Thursday, July 09, 2009

RM547 jota.


"Wahhhh.. mahalnya!" Pokcik hampir-hampir tesedak beruk.

Perbualan di warung pagi itu berkisar fasal Taikun Telekomunikasi M'sia iaitu Tan Sri Ananda Krishnan berkira-kira hendak membeli kelab bolesepak New Castle dengan harga RM 547 jota.

Pokcik menggeleng kepala sambil berkira-kira juga bagaimanalah rupanya RM 547 jota tu, sedangkan kiraan yang sinonim dengan pokcik hanya patplo ribu bolas-bolas juta je. Hmm... mungkin lebih kurang je kut. Selisih seposen doposen.. hik hik

Tok Lipat dan Pak Dolloh bercerita lagi. Bersungguh benar mereka bercerita. Pokcik mendengar sambil melongo-longo. Tak tahu nak sampuk tang mana. Sambil-sambil itu teringat pula akan kegemilangan zaman bolasepak kami berpuluh-puluh tahun dulu. Ada sesuatu yang menggamit dalam minda.

"Sayang... Taikun Ananda tu belum jadi kaya raya raya lagi masa tu. Kalau tidak, maunya dibeli team bolesepak kampung kami yang punyai potensi tinggi untuk maju hingga ke peringkat dunia." Bisik pokcik dalam hati.

"Kalau tidak, tentu kami-kami, pemain-pemain yang hebat dalam Parit Sangap FC ini sudah jadi kaya raya juga."

Akhirnya pokcik mengekek ketawa.

Hik hik

6 comments:

intan shaheera@ieyra said...

parit Sangap FC.......

kuIna LadyInRed said...

itu liga kampung ya...

Mersik said...

ieyra - Hidup Parit Sangap FC, yihaa!


KuIna - Uii.. liga kg yg gahnya mcm liga piala dunia gitu, hu huu. Hik hik

zara said...

Apa nak buat pokcik... si Ananda tu nak glamer lebih sbb tu ler depa sanggup berabih nak beli kelab NC tu. Depa ni tak der sifat petriotik langsung untuk naikkan imej pemain tempatan. Depa ingat boleh kaut untung... biak pi la depa.

Nadia Yuna said...

pokcik:

nadia da link kan ur blog tau, tapi kenapa mcm x nampak perubahan kat updates ye? adoii pening

Mersik said...

Zara - Tu la pasal. Kalau betul2 kelab bolesepak tempatan di uruskan oleh oang2 yg loaded, memang leh naik. Ini tidak, abih dipolitikkan sampai jadi haru biru.. alahaii..


Nadia Yuna - Hu huu.. alah mekasih la krn sudi linkie2... aiks, tak nampak ka? ni musti salah link ni.. teknikal error.. hik hik. Tak apa.. coba lagi..