Di tambah pula dengan limau-limau Ah Seng yang serba masam yang diberinya sebelum tutup kedai sempena Kong Hi Pat Choi minggu lepas, lagilah membuat hati pokcik semakin berangin dan masam mencuka.
Dan lagi, kerana gawatlah pokcik tidak dapat balik ke kampung berjumpa Tok Lipat dan sekelian sedara mara jauh dan dekat. Terlepas peluang bertemu si janda. ( Sebenarnya tiket dah abih, pokcik lupa boli awal-awal.. saja nak salahkan gawat juga hik hik )
Kalau tengok kat kaca tiwi tu, kat suat-suat kabo atau di speaker radio, rata-rata… asal namanya kilang atau syarikat swasta, tentu ada kes-kes buang oang, coti tanpa gaji, coti panjang, potong gaji, potong sana sini dan macam-macam hal yang tak sedap didengor apatah dirasai sendiri oleh yang empunya diri. Kadang-kadang naik ngeri pula memikirkan akan masa depan yang di sangka cerah sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di awal pagi, sedangkan kita tiada selimut dan bantal busuk sedap untuk menikmatinya.. hik hik.
Apalah nasib mereka-mereka ini? yang termasuk dalam ribu-ribuan insan yang mendapat nasib paling malang tahun ini. Apalah perasaan keluarga mereka? Bini yang perlu diberi makan dan belanja persekolahan anak-anak. Ayah bonda di kampung yang perlu dihulur-hulur? Apa pula kisahnya dengan harta-harta yang perlu dibiayai hasil dari duit gaji atau obartime yang lebat suatu masa dulu. Siapa yang menyangka, tragedi sedekad yang lalu datang menghantui kembali.
Memang banyak kisah yang menyayat hati kedengaran di sana sini. Hingga tak terkata dan tak tahu nak buat apa? Kerajaan pun buntu untuk membantu. Hanya mampu memberi harapan dengan kata-kata yang molek dan perlaksanaan yang entah bila boleh start nya. Padahal, ramai yang dah merana. Kerja semakin tiada, sedangkan yang tidak bekerja semakin berganda. Alahaii...!
Hakikatnya, zaman ini, zaman berjimat cermat dan bertahan. Tak usah nak mengeluh kesah, bernangis hiba dan kusut otaknya. Fikiran kena buka luas-luas. Kemaslahatan yang melanda bukanlah akhiran hidup ini. Kalau kita fikirkan kembali, gawat yang mengocah telah ditakdirkan oleh yang maha kuasa ( sebagai dugaan ke atas manusia ), maka pada Dia lah kita berserah kembali.Semoga anda-anda semua yang terlibat atau terkena tempias gawat ini, akan terus hidup dalam saat yang paling genting dan mencabar ini. Berusahalah dengan lebih kuat lagi mencari rezeki halal di mana-mana. InsyaAllah.. rezeki Tuhan ini banyak bertaburan di atas bumi.
Semoga kita semua akan berjaya dan sentiasa dalam rahmat Tuhan!
Dan, pokcik… dalam kepala ini, rasanya, hendak mencuba je masuk Ujibakat Akedemi fantasia 7.
Hik hik bley ka?