Sejak akhir2 ini.. pokcik jadi semakin malas dan letih. Hendak menulis pun terasa berat. Baik berat mata memandang mahupun berat bahu yang memikul Fikiran dan tumpuan pokcik pun kadang2 lari hinggakan tubuh jadi lesu.
Tapi tak apalah, terlanjur Puteri Ezza telah bermurah hati menge tag pokcik ni, maka adalah sikit menda2 yg boleh pokcik fikirkan antara lain menjawab soalan2 yg diberikan. Apa yang ada jek la ye. Tiada ruhsia antara kita.. hu huuu.
.
{{ 5 benda dalam beg Pokcik }}
.
i- Resit, boli kopi tongkat Ali dan sekut Hup Seng
ii- Mangga pondok, tapi kunci dah hilang
iii- Buku 555, kedai kopi Ah Seng punya.
iv- Sekut kering wat bekal jalan2
v- Sikat rambut kurang 12 gigi.
.
{{ 5 benda dalam dompet Pokcik }}
.
i- Duit sen2 yg lebih banyak dr duit singgit2
ii- Kertas tertulis no tipon Tok Lipat, Makcik Salemah dan segala saudara mara di kg sana
iii- Gambar pokcik didepan pondok, posing manja, jari telunjuk letak kat dagu
iv- Tiket wayang pilem Sanggam , tahun 70an.
v- Jarum dan benang.. ( kut2 dompet koyak ke. kekeke )
.
{{ 5 benda favourite dalam pondok pokcik }}
.
i- Setilam leper kekabu buruk dengan segala mcm peta dlm dunia dok ada
ii- Pedal basikal buruk pokcik ( letak kat luor kang oang curi )
iii- Cerek , cawan, bekas plastik isi kopi peket2 dan se tin biskut.
iv- Radio buruk pemberian Tok Lipat ( dapat siaran Klasik Nasonol jek )
v- Bendera malaysia.. chewahhh
.
{{ 5 perkara yang Pokcik ingin lakukan }}
.
i- Menulis buku mengenai seoang tua yg maha glamer ( ceh ceh sapa tu? Kekek)
ii- Bungee jumping , dengan hanya memakai kain pelikat jek
iii- Hantar Cik Tom kursus Bina Ehsan. Dia sik merayap jek memalam.. jd “playcat” kut..
iv- Tolong kejar Dol Leman masa dia nak sunat nanti kekeke
v- Kembali muda, hik hik bley ke?
.
{{ 5 perkara yang sedang Pokcik lakukan }}
.
i - Merenung langit yang hitam pekat sambail berangan jauh.
ii- Bertanya diri sendiri, Pokcik nih glamer tak?
iii- Bertanya Cik Tom, Pokcik nih glamer tak?
iv- Menggaru kepala untuk mencari ilham menulis
v - Tidoo
.
{{ Insan-insan yang ingin Pokcik tag }}
.
Kekekek.. alahaii pokcik nih pemalu laa.. Haa sapa2 yg nak suo pokcik tag tu.. kabo la. kekeke alahaii..
Sesiapa sahaja yang berminat untuk menjawab tag ini, sila laa jgn memalu hu huu...
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
7 comments:
huhuhu...bagus hantar Cik Tom tu pg kursus...biar dia cerdik sikit eh...boleh gak bantu2 pok cik cari ilham...
dlm beg tu...tak simpan berus gg ker...w/p gg tu tinggal sebatang dua jer...perlu di gosok juga...biar dia berkilat...menyerlah...gitu...bila tertawa hahaha...
{{ 5 perkara yang Pokcik ingin lakukan }} - Eh ... kenapa NGETEH besama Abang Long tidak termasuk dalam senarai .... hmmmmmm ?????
Pokcik tak ke seksi bila bungee jumping ngan kain pelikat (tak sanggup nak bayangkan)
Salam sayang Pokcik. Hikhik. Tak sangka, Pokcik sudi gak menjawab tag Ezza. Huhu, terharunya. Tergelak-gelak Ezza baca tag Pokcik ni. Kelakar sangat-sangat. Hikhik. Terima kasih banyak, Pokcik. Cayang Pokcik :-)
Cik tom??
xyah garu2 paler la pokcik...
pokcik mmg glamer pun ;)
salam merdeka ya pokcik
hayat - amboi2.. tak pe, gigi jarang2 leh pakai sabun jek gosok2 guna tangan. kekekek
Amboi2.. cik tom ye.. tp susah la kucing seekor tuh. degil ya amat.. Nnt dia.. kekeke
Abg long - uiii itu bukan perkara yg leh di fikir.. Sudah termaktub dalam undang2 pondok.. tahun 50an.. kekekekek
puteri ezza - Sama2 kasih hu huu.. alah.. mustilah pokcik jawab.. hik hik kalau puteri ezza suka baca, pokcik tumpang gelak gak la kekekeke
kelakar ? biasa ler.. oang tua glamer kekek hu huu *wink*
fiqir - Kekekeke... fikirkan "pokcik Boleh! "
Bayangkan? Alahh... bayang yang indah2 jek laa kekekeke
purpleheart - Waa jgn tak tahu.. kat pondok kite nih pun ada cik tom, Cik Tompok si kucing macho.. suka keluar malam tu, wat teman2 tido.. kekekek.. Nnt kite cite pasal dia ek..
airynnz - Kekekek.. mekasih daun keladi.. krn memuji.. kekekek, malu ah..( merah dah pipi yg hitam kerak nih kekeke )
Slmt merdeka..! Bila kite nak ngeteh2 ye.. hik hik
Post a Comment