Monday, March 24, 2008

Konflik senyumanku...


Pokcik duduk sendirian diatas bangku itu sebelum dua oang remaja mampir lalu melabuhkan punggung bersebelahan dengan pokcik. Dengan serta merta pokcik menyuakan sengih paling manis. Namun kerana keasyikan berboraknya mereka, langsung pokcik tidak di pandang walau sebelah mata. Tak mengapalah, pokcik duduk diam2 saja.

Dalam pada itu pokcik memasang telinga...

Oh, Budak2 remaja perempuan itu galak bercerita pasal teman mayanya. Termasuk teman2 sekolej yang nampak macho dan hensem katanya. Sekali sekala mereka berdua tergelak. Barangkali lucu bila bercerita akan hal kawan2 mereka yang tak pernah keluar bertemu teman lelaki atau dalam kata2 manis kelat , berpacaran...

Oh! Kamu ketahuan... Itu pun kamu jadikan isu? Menemplak sesetengah kaum dengan perkataan yang ganas2 sedangkan kamu pun apa kurangnya. Tak malu bercerita tentang teman lelaki mu yg alim2 kucing. Nak dikata hensem entah bahagian mana yg dilihatnya. Pakaian serba trendy , ber T-Shirt rock, seluar labuh bertalipinggang longgar , kadang terkoyak sana sini, lengan bertatu, telinga bersubang dan eh, pakai anak tudung lagi.

Sesekali mereka menjeling pokcik. Pokcik sua sengih lagi. Mereka mencebik.

Oh, kamu nak berparti di umah anu ya? Parti remaja masa kini kununnya. Hiburan sensasi “ muda hanya sekali “ ? Ada minum2 , hisap2 dan khayal? Apa kamu sudah gila? Itu parti membunuh diri namanya.

Ah, barangkali pokcik tersilap dengar. Rasanya kamu bercerita pasal syarahan Ustazah dikampus, pasal akhlak murni, peribadi luhur dan tauhid sejati. Barangkali jugalah tu.

Kamu bercerita tentang remaja zaman siber serta kebebasan muda mudi memilih jalan hidup sendiri. Kamu mau bebas rupanya. Tapi bebas sampai ke mana? Sampai terbabas? Dalam diam pokcik menjawap dalam hati.

Mereka mengekek ketawa. Sungguh ceria dan gumbira sekali remaja masa kini. Bercerita segalanya dalam nada positif gitu. Apa2 saja boleh digaul selalu. Tak kira ada batasan agama atau bebelan oang tua. Semenya di langgar lari.Sungguh kamu ini amat merisaukan hati tua pokcik dan oang2 tua zaman ini.

Harap2 kamu hanya membuat lawak mengiburkan oang tua ini.

Pokcik menunduk, memikir, menelaah serta mengkaji.. sebelum menggeleng kepala dan tetiba terketawa sendiri dengan agak kuat.

Remaja tadi sedikit tersentak. Mereka mengerling pokcik dengan pandangan dramatis sebelum cepat2 berlalu.

Dari jauh, kedengaran mereka ketawa lagi... Barangkali mentertawakan pokcik pula.

Alahaiii...

3 comments:

Jie said...

pakcik,

mengiburkan ?


pakcik..huhuhu..sy nk jumpa pakcik nk minta tandatangan kat FB nnt ye...dah kenal dah..dah tgok gambo kt blog Norz..he he he..

* berlalu sambil tersenyum .....manis lemak berkrim!

nurazzah8 said...

salam, pokcik apo khabor?
bila lah saya nak pergi beli buku kedua Dol Leman ya...? sibuklah..tak sempat nak pergi MPH lagi sejak Sale hari tu... tengah tunggu bulan April ni nak pergi Pesta Buku, Pokcik pergi nanti hari apa? boleh lah mintak autograf.......

Mersik said...

Jie - Hu huu.. Ooo itu bahasa melayu klasik abad 18 hik hik.

Uishh , dah kenal ka? Betul ka? Manalah tahu itu hanya bayangan saja.. Maklom la.. kadang2 pokcik ni beraura hik hik..

Nak sain2 bley saja.. pas tu bley aa gii ngeteh2 ek.. hik hik..

(sambil lari lompat2 lalalalal )


Nurazzah - Wsalam.. kabo baik2 saja. Uiishh dah byk dah buku Dol Leman 2 tu merata disekitar lembah Klang.

Tak apa, jumpe di Pesta buku jek la nanti ye. Kite adalah disana tiap2 hari.. sesudah subuh sampailah detik 12 tengah malam.. hik hik...