Wednesday, July 29, 2009

Dol Leman : Misteri Dalam Gelap

Hahhh, pokcik dah kabo dah.... kabo dah...

Budak-budak tu dah kembali.... hu huu

Sinopsis:

Hujan lebat diselang-seli dengan ribut petir yang melanda di kampung Parit Sangap pada suatu malam menyebabkan seluruh kampung itu bergelap. Ianya berterusan hingga beberapa hari. Semua penduduk menjadi resah gelisah, begitu juga dengan Pak Dolloh selaku ketua kampung yang turut berasa risau kerana perasmian dewan baru Parit Sangap hanya tinggal beberapa hari lagi.

Sebelum itu, Cikgu Saman yang ditugaskan menjaga barang-barang di dewan baru itu terkejut apabila diganggu oleh sesuatu yang sangat menakutkan. Jidin Jambul pula nyaris-nyaris mengalami kemalangan.

Sekolah yang mana Dol, Suppa dan Ku Chai belajar pula heboh dengan kes kecurian di tapak pembinaan yang berhampiran. Manakala Wak Ketot nampaknya tidak senang duduk apabila suatu benda di hadapan rumahnya turut hilang.

Perkara-perkara misteri yang tidak diketahui punca ini menyebabkan Dol dan rakan-rakannya terpaksa melakukan sesuatu. Ya, mereka perlu menyiasat! Maka bermulalah siri penyiasatan tiga sekawan yang sangat mencabar dan penuh dengan kejutan hingga hampir-hampir membuatkan jantung mereka luruh.

Dapatkah Dol dan kawan-kawannya menyelesaikan segala masalah yang melanda kampung mereka dalam keadaan bergelap?

7 comments:

dhiya zafira said...

Tahniah sejuta patploh ribu belas kali pokcik...jeng..jeng..jeng....semoga dol leman ni menjadi antara watak yang paling terkenal sekali dalam dunia pembukuan remaja..hehehehh

kuIna said...

budak nakal tu semakin nakal & bijak ya...

Durrah Fatiha said...

Salam mersik,
Semoga Dol Leman dan kenkawan terus menjadi 'buah mulut' anak-anak kita...

zara aluwi said...

Terbongkar sudah mistri itu.. rupanya si Dol Leman dan kawan-kawannya akan menyiasat mistri itu.

Ya, semoga nama Dol Leman menjadi sebutan di bibir sekelian.

Tahniah Mersik. Akan akan dapatkan Dol Leman.

Mersik said...

dhiya zafira - Wahh..terkedu gitu. Muda2an segala yg didoakan menjadi kenyataan.. Yihaaaa


Ku Ina - biasa la, budak2.. tp menyiasat tak boleh tinggal.. hik hik


Durrah Fatiha - Mudah2an ada yg sudi la kak. Dapat jadi pencuci mulut pun jadiii laa.. hik hik


zara - mekasih kak. Mudah2an gitu.. Banyak betul misteri yg hendak disiasat ni.. hik hik

nora said...

Kagum tol ngan sikap POK CIK yg prolifik. Moga Dol Leman mendapat sasarannya.

Mersik said...

nora - Alah, biasa2 je..maklom la.. oang tua. Takde la laju sangat, slow n steady lagi. Mekasih daun keladi ye.. hu huu