Thursday, March 13, 2008

Alah Dol...


Pokcik hampir2 terlupa bahawa coti sekolah sudah pun bermula pada minggu ini. Bunyi riuh yg berpanjangan di laman umah sebelah mengesahkan lagi tekaan pokcik bahawa si Dol juga sedang ber riang ria menyambut cuti.

Pada pagi yang dingin2 abc itu, tersembul laa budak Dol tu dimuka tangga sementara pokcik yang baru saja kebah dari deman sedang menyandar lesu, berkira2 hendak menjamah sekut dan air kopi.

“Atokk.. dah sihat belom?“ jeritnya nyaring. Soalan sama seperti soalan yang semalam2nya.

“Baik dah sikit2“ Pokcik menjawap lesu. Rasanya masih ada lagi nada2 getar dalam suara ini. Tapi, kalau tak dijawap nanti pekak plak telinga ni disoal berkali2.

“Atok cepat2 lah baik. Nanti, boleh kita main polis sentri.“ Tanpa segan silu dia memperlawa dengan mulut tersengih. Pokcik diam saja. Tak berapa ada selera nk melayan. Budak2 lah katakan.

“Atok tak sihat... Dol janganlah bising2, atok nak makan ubat, lepas tu nak tido.“ Pokcik seakan memohon sedikit belas.

“Oh, atok nak tidur ke? Tak apa. Nanti boleh Dol nyanyikan lagu. Senang atuk nak tido. Lagi pun, kat sekolah, cikgu selalu ajor nyanyi.“ ujarnya lagi dengan ceria.

“Iya..“ Pokcik mengangguk lesu. Kepala masih lagi bengal dan berdenyut. Namun kurang sedikit dari sebelum ni.

“Atok nak dengor Dol nyanyi tak?“ ujarnya lagi secara sukarela.

Pokcik terbatuk2 kecil. Dalam hati berkata,“ Kalau tak direlakan pun nanti dia akan nyanyi juga.“ Akhirnya, pokcik angguk sajalah..

Dan dia mula berdiri tegak, lalu bernyanyi...

Burung kakak tua.
Hinggap dijendela
Atok sudah tuaaa
Giginya tinggal duaaaaaa...


Pokcik tiba2 terbatuk. Itu jam juga pokcik rasa macam nak demam balik.

Alahaii...


Nota cagu :

Buku Dol Leman Misteri Sungai Loyang telah mula dilihat memenuhi rak2 buku MPH, Popular dan kedai2 buku lain di sekitar lembah Klang.



Jangan lupa mendapatkan yang original.

Dan, jangan pulak tersalah ambik , kut2 terambik Doraemon ka...


hik hik


5 comments:

Sastri said...

hmmm... masih sedap melayan mimpi indah... mungkin sebab tu susah sangat nak bangun... :D

Fith_Nur said...

demam masih bersisa ke pokcik???
jangan overdos pula ya pokcik...maklumlah dah tua mata pun dah tak 'benar' lagi....

Anonymous said...

Dol Leman pun kena cetak rompak ke?

-nor ash burn-

innocent said...

tahniah pok cik.
subhanallah siap dah satu produk..
haha
da lame xsinggah sini.
pok cik terase ye budak tu nyanyi lagu tu?
haha.
orang2 tua2 mmg sensitip. :)

Mersik said...

sastri - Biasalah, mimpi indah kadang2 terlalu menggoda gitu hik hik.

fith_nur - Pokcik dah baik dah. Hmm biasalah, oang2 tua ni..dah selalu benar melihat2 yg kurang benar.. hik hik


Nor Ash burn - Uiii jgn tak tahuuu.. hik hik. Karya2 yg bakal tersohor ni perlu lebih berhati2 utk membeli.. Sebagai langkah berjaga2 gitu hik hik..


innocent - terima kasih gitu.. Alah, biasa2 jek.. produk oang tua. Tul laa. laa tak melawat pokcik.. cam dah lupa2 jek gitu hu huu..

Pokcik bkn sensitip.. cuma Dol tu nyanyinyer... tak sedapp. hik hik