Tuesday, September 18, 2007

Deras Ramadhan...

Sedar tak sedar, sudah hampir seminggu kita berpuasa. Itulah yg pokcik selalu terpinga2kan , yakni bertapa cepatnya masa berlalu. Apatah lagi disaat umah Islam seluruh dunia meraikan bulan ramadhan yang berkah ini. Memang tak terasa berlalunya.

Hari2 Ramadhan pokcik cam biasa sahaja. Macam dulu2 dan sekadar begitu2 lah jua. Segala aktivitnya juga sama tak berubah. Cuma tak boleh makan dan minum serta tido yg tersangat2 gitu.

Petang2 kalau tak hujan, pokcik pergi la berjalan2 ke Bazar Ramadhan dikawasan perumahan sana mencari sang popia yang lama tidak ditemui kekeke. Kali ini pokcik tidaklah mahu teruja2 , kerana apa yg kita harapkan tahun2 lepas tidak semestinya ada tahun ini. Pokcik berasa sungguh pasrah kasih gitu. Namun, rasa sedih dan terkilan ni pokcik buang jauh2.

Bazar Ramadhan di tempat yang digelar oang seksyen 7 ni agak sesak hampir setiap hari. Berduyun2 oang dtg dan kebanyakannya adalah siswa siswi Uitm yg menyewa nyewi disitu. Jenuh la pokcik nak menempuh dan meninjau kuih2 yg ada kerana sekali gerai2nya dikerumumi oang, maka tercongok2 la pokcik kematian idea.


Nak menyelit takut tersentuh anak dara yang nakal mata. Nak melompat2 takut terpijak kaki mak janda pula. Aduh payah laa cam ni. Melainkan si penjual tu menjerit2 , murtabak ka, air tebu ka kuey tiaw ka, korma ka, nasi kerabu ka..., baru laa pokcik tahu apa yang dijualnya. Domkian la betapa dasatnya keadaan Bazar Ramadhan di kawasan ini.

Sesekali pergi pun seronok juga. Rambang mata dibuatnya. Makanan beraneka rupa dan warna. Dari yang seringan2 keropok lekor sampailah seberat2 nasi berlauk, semua ada. Pilihlah saja yang mana suka. Ada yang memborong sampai rebeh bahu dan penuh dua tangan menjinjing. Pokcik takde la nak bersangka jahat, mungkin dowang ada anak ramai kut hik hik.. Tapi kalau membeli kerana nafsu yang tak de sempadan tu, maka akan membazirlah nanti jawapnya.

Dengan sesak yang menyukarkan pergerakan, pokcik pun terhanyut dalam lautan manusia yang penuh berselera nak berbuka macam2 benda tu. Ikutkan hati memang lah nak makan apa saja, tapi karang lepas togok dua tiga cawan air dan beberapa biji kurma serta kuih2, mau kenyang dibuatnya. Kalau ditambah pula dengan nasik, aduh... bisa terduduk gitu, dan perlahan2 terlelap kekenyangan kekekek..

Tah lah, macam2 cerita bulan puasa ni. Memang cite makan la yang selalu diulang. Nak wat cam mana? Manusia berubah, generasi bertambah… sebab tu kena ulang2 nasihat selalu. Hik hik

Nanti cite lagi lah.. dah lambat rasanya. Pokcik pun nak bersiap2 ni gi bazar ni.


Semalam, boli patplo ketul popia salut sambal, cam tak cukuppp jek kekekekekeke

Alahaiii…

12 comments:

arsaili said...

"pasrah kasih" tu yang tak tahan dengar..ekekeke.. tapi selera berpuasa ni memang macam2..

sd. said...

kalau semalam beli 40, ari ni beli la 41. i'allah cukup dah. jgn lebih2.membazir lak nnt.

haha~

pokcik duk s'alam ker.owh.

Iza'Izz said...

Pasar Ramadhan, mcm2 ada......

Purpleheart said...

Salam, sedap ke popiah tuu.. belanja laa..

Unknown said...

Cukup ke patplo bijik? Isy... rasanya tak cukup. Lenkali,beli ler patplo juta bijik... huhu... pokcik tak posa yeay! pokcik tak posa yeay! pokcik tak posa!!!

Rasha_rz said...

tua2 pokcik dapek jugo ke Pasar Ramadhan.Sayo ni ha, oang sodap2 berbuko poso ngan klurgo, se ngan kengkawan, dok kojo. ado yang korek hidung, ado yang korek telingo bagi batei poso. oang sumo dah sendawo konyang, se ngan kengkawan baulah nak jamah korma. tak ke sedih tu? tapi,sabo jelah.. oang sakit lagi ponting.tak gitu pokcik?

Unknown said...

hek eleh... saja la tu nk tayang popia ss ali tu. nyampah! karang kiter pegi shah alam, dgn lori2, dgn taukeh2 sekali kiter borong tau. huh...

m.q said...

isk..tergugat pose..
pokcik tgl blok 8 seksyen 7?
alahai..berjiran kite

Mersik said...

arsaili - kekek ye ke? tu ayat biasa pokcik tu. sementara leh berselera makan ni, makan laa apa yg ada. kang dah tua2 cam pokcik nih.. hmm lagi macam2 adoo..


sayda - kekek uii patplo satu pun sipi2 saja nak jd cukup. hik hik.. Pokcik duduk di pinggiran shah alam.. jauh dari pemodenan setempat hu huu


iza - Uii tu cam nak ajak2 ayam jek. Cam nk belanja jek kekek

purpleheart - Oo tentu la sedap. hingga tak sedar semut lalu kat belakang kekek.. cuba la try test rasa kekekek

Mersik said...

Opah De - Uii itu pun tak cukup.. kalau boleh pokcik nak supply satu kg nih aa.. bior oang muntah2 dok mkn popia jek. kekekek


rasha_rz - Aloh sedihnye hati pokcik mendengornya. Tak apa la.. sblum berbuka tu boli la makanan manyak2, bior nampak meriah gitu.. kalau ada lebih, wat sahur sekali hik hik.. saboo jek


Ainin Naufal - Kekeke lepas geram la tuh.. haa bawak la seme sekali, tapi tukang masak nye jgn bawak aa.. susah plak dia nak meniaga esok2 hik hik


masni qisrine - Uii berjiran ka? alahaii.. cam mana pokcik leh tak perasan ni? Kalau gitu, boleh la dtg pondok pokcik lepak2 hik hik. ngeteh2 ka..hu huuu

Anonymous said...

pokcik.. bab makan, manusia tak pernah berubah.. makin mewah hidup, makin berselera makan.

cuma pokcik aje yg tak pernah berubah selera ek.. dah macam2 kuih2 canggih yg dicipta.. popiah sambal tu jgk yg menjadi idaman kalbu.. setia betul pokcik ni ler!

Mersik said...

nor ash burn - Alahaii.. pokcik pun hairan, kenapa selera kat popia tu datang time puasa jek. Teruja2 gitu jadinya. Pas tu bila jumpa balik time lain, dah tak teruja2 plak..

Agaknya tu namanya setia semusim rindu kut kekekek..

Apa2 pun pokcik mmg setiaaa pada yg satu.. maintainn hik hik