Wednesday, April 30, 2008
Susah...
“Dulu ayah pergi sekolah jalan kaki dua batu! Hari-hari. Pakai kasut pun berlubang-lubang. Baju hanya selai saja..., “
Kata-kata tersebut terngiang-ngiang di cuping telinga pokcik saban hari sewaktu kecik-kecik dulu. Tok ayah begitu bersemangat menceritakannya kepada kami, dan yang paling penting... dia ingin kami semua turut sama merasainya.
Sayangnya pada pokcik itu pula, tok ayah sudah pun mempunyai basikal dan pokcik tidak pernah merasai susahnya pergi ke sekolah berjalan kaki.
Penghabisnnya, ungkapan-ungkapan yang itu hanya jadi bebelan biasa saja dan tidak mungkin membuatkan kami jadi insaf. Cerita itu jadi biasa, laksana mitos zaman dulu. Kami tidak pernah belajar dari tok ayah. Walaupun hidup kami susah masa itu, namun pada zaman tok ayah.. kesusahannya lebih buruk lagi.
Justeru, dari mana lagi harus datang rasa simpati dan kesedaran itu?
Kebiasannya, jika kita sendiri yang mengalami kesusahan tersebut maka pengajaran yang didapati sangatlah melekat di dalam dada, dan dikenang sampai bila-bila. Cuma, apabila kita meluahkannya kembali pada generasi seterusnya, hakikat yang sama berulang kembali – mereka sukar merasainya. Dan apabila kita mengulang-ulang cerita, mereka pekup telinga.
Zaman sekarang yang serba siber dan canggih, sukar untuk menggariskan sesuatu kesusahan yang hakiki. Secara tradisinya, kita sedia maklom, kalau umah papan, atau nipah atau zink – bermakna susah la tu hidupnya. Begitu juga dengan kerja yang serba bawahan, juga bermakna taraf hidup yang agak rendah.
Tapi siapa tahu, mungkin pondok yang buruk ada terdapat didalamnya pemain cakera padat DVD serta tiwi Tosiba bombastik. Dan kerja sapu-sapuan di pinggir jalan sekadar mencari peluh atau hobi di masa lapang. Mungkin juga kerjaya pilihan ( kalau dia tak nak menyapu, dia boleh saja kerja lain )
Kita jadi susah pada kehendak sedangkan pada keperluan asasnya kita tidak menghadapi apa-apa masalah pun. Cukup makannya, pakainya dan tempat tinggalnya. Bila kehendak menjadi keperluan, kita jadi susah untuk menerangkan tentang sebenar-benar susah.
Negara kita semakin membangun dan membasmi kemiskinan sudah menjadi agendanya dalam rancangan Malaysia bagi setiap penggal. Kadarnya juga kini sudah menurun setelah beberapa langkah diambil untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Kemiskinan sifar. Itulah kata dasarnya. Tiada rakyat di negara kita yang kedengaran mati tak makan. Mati terlebih makan barangkali adalah..
Apa yang anak-anak kita atau cucu-cucu kita lihat adalah kesusahan dari segi perubahan kehendak hidup. Dari basikal ke motor, dari kereta cabuk ke kereta mewah dan dari rumah kecik ke rumah besor.. berbanding dengan benda yang dulunya tiada dan sekarang menjadi ada.
Barangkali lagi berpuluh-puluh tahun, mereka akan rasa sedih ( hingga mengalir air mata ) dan insaf bila menyedari ayahnya dulu pakai handphone se tone saja nadanya dan buta poliponik. Mereka seolah-olah menganggap handphone adalah salah barang yang amat perlu di zaman itu. Tiada handphone yang canggih adalah kesusahan yang hakiki.
Tanyalah pada diri sendiri.. sukar mana kita hendak menerangkan kesusahan masa lampau, zaman-zaman atuk atau ayah kita dulu pada anak-anak kita..Adakah mereka benar-benar merasai? Terkesankah di hati mereka mendengar jerih perih hidup dulu-dulu? Apakah yang dapat dipelajari? Yang memotivasi atau menginspirasi?
Dan setelah 60 tahun berlalu.. ungkapan-ungkapan perkataan tok ayah mula kembali melekat di minda pokcik.
