Friday, August 31, 2007

Selamat menyambut Kemerdekaan Negara yang ke 50 tahun.


Salam sejahtera buat seme yang jauh dimata dan dekat dihati..

i. Ada pun dikesempatan ini, pokcik dengan bangga hati hendak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke 50 tahun, untuk sekelian rakyat malaysia, baik seme yang lahir sebelum atau sesudah merdeka. Semoga anda sekelian akan faham erti kemerdekaan yang sebenar dan menghargainya dengan sepenuh hati walau kita telah mewarisinya sejak lahir.


Sejajar dengan perkembangan negara, kita juga harus memperkukuhkan jati diri, tinggi semangat dan selalu berfikiran positif, supaya sentiasa maju ke depan dan mempunyai wawasan untuk berjaya. Dan... tak lupa untuk mengekalkan nilai2 murni yang menjadi asas budaya bangsa yang bertamadun.

Semoga kita akan sentiasa ingat...


ii. Keduanya, pokcik akan berpergi2an seketika di kampung sana barang 2,3 hari. Mungkin makna kemerdekaan akan lebih terasa bila pokcik berada disana, bersama teman2 yang sebaya mengharungi susah senang zaman awal2 kemerdekaan negara dahulu.

Dari itu, tinggallah teman, tinggallah sayang... pokcik jalan dulu.. hik hik..

10 comments:

hayat said...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 50 untuk pok cik juga...

iEn said...

selamat hari merdeka dan selamat bercuti :)

Puteri Ezza said...

Pokcik berpergian tak ajak Ezza ye. Hukhuk. Sedihnya.

Anyway, selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 ye pokcik.

sayda said...

50 years independence day.

sama ngn umur pokcik kah?
hehe.just kidding.

salam merdeka for u.

Mersik said...

hayat - terima kasih daun keladi.. Tu la, selagi "hayat" dikandung badan, selagi itu la kite kena terus merdeka! kekek


ien - Uii terima kasih gak. Wat pe merdeka2 tu.. tgk munga api ek? kekeke


Puteri Ezza - Alah.. pokcik tak plan pun nak balik kg. Ntah kenapa tetiba pd satu pagi, terusik hati ini nak meraikan kemerdekaan di kg. Kira cam ternostalgia la tuh kekeke.. alahaii


sayda - Uii pokcik tua lagi.. Tu pasal leh nostalgi2 psl merdeka nih. Merasa lah juga zaman2 sebelum merdeka nih.. Alahaii hik hik..

Jie said...

Selamat menyambut merdeka pakcik...

* bendera tu kita kena pasang sampai bile ye...?

Mersik said...

Jie - Yihaa.. slmt merdeka! bendera tu? kekeke sampai bila2 laa.. gegegegege..

Bersemangat ooo. hik hik

Purpleheart said...

Salam kemerdekaan.. :-)

Mersik said...

purpleheart - Salam kemerdekaan gak.. semoga akan sukses selalu dalan hidup n pelajaran.

Anonymous said...

Apa yang posting bagus. Saya sangat suka membaca jenis atau artikel. Aku bisa? T menunggu untuk melihat apa yang orang lain katakan.