Monday, July 16, 2007

Yang tinggal kini..

Hujan seharian yang turun semalam, terasa mengiringi kepulangan pokcik dari kampung tersayang.

Pulang kerana menziarahi Mak Da, kawan tersayang, yang lebih dulu disayang sang penciptaNYA.

Aduh… Letih sungguh tubuh ini tak terperi. Membantu segala hal, termasuk kenduri kendara.

Air mata pula, sudah kering untuk bertangis2kan pada yg pergi. Tinggal hanya kenangan sahaja, dan memori manis2 yg yang bersilih ganti.

Seperti lumrahnya, hidup perlu diteruskan. Yang pergi redakan lah saja ia pergi. Yang tinggal harus bergerak meneruskan hidup di dunia fana.

Cuma kalau ada ingatan2 yg tulus, moleklah disedekahkan Al-Fatihah barang sesurah dua, supaya yang ada di alam sana akan terang kuburnya dan dipermudahkan kiraannya.

Pokcik pun rasanya, tidak harus bergundah gulana, memikirkan perkara2 yg pasti datang. Apa yang ada didunia ini, elok la dinikmati sebagai bekal untuk akhirat sana.

Sekarang ni, tiadalah pokcik hendak buat apa2 selain menjaga diri supaya lebih sihat dan berkualiti hidupnya. Kerana apabila susah terbaring lesu, sakit sana situ, tiadalah bermakna apa2 melainkan hanya akan menyusahkan semua.

Harap2, tidaklah pokcik sampai begitu sekali keadaannya.

Alahaiii…

5 comments:

Anonymous said...

owh rindu banget kt pokcik..ari tu xsmpt nk on9 nk say gewdbye..neway pokcik jage diri deh

dS said...

Salam takziah dari dewi sekeluarga.. semoga kita yang hidup dapat mengambil iktibar dan pokcik jgn abaikan kesihatan fizikal dan mental ya..

sd. said...

have a good rest pokcik.

Mersik said...

ieja - Hik hik rindu jgn tak rindu. hu huu..

Alah, pokcik tak kemana. Ada sini2 jek.. aiks? Nak good bye gi mana> iksh iksh.. jgn ler tinggal kan pokcik.. Sapalah nak menjaga hik hik..


deWi SUkma - Yo la tuh, mekasih daun keladi. Dah tua2 nih, risau juga akan kesihatan yg salu tak menentu.. kdg mcm tua sesangat, kdg cam muda sangat.. kekek

alahaiii


sayda - hik hik mekasih..

(Jgn rest in peace dah ler kekekek )

Anonymous said...

mati itu pastikan.. yang pergi biarkan pergi.. iringi saja dgn doa & al-fatihah... yang tinggal ni kena teruskan hidup.. jgn putus asa... life must go one, cewwaahhh.

:)

~ ayumkay ~