Tuesday, May 26, 2009

jog...


“Oii.. bila nak balik kampung?” Pantas saja suara Tok Lipat menerjahkan soalan sebaik talian telefon diangkat. Memang dah lama pun kami tidak berhubungan.

”Nanti la.. lepak-lepak dulu, sekarang mana boleh pergi merata-rata, nanti kena virus ”echwan enwan” (H1N1)” jawap pokcik sambil berseloroh. Tok Lipat mengekek dihujung talian.

”Eh, mana ada? Kat kampung ni masih selamat lagi. Kalau ada pun demam-deman biasa kena hujan gerimis.” Tingkah Tok Lipat.

”Maih ler balik.. Aku nak ajak kau berjogging ni.” ujarnya tiba-tiba.

”Hah, berjogging?” Pokcik mengerutkan dahi, hampir-hampir tidak percaya. Dalam hati berdetik, orang tua ini yang jarang meninggalkan motor kapcai buruknya untuk kemana-mana, tiba-tiba hendak berjogging pula. Buang tebiat ke apa?

”Kau biar betul, pat? Nak berjalan pun malas, inikan pula nak berjogging. Selalu kalau nak ke mana-mana, kau merempit je. Apa kes nak jogging-jogging ni?” Pokcik semakin kuat menggiat. Tok Lipat ketawa lagi.

”Oii.. ni rempit bukan sebarang rempit tau. Ini rempit berhemah," balas Tok Lipat. Motor buruk honda 60nya, yang tak boleh memecut laju membuatkan tunggangannya kelihat sangat berhemah sekali.

”Apa mimpi ajak aku berjogging ni.” Soal pokcik ingin tau sangat-sangat.

”Tak ada lah, saja nak jaga kesihatan. Dan tua-tua ni kenalah selalu keluarkan peluh. Selain berkebun, berjogging pun merupakan satu riadah juga.” Panjang lebar Tok Lipat memberi hujah. Pokcik sedikit terangguk. Mungkin anaknya yang bekerja di Pejabat kesihatan tu rajin membebel mengingatkan ayahnya supaya kerap mengeluarkan peluh. Baik untuk awet muda.

“Anak aku pun dah belikan seluar jogging dan kasut ni. Ni tinggal tunggu kaulah.. Mana syok jogging soang-soang.” Bersungguh Tok Lipat memujuk. Pokcik tersentak. Wah, orang tua ni. Rupa-rupanya dia sudah bersedia lama.

”Yelah, nanti aku balik kita jogginglah. Kalau tak larat... kita walking-walking je la.. “ Pokcik mengiyakan saja. Kami ketawa lagi.

“Macam nilah bagus. Ada semangat kesihatan. Badan yang keluar peluh buat tubuh jadi segar bugar. Kita mereggang, mengilas, melompat dan macam-macam aktiviti lagi. Uii aku dah tak sabar ni..” Tok Lipat semakin bersemangat. Pokcik hanya tersengih saja. Kalau dah perubahan itu membawa kebaikan, apa salahnya. Sekurang-kurangnya dia akan jadi sihat dan InsyaAllah, panjang umur.

”Lepas-lepas, jogging tu... kita pergi la ke warung simpang tu, pekena teh tarik pula. Roti canai, soang dua keping... kelas gitu...,” Tambah orang tua itu lagi.

”Aaa..!" Tiba-tiba pokcik rasa macam nak pitam saja.

Alahaii.. oang tua ni...

13 comments:

hayat said...

nak pitam?...tu tandanya kan...nak dipinang orang tauuu...

sufiyyah said...

pok cik!
dah elok2 bakar lemak, tambah lagi kolestrol. haha!

masni qisrine said...

salah konsep tok lipat tu. dh jd tanggungjwb pokcik kena betulkan pndgn & pendptn dia tu taw....

Sastri said...

keskeskes... dah jogging, pekena teh dan roti canai... mana laaa nak ada hasil... :p

Masy said...

layan nasik lemak terus la hahaha

budakjahat! said...

ok gak kan...pakai seluar n kasut jogging...pastu naik motor honda tok lipat...tau2 jek dah sampai kat warung marpunah...kekekekek...gerenti terus hilang rasa nak pitam...hik hik

abc utk budakjahat! jangan lupa tau!

Bibie said...

Uncle,
NAsi lemak satu..........
hahahahahaha....lawak2....Apapun,semangat berjogging tu yg nak kena respect tu...

ina said...

nak join jogging leh?

miloais said...

niat nak berjogging tu dah ok dah
elok sesangat

tapi yg lepas tu...
adehhhh! tak berbaloi-baloi sungguh!

hik hik hik

miloais said...
This comment has been removed by the author.
Nek Cun said...

Pokcik... elok juga berjogging, boleh kuatkan kepala lutut!... hehehe...

Mersik said...

Hayat - Nak dipinang oang? wah.. bior betul ni? tah2.. nak jatuh dr pokok pinang tak? hik hik alahaii..


suffiyyah - Tu la.. nak wat cam mana.. oang tua ni, kadang2 nafsunya.. susah nak dikawal hik hik


masni qisrine - Memang patut pun pokcik betulkan. Tapi, kadang2.. pokcik pun dua kali lima gak.. layannn kekekekek


Sastri - Hik hik.. hasilnya.. wahh kepuasan memenuhi tuntutan selera gitu.. hu huu


Masy - Amboii... ni dah kira nasi tambah ni.. ooo nasi lemak pun sedap gak, sambal sotong , fuhh.. kecuq dah nii , hik hik


budakjahat - Hik hik.. jogging naik motor.. waaa itu namanya belajar merempit aaa.. tau pun amazing race, leh singgah disetiap warung.. hu huu..

Mersik said...

Bibie - Memang pun.. menggebu2 lagi semangat nyer.. teh tarik kurang buih, satuu! hik hik.


ina - Oooo.. bley ajer. maih ler.


miloais - hik hik biasalah.. manusia, bila dah penat2, berpeluh2 musti nak menselesakan badan, termasuk la makan yg sedap2.. hik hik..


Nek Cun - Ha'ah, memang betul.. juga segala otot2 yg dah kendur2 tu.. hik hik..