“Dulu, orang makan nasi dengan garam saja. Itu pun jarang. Lain dari tu makan ubi kayu, keladi, pisang dan apa yang ada...“
Dan pokcik merenung lesu secawan kopi dan beberapa keping biskut kering di depan mata.
’Sekurang-kurangnya makanan favourite pokcik ada jenama...’ bisik hati pokcik dalam ceria yang menyebakkan dada.
Alahaii...
Tuesday, April 29, 2008
Fragmen Dol Leman - Misteri Sungai Loyang
Tiba-tiba bunyi pelik kedengaran di sekeliling pondok. Yaya yang baru hendak melelapkan mata, terjaga tiba-tiba lalu tertoleh ke kanan dan kiri. Lantas dia mengangkat dagu kepada Dol.
“Memanglah tak ada. Tapi… yang berbunyi-bunyi tu, datang dari mana? Tentu ada banyak lagi di bawah pondok ini,” balas Yaya.
“Alah… mereka pun nak tumpang berteduh juga. Macam kita,” jawab Ku Chai lagi, menyebabkan Yaya semakin geram.
Dol yang memerhatikan gelagat kawan-kawannya turut tersenyum. Dia memerhatikan Yaya semula yang tertoleh-toleh ke bawah. Jelas, perasaan takutnya masih lagi ada.
‘Susah rupanya kalau ajak perempuan untuk aktiviti menyiasat,’ bisik hati Dol.
“Haaah!”
“Syohh… syohh!” Suppa cuba menepis-nepis katak yang melekat pada pahanya. Tapi katak tersebut tidak berganjak. Akhirnya, Suppa dan Ku Chai bangun lalu mengibas-ngibas seluarnya. Katak-katak tersebut jatuh tergolek-golek ke lantai pondok.
Melihatkan keadaan itu, Yaya pun semakin kuat menjerit. Jeritannya menjadi semakin nyaring apabila beberapa ekor lagi naik dari belakang kakinya. Dia semakin terkejut apabila merasai badan lembik si katak yang melompat-lompat itu mengenai kakinya.
“Kita diserang katak!” jerit Dol apabila melihat banyak lagi katak yang merangkak naik ke atas pondok.
Friday, April 25, 2008
Haruman masa lalu...
Kamu pernah tak?
Tiba-tiba saja di sapa kenangan masa lalu? Tak kiralah dalam bentuk apa, tapi kehadirannya bagai menggamit suasana pada waktu itu.
Sebagai contoh, katakan kamu pergi ke tempat makan yang baru, memesan nasik lemak dan teh tarik. Tatkala makanan sampai , ia diletakkan diatas daun pisang. Bau harum muula menyucuk2 selera.
Hati kamu sudah mula tertarik. Dan suapan pertama , dengan rasa yang mulai memenuhi ruang mulut, melakat di lidah, bergolmal dalam kunyah, turun naik gigi, mencetuskan fikiran yang jauh mengingati zaman lampau...
“Eh, rasa macam makan nasik lemak Mak Cik bedah masa gi sekolah kecik-kecik dululah...“ Hati kamu mula berdetik dengan yakin. Wajah Mak Bedah terbayang diruang mata, dengan saiz badan yang sedikit gempal, diwarung kecilnya, membungkus nasi lemak, menyudu segala kacang, timun, ikan bilis dan sambal sebagai menu resmi kamu di pagi hari. Oh, betapa kamu merinduinya..
Suatu ketika yang lain, kamu sedang berada di belakang rumah kawan kamu yang jauh diatas gunung, sebuah kawasan pinggir hutan yang masih hijau.
Dalam hening pagi yang sejuk, kamu menarik nafas dalam-dalam sambil memejam mata. Dan bau, serta aroma dan getar sejuk mengingatkan kamu pada pekan kecil yang bernama Scarlborough , 20 km dari pinggir bandaraya Toronto, Canada, di mana kamu belajar dahulu.
Sendirian dirantauan, menongkah ilmu, mencari sedikit pengalaman untuk masa depan yang diimpikan dan diharap oleh keluarga tersayang
Domkian la sebagian contoh haruman lampau yang sesekali datang menggamit, mengusik tangkai hati, membuatkan anda tersenyum sendiri dalam mengingatkan sesuatu keadaan atau benda-benda yg amat dirindui... suatu masa dulu
Dan, sekelumit dari hati kamu pernah berkata , “Alangkah indah kalau masa itu dapat di ulangi lagi..“
Kamu pernah tak?
