Friday, September 07, 2007

Le memoir de kampungku... (2)

Sekali air bah, sekali musim berubah. Dalam terik2 manja mentari pagi yang menyinar, sesekali turun juga hujan ditengah hari. Domkian la.. pasang surut air laut yang membentuk atmosphera kg pokcik yg redup dan hening hawanya. Siapa datang kemari dan merenung air di kali tentu rasa nak datang berkali2. kekekeke

Amat sukar untuk diluahkan dengan kata2. terlalu tersendiri dan asli keindahan alam di dunia nan satu ini.

Kalau masa cuti2 tentulah riuh sikit, pabila anak cucu teringatkan mak ayahnya dan tersibuk2 lah pula nak balik selalu. Memang lumrahnya begitu2lah. Tapi, sudah cukup untuk membuatkan oang tua merasa suka dan terhibur dengan gelagat anak2 cucu di zaman “ kota batu “ itu. Yang agak jakun dengan suasana kampung hingga terjerit2 neneknya bila kepala angsa dan itik dipulas2 dek mereka.. adohh

Pak Iman Dolloh tersengih2 bila pokcik menyapa. Katanya, skg ni musim oang kahwin.. sibuk sikit jadualnya asyik ke sana ke mari dok menikahkan oang. Maklom la, anak2 dara kg.. sejauh mana pun mengembara berhijrah merata, bila nak kahwin ke situ juga baliknya. Lagi pun di situ jualah majlisnya akan diadakan nanti.

Ya, majlis kenduri kahwinnnya yang maintain meriah macam dulu. Dimana, sekelian warga kampung berduyun2 datang membantu dan kadang mem“batu“. Walau rata2 mereka yang datang adalah si tua2 belaka , namun atas semangat berkumpul dan bermasyarakat penyayang yang bergelora2, yang bermukin tegar dalam diri masing2, sayugialah mereka semua hadir sama.

Setengah darinya sudah uzur bebenar dan langsung tak dapat membantu hatta memasukkan telur dalam kotak pun berjam2, eh... tetap juga nak pergi.. Agaknya, sambil2 jumpa kawan lama, sambil2 tu la nak bercerita pasal mende yang lama2 dan tentunya.. benda yg sama.

Ah, tak mengapalah… nanti pokcik cerita lagi ya.. alahaii..

10 comments:

sayda said...

cewah.
tajuk entry ni ala2 bugidevas gtu.
french ke latin ni pokcik.
ada class!!

Abang Long said...

Amboiiiii ... bila pokcik mersik nak buat - Le Memoir De Ngeteh ? hahahahahahahahahahahahahikhikhikhik

hafiy said...

ha. ha.
bila bercakap perkara lama,memang lumrah adalah perkara yang sama!
he. he.
sinonim kan, pok cik?
keke...

-budak belasan hingusan-

hayat said...

pok cik...kalau melalui titi tu...hati hati eh...kut di pagi yg hening ni...terpaksa berenang ketepi pulak...hehehe

Mersik said...

sayda - kekeke uishh tak la.. tu ala2 bugis2 dan jawa2 sikit.. kekek.. mekasihh hu huu. Mcm2 gitu kekek.. pekabo awk? lama tak nampak...?


abg long - bebila saja boleh.. asal kan sihat tubuh badan dan berselera tekaknya kekek alahaii


hafiy - haaa tahu tak pe, kekek amboi ni musti dok perati oang tua tatkala mereka berbual2 kekeke jahat nyer.. gegege


hayat - kekeke ada plak.. pokcik selalu berakit2 ke hulu.. sesekali berenang2 ke tepian la plak hu huu

Rasha_rz said...

Aku merindui kampung halamanku jua. entah kenapa saban waktu bagaikan terbayang2 keindahan kampung yang sudah lama kutinggalkan. sahabat yang sudah berpuluh tahun hanya berbayang diingatan. tidak seorang pun yang mampu kutemui dalam pencarian ini....

Mersik said...

rasha_rz - Uii sedihnyer pokcik menbaca. Apa2 susah2.. nnt balik la kg.. kekek toksah difikir bz kerja atau halangan yg melanda..

Yang penting... Aku mau balik kampung! kekekek

Cuma... harap dpt menerima segalanya yg serba berubah.. alahaii

blackpurple @ jowopinter said...

Wah suka tengok gambar itu. Klasik. Sungguh! Mana nak jumpa titi sebegitu seni di KL ini....

~seksiterry~ said...

ehem...
pokcik...pulas kepala itik dan angsa...hik hik...nostalgia tuuuu....tu la antara agenda den selain dr melastik....jahatnya den masa kecik dulu......

Mersik said...

jowopinter - kekekek sini pun ada gak, nun jauh di hutan2 rekreasi kekek tapi tak sama mcm di kg..

Tp skg byk kerajaan dah tuka jambatan batu.. Yg cam tuh, wat sendiri la hu huu


seksiterry - Waduhh kom cam kenel nama ni, tp dimana ya? Kekekek mmg sah budak jahat nih.. !