Thursday, October 25, 2007

Malap api, malaplah jiwa


Sedang pokcik berkira2 hendak masuk beradu lewat tengah malam semalam, tiba-tiba sahaja bekalan elektrik terputus. Bukan kerana lampu di pondok pokcik padam ( kerana pondok pokcik tak de lektrik pun ) tapi kerana pandangan dibeberapa flat nun dikejauhan sana serta merta jadi hitam kelam.

Kalau nak diikutkan pokcik bukannya kisah pun. Tapi kerana matinya api dek tiba2 itu secara tak langsung maka hiduplah pula mulut. Riuh rendah bunyinya, suara2 sumbang terjerit2 , terpekik2 dan ketawa mengilai tak tentu pasal hingga kedengaran sampai ke pondok pokcik ini. Agaknya mereka terfikir bahawa api padam merupakan satu siksa yg tak tertanggung dek badan mereka.

Komdian apabila api jadi semakin lama tak hidup, berdedai2lah orang menghidupkan motor dan dipulas kuat2 minyak hingga jadi hingar bingar pula kawasan itu bagaikan litar rempit. Barangkali juga, mereka ingin menerangkan jiwa dengan keluar ke warung mamak di depan sana. Di sana pasti ada api yg boleh menyalakan rokok atau menjana skrin besor yang menayangkan sukan 22 orang lelaki berlarian dipadang merebut sebiji bola. Dan mereka boleh jadi semakin riuh.

Lelaki perempuan, semuanya sama… antara blok pun boleh mengusik2 hatta bergurau senda laksana dunia ini mereka yang punya tanpa rasa malu pada telinga2 yg mendengar dialog lucah mereka.

Dan kebanyakan yang menghuni di flat2 sana tu adalah kumpulan istimewa yg dipanggil sebagai golongan universiti, yang barang kali terlupa diajarkan adab dan cara bersosial sesama insan dan jiran ter"banyak" tangga.

Almaklumlah, di pinggiran Shah Alam ni kerap benar ditarik2 akan nikmat apinya. Mungkin kerana ada majlis2 makan-makan oang2 kenamaan disekitarnya yg perlu banyak "karan", atau sudah takdirnya berlaku masalah teknikal.

Apakah mereka tidak kasihankan akan pemandu lori yg keletihan mahu berehat menenangkan mata barang seketika, kanak2 yg perlu tido secukupnya utk menjawap periksa keesokan harinya, anak2 kecil yg diharapkan tidur lebih nyenyak supaya mak bapaknya tak tersenggut2 bangun membuat susu diwaktu malam atau pasangan sah yang berkira2 mahu menjadikan malam itu lebih santai, indah dan serba nikmat.

Entahlah, budak2 sekarang ni sudah tidak mempedulikan akan hal2 yg berkaitan dengan menjaga hati sesama jiran tetangga. Padahal mereka berpelajaran dan bersekolah lebih tinggi dari pokok kelapa.

Rasanya masih ada lagi ilmu2 yang kurang untuk lebih dipelajari. Apatah lagi dizaman lebihnya napsu dan napsi ini.

Sebab itulah pokcik lebih rela tinggal jauh dari pembangunan.


Alahaiii...

2 comments:

© Oshun/EM Muhammad/Nadia Emarele Muhammad said...

Berpelajaran tak bermaksud orang tu ada akal Pokcik. Betul tak?

masni qisrine said...

haaa...sgh.
tetibe jer xdak letrik mlm tu.
kite tgh tgk cite "hero" kt labtop..tibe2 "lup"...karan xdak
mmg riuh gile mase tu. jerit pekik lolong..pontianak pun grenti tergezut!!
rasa mcm dok kt zaman org2 xbertamadun lak..iskiskisk..