Alahaiii....
Nota Cagu :
Selamat bercoti hujung minggu. Semoga ceria dan seronok selalu beraktiviti.
Wednesday, April 23, 2008
Antara dua...
“Atokkkk... berapa banyak buku Dol dapat jual masa pesta buku hari tu?“ sapa Dol pada satu pagi yang hening. Pokcik sedang sarapan manakala dia sudah siap berpakaian tadika.
“Ntahlah, dua jek kut,’ jawap pokcik dengan malas dan dengan niat berseloroh.
“Hah, dua jek?“ soalnya dengan wajah terpinga-pinga. Kemudian dia mula mencongak dengan jari-jarinya.
”Ooooo… “ Tiba-tiba dia mendongak dengan mulut terlopong.
“Yeah, yeah, dapat jual dua! Yeah, yeah , dapat jual duaa...’“ Tiba-tiba dia menjerit lalu melompat-lompat dan berlari mengelilingi pondok pokcik dengan penuh kesukaan.
Pokcik hanya mampu menggeleng kepala..
Barangkali melihat keriangan dari sudut tertentu sangatlah subjektif sifatnya.
Alahaiii....
Tuesday, April 22, 2008
Malam yang hangat...
Suatu malam yang malar dan sedikit erotis,
Di sebuah rumah usang, yang malap-malap apinya…
Kadang-kadang, sekali sekala, tanpa ada aura atau bisikan-bisikan ruhsia, kita bisa saja mampu tahu kalau-kalau ajal kita sudah hampir tiba.
Bermula dengan rasa bisa-bisa yg menjalar di segenap tubuh. Kaki yang bagai dipatah-patah dan dikeriuk ke serata arah. Hentakan2 pada urat-urat yang bermula di pinggang membawa ke belikat. Komdian dihenjut hingga berbunyi krup krak krup krap, Terasa seperti semua tulang rawan ku berserakan...
Bahu-bahu ini pula, seakan dipicit-picit dengan rakus menyebabkan degup jantung jadi luar daripada nada normalnya.
Belum lagi termasuk lengan serta jemari yang sengal-sengal. Ditarik satu persatu hingga hampir-hampir hendak menangis ku dibuatnya. Segala macam angin ditarik keluar. Angin dalam badan yang dikatakan membuat tubuh lesu dan dipercayai membawa penyakit.
Malam itu terasa tubuh pokcik bagai dihujung nyawa. Sakit dan terluka segala raga. Tubuh ini bagai tiada harga, dilipat bermacam rupa dalam paksa rela. Membuatkan pokcik rasa ingin menjerit sehabis rasa...
“Adohh.. adoh.. slow.. slow laaa..”
“ Ya Tuhan.. Tuhann... Ampunn... ampunnn... adehhhss…”
“Oii.. diam dah! Oang baru picit sikit-sikit dah menggelupur. Tu la kalau jarang berurut,“ sergah Tok Lipat yang barangkali jenuh melayan erang-erangan pokcik yang sangat mengada-ngada manja itu.
Alahaiii....
Monday, April 21, 2008
Angin selat membelai...
Sekali sekala berada jauh dari keriuhan kota dan peristiwa yang menyentak2 dada, amatlah dinanti2kan. Peluang untuk pulang ke kg halaman beberapa hari lalu begitu mendamaikan sekali akan jiwa ini.
Ibarat seluang pulang ke lubuk, domkian la peribahsa yang sesuai dikiaskan pada perantau seperti pokcik ni.
Malam yang hening di kampung, dihiasi seribu bintang, ibarat menghindar hujan yang lama tak bertamu. Bertemu kawan lama pula, makin menambah lagi rasa keseronokan selain menggamit2 saat keremajaan suatu ketika dulu.
Banyak yang dah berubah. Hakikatnya memang ia sentiasa berubah...
“Jom balik la kawan oi.. dah lama kite ngeteh-ngeteh ni. Rasa macam nak mabok la plak ,“ Tok Lipat meletakkan cawan kopi yang ke sepuluhnya dengan lesu. Matanya sudah merah dek kerana menahan ngantuk. Beberapa cawan kopi pun tak mampu menyegarkannya.
