Wednesday, July 01, 2009

echwan... enwan...


Pokcik sampai di rumah Pak Dolloh sesudah Asar. Orang tua itu sedang berehat di atas tangga. Melayan perasaan agaknya.

"Oii.. ingat sapa tu? Jauh menggelamun. Uhuk, uhuk.“ Sapa pokcik sambil terbatuk-batuk.

"Oh, kamu. Waah, bila balik sini? Lama tak nampak? Miscall2 pun idak.“ Jawabnya sambil tersengih lebar. Tok Lipat hanya tersenyum saja. Maklom la.. dah jadi oang kota. Apa kes dan balik kampung. Tak standard lah. Barangkali itu telahan dalam kepala mereka berdua.

"Uhuks, uhuks, ader... ader... ," jawab pokcik sambil menekan-nekan dada. Menjadi-jadi nampaknya batuk ini. Entah lupa membaca mentera ke atau sengaja nak mencari penyakit agaknya. Maklomlah, sesekali balik kampung. Boleh jadi lupa diri dibuatnya bila mengadap benda tu.

Uhuks, uhuks, uhuks


Batuk semakin menyengat tekak. Pak Dolloh melaung dari bawah menyuruh menantunya buat air cepat-cepat. Takut melarat batuk pokcik, jadi kes nayalah pula.

Budak perempuan muka bulat melompat turun apabila melihat pokcik datang. Bibirnya mengukir senyum. Pokcik juga tersengih dan ingin menyapanya, tapi...

Uhuks, uhuks, uhuks


Adehh... Batuk yang jahat itu menyerang lagi.

"Eee... atuk ni sakit ek? Kena ehcwan enwan (H1N1) tak?“ ujar gadis wajah bulat itu sambil jarinya di tala-tala ke wajah pokcik.

Erks, Apa pula..." Pokcik mencari tenaga untuk menepis kata. Dalam keadaan batuk yang menggila pokcik bersuara.

"Takkkk laaaaa... aaa aattukkk... baa aatukkkk , se se babbbb banyak makan , moktannnnnnn! (rambutan) "

Budak muka bulat itu melekek-lekek ketawa melihat gelagat pokcik.


Pokcik mengerut dahi, mengurut leher. Menjelir-jelir lidah. Tekak terasa semakin perit.

Adehhhh...

9 comments:

kak ila said...

moktanlah buah yg paling mokcik gomar. sodap yo...

Nursuzry said...

pokcik, pic moktan tu menyelerakan la. tapi tgh musim panas ujan ni x berani nak makan moktan... nnt jd cam pokcik heuheuheu

zara said...

banyak na makan moktan tue... sbab tu ler batuk kokol. Orang tue-tue kata, jangan makan moktan ngan salut bijik (hehehe lupa lak nama bende tu) moktan tu skali. Boleh mengundang batuk...

Nek Cun said...

Pokcik... tu la, makan buah moktan tak ingat nak taruh sikit kat nekcun, kan dah batuk!... nasib baik tak kena echwan enwan!... kalau tak dah tentu kena korentin plak!... hehehe...

Nadia Yuna said...

sedapnya

adoii

mana nak cari rambutan

senjo2 ni

adehh

fazdilaku said...

Nampak manisla sangat buah tu.......

YM: [fazdilaku]
Skype : [fazdielektra]
Phone: [0124905484]

fadzilah said...

http://www.incomemingguan.com/fazdi/

http://www.myvemma.com/ektaufu

Mersik said...

Kak Ila - Oh, peminat moktan jugak. Wahh boleh la kita moktan-moktaan nnt.. hik hik


Nursuzry - Hu huu.. tak apa.. mkn sikit2 je.. tapi kerap. kekekek


Zara - Alah, dah terlanjur tgh musim ni.. pulun je la walau batuk2.. nnt musim dah abih, kempunan pulak hik hik.


Nek Cun - Waaaa.. jgn la.. tang sakit tu. Bahayooo... Tak apa.. skg tgh musim nya.. boleh set baik punya time.. kita mkn2 moktann.. hu huuu

Mersik said...

Nadia Yuna - Mmg sedap.. Alah, cari je la sesudah senja nnt.. banyok aa tgh jual skg ni.. merata2 gitu.. Boli la banyok2..


fadzilah - Hu huu mmg sedap.