tolong Pak Sahak tu menyeberang jalan." Dia mula bercerita.

“Aaa.. ye ke?“ Tiba-tiba pokcik terbayang orang tua yang tinggal di umah teres perumahan depan itu. Dia agak uzur sikit, jalan ketar-ketar pakai tongkat.”

“Bukan Dol saja, Suppa, Ku Chai, Meon dan Anip pun tulun jugak.” Dol menyebut satu persatu kawannya yang terlibat dalam misi yang amat mulia ini.

“Uii.. sampai lima orang, nak tolong Pak Sahak menyeberang jalan?” Pokcik sedikit konpius bercampur teruja. Setakat nak menyeberang jalan, oang tua itu sendiri pun boleh. Dia bukannya tak boleh jalan langsung. Cuma pergerakannya slow and steady je

“Tu la, tok...,"


"Masalahnya, orang tua tu tak mahu menyeberang jalan..” jawab Dol sambil tersengih-sengih sebelum mengekek-ngekek ketawa.

“Aaaa...... ,"

Pokcik terkedu. terasa dunia ini semakin gelap gelita.

Alahaii...