Dia sudah menyerah kalah. Melawan minom kopi dengan oang tua ini, adalah satu kesilapan besar...
“Alah kejap lagi la.. meh la tambah lagi kopi tu..,“ Pokcik terseringai seraya memujuknya lagi. Lagi pun, pokcik masih lagi slow and steady.
Warung Wak Aji ( generasi ke 2 ) dipinggir kampung itu sangat terkenal dengan aktiviti lepak-lepak dan ngeteh-ngetehnya hingga ke lewat pagi. Ramai oang-oang yg sezaman dengan kami selalu duduk-duduk membuang masa di sana.
Setiap kali pulang ke kampung, pokcik tidak melepaskan peluang untuk berhimpun di sana.
Sekurang-kurangnya, ada juga suasana yg masih tak berubah...
Alahaii
Friday, April 18, 2008
Perihal Pesta Buku 2008
Menjejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa yg saban tahun diadakan di PTWC memberikan perasaan yang teramat seronok dan mengujakan hati.
Walaupun patplo juta belas2 ribu pesta buku telah pun dihadiri, pasti setiap kali majlis seumpama ini diadakan, akan ada kenangannya yg tersendiri.
Almaklomlah, pesta ini sangat2 ditunggu2 kehadirannya oleh sekelian pencinta buku , penulis , pengedar, tauke kertas dan sesiapa saja yang berkepentingan dan berminat dalam industri buku ini.
Domkian la juga halnya dengan pokcik yg turut tidak melepaskan peluang untuk berasak2 sama mengunjungi majlis yg gilang gemilang ini.
Kalau hendak diceritakan fasal kesesakan, maka pesta buku turut tidak terkecuali. Dengan lautan manusia yang memenuhi gerai di sana sini , tak kira yang muda atau tua, sudah cukup untuk meletihkan badan selain membuat peluh semakin berjuraian.
Pokcik lebih banyak menghabiskan masa melihat2 ke sana kemari. Maklomlah, kalau hendak meneliti setiap gerai yang berjumlah lebih dari 300 tu, sampai minggu depan pun tak habis. Tapi, keadaan di sana memang meriah dan riuh betul.
Sejak awal pagi dibuka, berbondang2 oang datang. Ada yang naik kenderaan sendiri, awam dan juga rombongan2 sekolah, dekat mahupun luar KL. Semua teruja dengan pesta buku.
Pokcik berjalan dengan maha slow mengikut flow manusian yang ramai. Sesekali berehat ditepi dinding, mengetuk2 kepala lutut yang lenguh dan bergoyang2. Sekali sekala oang menyapa, menghulurkan apa2 kertas, pokcik ambik jek la.. agak2 dah tebal.. wat kipas hik hik. Ada juga yg mempelawa duduk ( penjual) untuk berceramah akan hal dagangannya, namun pokcik tak ada masa. Mintak maap jek la. Domkian la keadaan gerai2 yg tak pernah sunyi sepi dari memerangkap pelanggan.
Ada sesetangah gerai memang penuh sesak. Gerai2 kesukaan ramai, gerai majalah kartun, buku2 sekolah atau yg ada buku2 pujaan ramai.
Siapa yang pokcik jumpa di sana? Ohh ramai.. beribu2 lemon, tak terkira banyaknya. Ada yang kenal mesra , dan tak kurang juga yg terpaksa dikenal2kan.
Biasalah, kalau boleh kita hendak jadi oang yg paling dikenali sekali, tapi hakikatnya.. kita adalah kita. Bukan senang hendak meraih perhatian. Apatah lagi dalam keadaan kita yang tak punya apa2 dan barangkali menyukarkan oang untuk memandang hatta menjeling sebelah mata. Tak mengapalah, pokcik tak berkecut hati pun...
Pokcik ucapkan terima kasih daun keladi pada sesiapa yg sudi menyapa pokcik ni. Maklom la, oang tua yg ke pesta buku, tentu agak payah dan jenuh utk melayani semua. Yang penting kita dapat bertemu, berbual dan menjalin kemesraan sesama insan berpanjangan. Semoga semuanya menjadi kenangan yg manis buat kita ini.
