Monday, May 11, 2009

link...

Kadang-kadang, geli ketiak pokcik bila memikirkannya. Boleh ketawa mengekek kalau dikenang-kenang. Kalau dah oang tua tu... memang oang tua la jugak.

Dalam melayari dunia maya tanpa sempadan ni, ada sesetengah tempat atau singgahan yang kita suka nak pergi. Blog-blog kawan contohnya, blog selebriti , blog berinfomatif , blog pokcik ni.. hik hik dan macam-macam lagilah. Dan sudah tentu anda akan save link blog tersebut supaya tidak lupa.

Terbalik la pula pada oang tua ini. Pokcik cuma perlu ingat satu atau dua link saja. Contohnya blog si Sood, yang mana dalamnya ada link2 blog yang pokcik suka pergi. So setiap kali nak pergi situ, pokcik gi laa blog si Sood tu.

Bukan tak reti save atau tulis di mana-mana, tapi entahlah... pokcik selesa dengan cara lama. Cara oang tua-tua yang kureng IT nye.. hik hik

Dan kalau anda seme perasan pokcik kerap mengunjungi blog anda, jangan pula ingat lain. Kadang-kadang ia tidak bermaksud begitu.. sementelaah atas sebab-sebab di atas lah juga hik hik . Ah, janganlah kecut hati, sekali sekali pokcik singgah juga dengan niat singgah semata-mata.

Gitu la ek didikannya, sebab seingat pokcik dulu-dulu arwah mak kata, kalau tak penting nak membeli barang-barang tu, tak usahlah beli. Buat menyemakkan umah saja. Pokcik ikut benor cakap mak tu. Hingga terbawa-bawa di alam maya ini ( kunun link banyak-banyak akan menyempitkan pondok pokcik ni.

Alahaii...

Nota cagu:










Gambar hiasan :
Close-up Cik Mon, teman Halia yang sedikit groovy.

11 comments:

masni qisrine said...

alahhhh..pokcik maleh nk ngemas pondok la tu...
alasan sja tu...hihhihi

INTAN said...

pokcik mmg x pnh singgah pondok saya....heheh..sekali je..pertama dan terakhir gitew....

aku yang terpunya said...

masni tolong kemaskan la ek..pokcik tu tgh leka bergurau senda dgn halia bara..

sufiyyah zulkifli said...

betul tu pok cik.
sama la mcm saya.
:D

Nek Cun said...

Sekali sekala pokcik singgah teratak nekcun pun nekcun suka gak... cuma kekadang tu pokcik singgah sat sangat sampai tak sempat nekcun nak bancuh kopi... kecik gak hati, cam tak sudi jer!... huhuhuk...

Abang Long said...

Nek Cun, kena ingat - KOPI TONGKAT ALI. Bukan sebarang kopi. Dan bukan biskut chipsmore tapi sekut kering Hup Seng.


Ops .... jadi macam rumah sendiri lah pulak !!!!!

Kak Zue said...

Halia tak takut ke tengok muker cik Mon yg tak berapa nak comei tu...ekekekek

Puteri Ezza said...

Ehem... boleh berkenalan dengan Tuan Rumah tak? Hikhikhikhikhikhik... :P

Mersik said...

masni qisrine - Waa.. mana ada.. tul aa tu. lagi pun pondok pokcik jarang berkemas.. maklom la.. bujang tua.. hik hik


INTAN - Laa.. ya ka? alahaii maap daun keladi la.. pokcik ni bukan ingat sangat.. Tak apa, nnt pokcik gii lagi aa.. tapi, err err di mana ya umahnya? hik hik


aku yg terpunya - Eleh, cakap oang.. maih la tulun kemeh2 juga.


sufiyyah zulkifli - Wahh.. sama ke? nampak nye kita serasi bersama gitu ahaks hik hik.


Nek Cun - Alah, biasa la..pokcik tak suka menyusahkan oang.. kalau pokcik gi umah oang pun, satu je pokcik cakap, " Yang tak de jangan keluarkan.." kekekek


Abang Long - Oooo tau tak pe.


Kak Zue - hik hik tak la.. Halia tu dengan batu giling pun dua buat kawan.. kekekek


Puteri Ezza - Wahh.. lamanya tak nampak dia. Tak yah kenal2an.. mmg dah kenal lama dah ni.. lamaaaa gitu hik hik.. *wink*

masni qisrine said...

pokcik nk byr berapa ringgit klu kitorg2 semua ni tlg kemas pondok pokcik ni?? hikhikhik

Mersik said...

masni qisrine - Uii.. tak de duit aa nk bayar. Tp pokcik sponsor kopi dan sekut. Yihaaa...