Tuesday, September 04, 2007

Le Memoir de kampungku...

Pokok kelapa komeng depan umah masih lesu lambaiannya. Sesekali di hurung kera2 liar dari hutan berdekatan semakin bertunggul2 jadi daunnya, hingga jelas kelihatan pucuk2nya yang togel. Angin dari selat pun sering merderu laju saban pagi memaksa penghuni2nya tercari2 selimut yg tercampak entah kemana dalam tidur ganas nan semalam.

Domkian la kg pokcik ini… terlalu nostalgia untuk dirasai, hinggakan kalau jauh dimata pun tetap nak jejak kaki kesini. Walau bahang pemodenan sering mengugat kesejahteraan permandangan nan hijau permai, namun warga2 tua yang bermastautin disini ada kisah dan identitinya yg tersendiri.

Sesekali duduk disini, rasa tenang hati dibuatnya. Sukma berlagu2 dizapin bersama kicau burung dan haruman tumbuhan yang subur melata disekitarnya. Musim durian, manggis dan rambutan sudah lama berlalu. Namun musim cempedak baru hendak bermula, mengaromakan setiap umah dipinggir kota ini. Membuat selera bertambah terbuka lagih.. Goreng pun sodap! kekeke

Tenang air di kali pun sentiasa mengusik perasaan. Membuai nostalgia, mengimbau kenangan dulu2 yang semakin kelabu. Dulu tempat itu adalah tempat berkubang berendam, zaman kecil2 dulu. Sekarang ni... sudah tohor dan sesuai untuk sang lembu minum sambil merumput sahaja.

Belum lagi bersama warga emasnya yang hanya tinggal tak seberapa. Mujur Tok Lipat masih ada dan masih terus melipat2 (mengurut).

Ah, terlalu banyak yang hendak diceritakan perihal kampung ku ini... Namun pokcik tak berdaya, kerana terbit pula bisul di ketiak ni sejak semalam.. alahaii..


Nota cagu :

Pokcik tak dapat nak terangkan kaitan antara bisul diketiak dan ketidakupayaan bercerita.. sungguh complicated gitu.. kekekeke

6 comments:

Zura@Kak Long said...

huhuhu bunga-bunga cerita di kg ni ..eheheh teruskan ler

Mersik said...

kak long - Waa.. jgn ler.. malu gitu..kekekeke

hayat said...

hehehe...syahdu nyer...cerita pok cik nih...sesungguhnya memang complicated pun...bisul tu di ketiak...hahaha...yang nak bercerita tu????...ishhh....

Iza'Izz said...

uuwaaaaa... rindunya kg halaman bila baca citer pokcik nie.... lambaian sawah padi yg meliuk lintuk, pokok pelam kuinin.... aaahhhh rindunyaaaa....

©Opah De said...

Pokcik... pernah kena kejor ngan kera tak? Huiii tengah bayangkan Pokcik berambat ngan Marpunah. Konon nak dating tapi kena kejor ngan kera... ekekekekekekkee... sihat ke? Dol mana Dol?

Mersik said...

Hayat - kekek tu la pokcik pun konpius sampai la nih tak hilang kekeke.. Sib baik dah susut sikit.. kalau tidak lama la pokcik stop bercerita hik hik..

ceh ceh syahdu ke? hu huu


iza - Haa kalau cam tuh cecepat la alik kg.. hik hik Ngan lupa bawak ole2 sekali dan kim salam kat oang kg seme2.. kekekek


Opah De - Uii bahayo tuh.. silap2 dia masuk dlm kain pelikat. Haa sama2 la terlompat2 kekekekek

Dol ader... aderrr kekekekek