Semoga pada tahun hadapan, kita semua akan dukurniakan masa dan kesihatan yang baik supaya dapat sama2 lagi memeriahkan pesta buku selain bertemu kawan2 sepesta sebuku..
Alahaii
Selamat bercoti hujung minggu. Pokcik ingat nak alik kg la barang sehari dua. Lama tul tak balik.. alahaiii..
Tuesday, April 15, 2008
Kisah di Pesta Buku...
Khabar-khabarnya sewaktu pesta buku, buku sensasi Dol Leman diberitakan laku keras!
Dan, pokcik yg sedang terduduk keras berdekatan dengan buku-buku itu... sambil tersengih-sengih dan tersipu-sipu , masih lagi lom laku-laku hik hik
ii.
Pokcik sedang duduk disatu sudut bila seorang anak muda yg mengusung kemera dan senaskah suatkabo omputih dicepit celah ketiak turut duduk di sebelah.
Setelah agak lama berdiam, dia memulai salam... dan menyua tangan lantas memperkenalkan dirinya..
“Saya, Zack... penulis sambilan,“ ujarnya bersungguh. Pokcik boleh dapat agaklah, berdasarkan penampilannya itu.
Pokcik tersengih...
“Pokcik... penulis “sempoi“an...“ jawap pokcik, serius.
Dia menggaru kepala sambil terpinga-pinga, manakala pokcik terus-terusan ketawa kuat-kuat ( dalam hati ) hik hik..
iii.
Seorang kanak-kanak riang, dengan penuh semangat, menerjah sang penulis Dol Leman , sambil membawa sama tujuh naskah Dol Leman yang baru dibeli... Mintak sain kononnya..
Dan sang penulis tersebut , sambil tersipu2 berkata..
“Err.. buku Dol leman buat masa ni ada dua jek dik...“ sambil menunjuk pada dua buku Dol Leman diantara buku-buku kartun Doraemon.
Nota : Dah agak dah, tentu ada yg tersasul ni.. Alahaii...
Saturday, April 12, 2008
Pesta Buku...
" Banyakkkkkkkk bukuuuuuuuuuuu..! "
Nota cagu :
Selepas mengunjungi pesta buku baru2 ni... pokcik telah terkoma2 selama beberapa hari dan baru2 ini saja nampak macam dah kebah.
Namun , weekends ni.... pokcik pergi lagi... Yihaaaa!
Jumpa di sanaa !
Friday, April 04, 2008
Mesra...
“Wahhh.. seronok aa ko, dapat gi pesta buku.. sain2.” Suara Tok Lipat kedengarannya ceria dihujung talian. Sesekali tenggelam timbul di iringi bunyi angin dan air yang mendesah2. Barangkali dia sedang memaut tiang telefon sambil air baik ke paras pinggang, maklom lah, skg musim hujan di kg
“Alah, biasa2 jek , Pat. Penulis Dol Leman la yg glamer. Aku saja nak jalan2.. “ jawap pokcik, merendah diri.
“Jangan lupa kirim salam kat teman2 tapi mesra, gadis2 genit dan para mak janda yg kerling mata bersama senyuman menggoda...“ usiknya lagi menyebabkan pokcik pecah ketawa. Ada2 jek Tok Lipat ni. Tak senonoh betul!
“Bolehlah nanti beramas-ramas mesra...“ sambungnya lagi..
“Hah, Apa dia?“ pokcik mendekatkan telefon ke telinga.
“Beramas-ramass mesraaa...“ dia menguatkan suara. Pokcik tengok telefon dengan dahi berkerut.
“Apaaaaaa diaaaa?“ soal pokcik lagi.
“Beramah-ramah mesraaaaaaa laaaaa...“ jeritnya lagi dengan kuat.
“Ooooo...“
Pokcik mengurut2 dada.. kusss semamat...
Hik hik
Nota cagu :
Selamat berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa di PTWC . InsyaAllah, penulis Dol Leman akan berada di sana menanti... Yihaaa.
Thursday, April 03, 2008
Pesta Buku Antarabangsa , Kuala Lumpur , PTWC
Inilah masanya kita ( seperti yg disebutkan diatas ) semua berkumpul meraikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung sehingga 13 April, di PWTC.
