Thursday, September 25, 2008

Lagu raya (2)


Pabila dah semakin kerap mendengar lagu raya berkumandang di sana sini, pokcik mula berasa sedikit kecik hati gitu. Bukannya apa, kalau diperasan-perasankan, tak banyak lirik atau bait-bait katanya yang menyebut perihal pokcik. Balik-balik, dok sebut ayah bonda, sanak saudara, teman lama, teman tapi mesra, yang tercinta , anak dara dan lain-lain lagi. Wah, ini sudah tidak adil!

Kalau ada pun yang menyebutnya, hanya yang bernada sindiran gitu , seperti yang pokcik pernah perasan, ada satu lirik ni..

" Asyik bersembang, pokcik dan makcik hai duit raya lupa nak di beri…"

Betul kan? Bila time nak duit raya baru ingat pokcik mokcik. Alahaii...

Pokcik harap, lain tahun... adalah lagu-lagu raya yang mengidolakan kategori pokcik ini dalam suasana menyambut Syawal. Kami pun nak meriah-meriah juga. Kami pun ada perasaan juga.


Oleh kerana tiada lagu yang sesuai untuk pokcik layani.. Maka terpaksalah pokcik menyanyi sendiri lagu raya pokcik...

Selamat hari rayaa...
Hari untuk pokcik bersuko ria...
Setahun, ada tiga ratus namplo lima hariii...
Tapi hari raya cuma tiga plo hari saja..


Yihaa

Hik hik

2 comments:

Bila Diary Bercerita said...

Lawak la pokcik ni... Pakcik patut cakap dengan komposer & penulis lirik kalu nak suh buat lagu baru untuk pokcik.
Ke pokcik saja nak wat alasan takde lagu raya tak de budget duit raya untuk anak buah?? he..he..he..

Mersik said...

aishah jamal - Hik hik, waa jgn ler.. pokcik ni salu kasi budak2 wit raya tau. Berdencing2 duit pokcik ada dlm tin tu hik hik..

Harap2 , lain tahun adalah lagu utk pokcik plak hik hik