Tuesday, February 05, 2008

Semalam pokcik bermimpi...


Semalam pokcik bermimpi.

Sungguh, seronok dan mengasyikkan. Ia meninggalkan kesan yang amat dalam.

Entah kenapa kenangan seolah2 memberi ihsan pada pokcik untuk memilih mimpi mengikut citarasa hati dari sebahagian kenangan yang tidak begitu indah akhirannya (secara realiti). Ini kisah berpuluh tahun dulu.

Pokcik bermimpi bertemu cinta hati pertama. Entahlah, terasa malu pula hendak bercerita. Sementalaah kisah itu pun sudah berkurun lama pokcik padamkan dalam lipatan kenangan ini.

Ditepi kali yang tenang, air mengalir lesu mengairi sawah yang luas terbentang. Di situ, pokcik setia menunggu. Di kala itu, hati dicengkam debar yang amat panjang. Penantian tidak pernah menyeksakan.


Apabila melihat dia dari jauh, darah muda seakan menggelodak bersama debar yang laju menebak dalam dada. Akhirnya dia datang juga. Bersama senyuman ikhlas, membuat rasa hati semakin menggebu2 dan berbunga2. Mungkinkah dia sudah mendapat tanda atau mengetahui isi hati ini?

Kami berbual sambil sesekali mengerling dan memandang. Namun tidak mampu menatap lama2, kerana karan yg terhasil dari pandangan mata hanya akan menambah gelora sahaja

Di saat itulah dengan beraninya pokcik meluah rasa. Mendambakan yang cinta2 sahaja. Disahut dengan senyap yang panjang sambil sesekali menunduk malu. Hanya raut wajahnya sahaja yang menjawap penuh makna. Tersipu2 dengan wajah serba kemerahan, seolah2 tidak percaya akan lahir juga kata2 keramat itu dari mulut pokcik.

Petang yang sepoi2 bahasa jadi lebih sinar bersama deretan padi yang berpuput lembut. Bagaikan menjadi saksi akan rasa hati yang baru berputik ini. Dan seperti insan lain yang dilamun cinta (suci) , pokcik berharap iakan akan terus kekal subur hingga kami disatukan kelak nanti.

Saat itu memang paling indah sekali dalam hidup kami.

Sayangnya, pokcik terjaga lewat pagi dengan rasa terkilan yang tak sudah. Mimpi indah dibawa pergi begitu sahaja. Pokcik terkedu seraya mengusap pipi. Ada air yang mengalir dari tubir mata ini.

Barangkali sebentar tadi jasad pokcik berkonflik diantara alam mimpi dan realiti. Hakikatnya kisah tersebut sudah terpadam lama dari ingatan fikiran pokcik bersama cinta dan rasa yang membara suatu ketika dahulu. Kasih terputus ditengah jalan. Akhirnya, pokcik membawa diri... melara hingga ke hujung usia.

Untuk seketika, pokcik rasa sangat gembira.Sekurang2nya kata sudah terzahir. Diam sudah menandakan terima.

Oh, terima kasih sang mimpi kerana memberikan pokcik kenangan ini. Walau pun hanya seketika, tapi sudah cukup untuk menggembirakan hati tua ini.

Harap-harap, ia akan berulang kembali.

10 comments:

Abang Long said...

Semalam abang long bermimpi, kita ngeteh di Planet Hollywood.

Anonymous said...

pokcik.. takkan nk ulang tayang mimpi tu berkali2.. kang ilang keindahan dan kemanisannya, tak berbekas lg di hati.. terus ler tak berkenangan lagi..

-nor ash burn-

Anonymous said...

Brg yg lepas jgn dikenang, klu dikenang meranalah badan . Eeekeke... tp klu kenang skali skala syok jg kan . Selamat bermimpi2 lg ya pok cik . Tapi kali ni pastikan sy terselit gak dlm mimpi pok cik ya ! Wakakaka....

khairyn said...

amboi amboi dia. Malu tapi mahu tu.

Apa kata direalisasikan mimpi tu? Tapi apa kata juga.. jangan lewat bangun lagi.. Solat tak pagi tadi pakcik Mersik? hahahaha

Qaseh Bidadari said...

po'chik...
malam ni sambung lah lg mimpi tu...nak tau ending...

Mersik said...

Abg long - Uii ya ka? iksh iksh high class nye mimpi.. itu mimpi pokcik 4 mlm lepas. Tak pe, nanti kite set baik2, jumpa dalam mimpi kekekek alahaiii...


Nor Ash Burn - Amboi.. awak ni selalu menyakat penuh makna, hingga saya jadi muram kecana. memang kenang hendak diingat selalu, apatah lagi pada si dia yg sering merindu.. hik hik


Ila - mekasih ler krn menasihati. Pasal tak kenang2 la dok merana sampai skg? Uii mimpi apa tu kite bersama2nya? mimpi ngeteh2 ka? kekekek alahaiii


khairyn - Uii pepagi dah bangun. Ayam pon lom gosok gigi lagi.. hik hik. Mimpi menjadi realiti ? Oh, kalau lah boleh dikembali zaman2 muda itu..

Hahhhhhhh *sigh*


mama ranggie - Hik hik bley ka sambung? Ntah la.. pokcik sendiri pun tertanya2 akan akhirannya.. alahaii.. tungguuuuuu

Rasha_rz said...

hai... rasanya nak juga bermimpi seindah itu. berlari2 di permatang, bawah lembayung awan. bersama... ah, malu nak cakap. hehehehe

Mersik said...

rasha_rz - Uii bersama sapa tu? kekekek tentu bersama "oang2" ni kekek..

Apa2 pun moga indah2 gituu mimpinya hik hik...

Anonymous said...

ha, 'orang2' di tengah sawah tu... yang tulangnya kayu, kepalanya bertopi. tangan tergedang kiri & kanan, punya kaki cuma 1. kekekekeh....

Mersik said...

razha_rz6 - Uii kalu oang2 tu, tak yah la.. tentu hatinya juga kayu. kekekek..