Marilah kita sama-sama berkunjung ke sana untuk memeriahkan suasana yang serba meriah, sesak, riuh dan 'Hah-pening" (happening) itu. Semoga dengan suasana itu, akan terhapuslah segala tanggapan negatif yg mengatakan bahawa rakyat M’sia ini tak berapa gemar membaca.
Melihat saja pada senario pesta yg dulu pun, kita sudah tahu. Kali ini tentu lebih meriah dan banyak gerai2 baru disediakan. Ditambah pula dengan bahan-bahan bacaan terbaru dipasaran.
Mudah2an pokcik pun akan diberi kesihatan yang baik dan kekacakan yg maksimum supaya dapat turun sekali bersama-sama anda semua untuk melihat2 selain membelek beberapa buah buku yg agak berkenan dihati ini.
Mana2 yg dah kumpul duit banyak2 tu.. memboronglah dengan bijak. Pilih bahan2 bacaan yg elok, bermaklumat dan bermanfaat. Ibarat kata bijak pandai, buku umpama sumberan ilmu yg tidak bertepi. Kalau hendak jadi pandai maka sentiasalah berdamping dengannya.
Pada sesiapa yg punyai idola atau buku2 yg ditunggu2, maka bergumbiralah dengan keterujaan anda itu. Tengok la di mana penulis anda berada dan terjahlah mereka dengan senyuman manis nan berbunga2. hik hik..
Untuk pesta kali ini, buku Buku Dol Leman ( Misteri Kebun Pisang dan Misteri Sungai Loyang ) akan turut berada di sana. Hmm.. bukan untuk menyaingi sesiapa ( walau sekarang buku tu tengah ngetop di Parit Sangap, selepas buku panduan telefon kekekek ) , tapi lebih manis kalau dikata kehadiran buku2 itu hanya sekadar sama2 memeriahkan suasanalah hendaknya.
Dan lebih berkrim lagi apabila sang penulis Dol leman itu sendiri, akan turut berada disana yakni di Gerai KarnaDya (3064 dan 3065). InsyaAllah...
Bolehlah nanti anda menyapa2nya dengan mesra, lemah lembut dan ditambah dengan sedikit jelingan2 manja... kerana kabo2 nya dia tu amatlah pemalu orangnya hik hik..
Pokcik dijangka akan berada di sana hampir setiap minggu. Dari terbit fajar sampai tengah malam.. kekekek
Taklah sampai gitu sekali.. Tapi kata oang, lebih banyak ada la.. dari tak de.. Alah, buat ada2 gituu.. Alahaiii
Apa-apa pun, semoga anda semua akan bergumbira dan ceria mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa KL, tahun ini.
Berseronoklah..
Tuesday, April 01, 2008
Pokcik Angkat...
Malam itu, pokcik sedang termenung jauh dianjung pondok sambil melihat bulan yang sayup2 dibayangi awan hitam. Barangkali, sekejap lagi turunlah gerimis seprti malam selalu2nya.
Dalam pada pokcik melayan angan di bawah sedar, pokcik tertanya2 pada diri sendiri. (Sebenarnya lebih kepada angan2 sendiri )
Kalau sekarang ni kita ada program anak2 angkat , pertukaran pelajar angkat dan yg sewaktu dengannnya.
Kenapa kita tidak boleh ada program pokcik angkat?
Kalau ada, tentu akan senang hidup pokcik nanti. Err err kalau boleh pokcik nak diangkat2kan oleh Datuk2 atau Tan Sri2 yg duduk dirumah besor dan mewah2 saja.
Dan jangka masa angkatnya bior la lelama sikit. Setahun dua ka… sebelum bertukar ke keluarga angkat yg lain ( juga Datuk2 dan Tan Sri2 yang serba kaya )
Apabila tersedor, pokcik tergelak sendiri,
Alahaii… jauh betul angan2nya.. hik hik.
Cinta sang para-para
Jika benar kata ini dusta
Meranalah nanti sang pemberi cinta
Kerana dalam ikhlas bicara
Kita sebenarnya mengikut rasa
Barangkali juga kita melupa
Dan kita,
Tidak mahu apa-apa
Hanya sekadar
Ingin bercinta
Sahaja…