Hujan yang turun pagi minggu sangat2lah didambakan oleh sekelian alam. Setelah agak lama bumi ini berpanas dengan bahang yg membara hingga membuatkan tanah jadi gersang, maka... inilah hari yang sangat indah lagi mendinginkan suasana.
Walaupun lebatnya bisa menggusar jiwa, namun kehadirannya bagai ditunggu2 pula. Alam yang nampak lesu turut subur disimbah berkatnya. Pohon2 seakan turut bersyukur, hutan lalang berolek oleng dihembus angin yg turut berhembus. Bunga2 menjadi tertunduk2 dek kerana terjahannya. Barangkali juga malu..
Di atas tanah yang subur.. sang siput melekap erat didedaunan sambil tersenyum penuh syukur. Bagitu juga sang ulat yang terapung2 penuh santai. Tidak perlu mengesot lagi seharian untuk ke mana-mana. Ayam keding terhangguk2 dibawah tangga melihat sang ulat dengan penuh geram. Namun hujan lebih ingin dinikmati walau pun tempiasnya saja yg dirasa.
Katak2 pun bernyanyi riang sambil melompat2 penuh ceria.
Tidak jauh dari sebuah pondok di pinggiran Shah Alam, kelihatan... seorang tua juga turut melompat2 sama...
Alahaii...
Hik hik
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
11 comments:
Hujan2 ni sodap tido . Rasa malas la pula nak bangkit p keje ( sambil tarik selimut & sambung mimpi )
Bila hujan turun mesti ada yang suka dan tak suka...
tapi pok cik tetap melompat2 gumbirraaaa sangat sebab hujan membuatkan suhu persekitaran lebih santai...lebih sekera nak tdur...
Bila hujan turun mesti ada yang suka dan tak suka...
tapi pok cik tetap melompat2 (syukurlah..pok cik tak terkoma-koma time jumping2 tu....)gumbirraaaa sangat sebab hujan membuatkan suhu persekitaran lebih santai...lebih selera nak tdur...
larat ke pokcik nak melompat?
ila - kekeke uiii.. tak baik gitu tau.. hujan2 gini elok la... tidooo jek kekekekekek
fith_nur - begitulah hendaknya. Manusia mmg suka yg sedap2, dingin dan santai.. alahaii..
(Sambil tergolek berdengkur setelah letih melompat2 hik hik )
arsaili - Alah.. larat jugak la sikit2.. Lompat2 katak jek hik hik
tp pokcik..
baju di jemuran lambat kering lar
masni qisrine - Baju ? Uii tak pe.. nnt bley jerit
"Erniee! Angkat kain jemurannn.. hujan dah turunn.. " hik hik
banyaknye katak...saya geli dgn katak ^_^
erk... saya suka hujan..tak perlu nk siram pokok2 bunga saya ..hiks!
Tak baik melompat-lompat. Tak manis kalau budak-budak nampak...... Hehehe!
nabil - Uii. ko ni bior betul.. ada plak takut katak.. hik hik Tak pe, kalau dia datang dekat sepak jek..
Jie - Hik hik.. itu sudah semestinya.. Pokcik pun kadang2 tak suka gak, takut tak dapat berjumpa bunga idaman hati gituu hu huuu
jowopinter - Hik hik.. alah , ni lompat2 manja.. sopan dan penuh bergaya.. hik hik
Post a Comment