Tuesday, July 14, 2009

Komedi Lampau...



“Mak, hari ni tak de selera la nak makan,“ ujar pokcik kala kembali dari sekolah dan melihat lauk di atas meja. Barangkali ikan kering dengan sambal ikan bilis begitu kurang sedap kalau hendak dibandingkan dengan lauk sehariannya.

Barangkali juga, pokcik memang sengaja mengada-mengada. Tak sedar diri tu oang susah.

“Aahh.. tak de selera. Biasanya kalau oang tak de selera tu... tandanya dah nak mati.“ Balas Mak Besah sambil tersengih.

Pokcik terkedu dan kecut perut lalu bergegas mencari pinggan.

ii.

“Tak tahulah, kenapa Dolloh tu tak mau kawan dengan kita. Mentang-mentanglah dia ada mainan baru.“ Sekali tu pokcik merungut dan merajuk, barangkali kecewa dalam persahabatan.

“Alah, biorkan je lah.“ Lembut sura Mak Besah melegakan resah pokcik.

“Pada pendapat maklah, tak ada kawan pun tak apa. Janji mak ada kawan yang ini, “ ujarnya lagi sambil menujuk ibu jari yang digesel bersama telunjuk, menggayakan simbol duit.“

Pokcik melongo..

iii.

Saat ini bila mengenang semula arwah Mak Besah, pokcik ketawa sendiri. Kadang-kadang Mak Besah selalu buat komedi walau pun dulu pokcik langsung tidak menyedarinya.

Alahaii..

3 comments:

Kak Zue said...

kecik2 tak berapa nak pandai menilai keistimewaan seseorang tu.

Rasha_rz said...

memang masa kecik, kita rasa hina sangat bila kengkawan tarik muka pada kita. selalu kak ila nyanyi lagu anak rusa nani. pokcik tau lagu tu? kalau tak tau, lain kali kak ila ajar ye...?

Mersik said...

Kak Long (Zue) - Betul tu..masih ranum dan lurus bendul.. hik hik


Rasha_rz - wahh.. lagu klasik tu. Pokcik selalu juga nyanyi.

Alah biasa la, zaman kecik2, sekolah2.. sikit-sikit tak nk kawan, sikit-sikit tak nak kawan.. hik hik..