Tuesday, May 05, 2009

peket...



Malam semakin larut. Pokcik agak susah hendak tidur. Walaupun tubuh sudah berada di kamar radu, namun katupan-katupan dua biji mata hanya mengundang rasa pedih saja sedangkah ghairah semayam masih tidak kunjung tiba.

Apalah pokcik nak buat ni?“ Omel pokcik sambil mengadap siling pondok yang sudah pongah. Mengesot ke kanan dan kiri pun tidak menjadikan lena.

Tiba-tiba pokcik teringat satu kaedah memudahkan tidur iaitu kaedah mengira mengira kambing biri-biri secara imiginasi. Maka dengan sedaya upaya serta konfidennya, pokcik pejamkan mata, mula membayangkannya... dan mula mengira.. sepeket, dua peket, tiga peket ..

Oh, pokcik telah mengubahnya kepada peket-peket kopi tongkat Ali. Lebih serasi agaknya dengan yang itu.

Malam semakin larut.. Mata masih terkebil-kebil

Seribu dopla peket
Seribu doplo satu peket
Seribu doplo dua peket.

Malam yang larut menjejak ke dinihari. Kelopak mata semakin menguyu. Suara sudah jadi perlahan.

Patlo ribu satu peket
Patlo ribu dua peket
Patplo ribu tiga peket.

Meoww....

Tiba-tiba , Cik Tom menerjah turun dari palang pondok menyebabkan pokcik terperanjat katak.

Ish.. ko ni buat terperanjat aku je la.. Pokcik membebel.

Meow... Cik Tom menjawab manja sebelum berlabuh tidur di hujung kaki pokcik.

Hah? Sampai mana dah aku kira ni? Sampai mana?.. Waaa... kena buat balik lah jawapnya ni.. Pokcik mendengus dalam hati.

Satu peket
Dua peket..
Tii...

Zzzzz
Zzzz

Hik hik

5 comments:

Bibie said...

Kekekekekeekeke....
Terus teringat cerita P.Ramlee,Pendekar Bujang Lapuk bile bab Cik Tom terjah turun tu...

Nek Cun said...

Pokcik... lain kali kalo mata susah nak tidur, ambil Quran dan baca... percayalah, tak sampai 5 minit mesti mengantuk punyer!... Itulah koja si syaitan yang dengki sangat kat manusia nih!... hehehe...

Durrah Fatiha said...

Salam Pokcik,
Nape tak bangun dan bancuh je se peket kopi tongkat ali tu? Cicah sekut kering... gerenti tido lepas tu.

masni qisrine said...

alaaa...knapa pokcik tak suruh aja si toms tu yg sambung kira...
mesti si toms tu tukar peket ke ikan..hikhikhiks..

Mersik said...

Bibie - Kekekek.. ha'ah, masa tu tak sempat nak bertapa. hik hik Oh, Cik Tom selalu buat begitu. kadang2 landingnya terus atas badan pokcik. adehhh..


Nek Cun - Ohh.. terima kasih.. Nanti pokcik cuba.. takut masa nk mencari2 je dah zzz kekeke

Kak Durrah Fatiha - Wahh , itu macam kalu sudah pekena kopi, alamat sampai pagi laa mata ni mencerohhh je. kekekek


Masni qisrine - Kekekek.. tak nak punya Cik tom tu. Sbb waktu tu dah time tido dia, tak yah kira apa2 dah lolap.. kekekek