Monday, October 22, 2007

Syawal ini...


Sejak balik beraya dari kampung, pokcik agak kematu gitu. Rasa tak ingin buat apa.. hanya ingin duduk diam sahaja. Sementelaah, hilang pula idea untuk berbicara, hilang ghairah untuk berziarah, hilang rasa untuk ketawa , hilang mood utk berhumor mesra apatah lagi berkongsi rasa.

Walau pun sudah puas dipujuk2 akan hati ini bahawa setiap menjelang raya, suasana akan jadi lebih ceria dan kita akan lebih bergumbira dari tahun2 sebelumnya..

Hakikatnya.. kita semakin kecewa dan kecewa..

“Melihat pada yang buruk jangan sampai terhanyut dibawa perasaan,” Pokcik teringat akan nasihat Tok Lipat pada suatu malam, di kg, sebelum beliau menyalakan selingkar ubat nyamuk cap ikan emas.

“Renung dan fikirkanlah, setelah itu.. cari kemanisan yg boleh dikenang.., “ ujarnya lagi, sebelum rebah tergolek bersama dengkur malam.

Dan Pokcik kembali merenung bintang di langit...

2 comments:

sayda said...

nmpak dak bintang2 tu? kalu nmpk kire ok lagi la tu. ehe~

owh.thnx lots for the raya card. dh hang kt dinding bilik. ;)

:D

Mersik said...

Sayda - kekeke mlm tadi awan mendung , jadi tak nampak bulan. Tunggu punya tunggu, hujan plak yg turun.. apa lagi.. layann bantal la plak kekekeke..

Hik hik pokcik dah kabo nk anto kad raya kan? kekek.. jadi la.. wat cantik2kan dinding tu hu huu..

(Aiseyy.. gmbr kecik tu, gmbr raya ke.. hik hik lawonye..... err err baju.. gegegege )