Monday, July 09, 2007

Ku sangka panas hingga ke petang


(i)

Beberapa minggu yang lalu, bahang matahari bagaikan berada diatas kepala. Panasnya terasa sangat hingga menyusup ke dalam tubuh badan. Rimas, resah dan lemas bersilih ganti saban hari. Jenuh tekak ini nak mengogok air buat penghilang dahaga yang terlampau.

Mana2 tempat nampak gersang dan kering. Nak keluar pun takut kulit terbakar pedih.

Kemana agaknya perginya sang hujan? Sudah berkurun ia tidak turun. Mungkin merajuk hati atau sudah lagi ke lain halanya.

Kalau dulu pokcik sangat mengomel pasal hujan, kali ini kehadirannya bagai dirindu2 gitu.

Kalau turun sekejap pun dah cukup menggumbirkan. Kadang2 dia turunnya tatkala pokcik sedang leka beradu, langsung tak diperasan2kan sangat. Akan kehadirannya yang sekejap Cuma.

Oh hujan, turunlah engkau.. supaya otakku yang cair dek panas matahari akan mengalir lalu pula dek kerana sejukmu.. ( Maklom lah, pokcik kalau hujan2 baru byk idea kekekek )

Tapi apalah daya, ku sangka panas hingga ke petang… memang sampai besok petang pun panas juga.. alahaiii

(ii)

Petang tadi , langit yang tadinya terik bertukar kelabu. Suram seluruh alam dibuatnya. Datangnya bersama angin yang menderu seolah2 berkata

“ Hujan akan turun! , hujan akan turun! “.

Pokcik tersipu2 malu.. namun suka di hati tak siapa yang tahu.. hu huuu. Seronok tak terkata.

Oang ramai mula berlari2 di hambat gelisah kerana takutkan basah. Masing2 bergegas ingin balik ke rumah atau mencari tempat perlindungan. Langit yg sebegini hitam, pastinya akan menurunkan hujan yang lebat menghentam.

Bumi akan sejuk di simbah air yang dinantikan sebegitu lama.


(iii)

Namun , senario yang tadinya hampir kepada hendak menurunkan hujan jadi tak kesampaian pula. Entah kenapa, langit mendungnya tiba2 bagai dicarik2 supaya menghilang, berganti sinar terang yang entah dari mana datangnya.

Pokcik terpelongeh di anjung pondok. Terkedu2 dadanya.. sambil tangannya erat memaut bantal busuk .

“ Cobaan… “ bisik hati pokcik , yang berperang antara rasa redha dan marah.

Alahaii…

5 comments:

sd. said...

sini sejuk sampai ke tulang pokcik. now i miss bahang from the sun. hujan plak everyday turun. kene pakai baju 3@4 lapis everyday. then, jaket tebal2 lagi.

tp bile panas sgt pun x best gak kan.sejuk sgt pun x best gak.mm..

IamYonna said...

pokcik..
yonna dtg ni :)
ngee setelah lame ilang hoho..
pokcik..
cni jerebu teruk gile..
nk hujan..
skali hujan..
rase nk mlayang umah..
tp ok la..
dari jerebu tuh waarrr

ayu_mkay said...

memandangkan kita berbumbung langit yang 1.. kerinduan kita pada sang hujan juga samaaaaaaa..

rindu nak main hujan, best wooo main hujan.. kan pokcik kan (nak kena ni klu pokcik kata tak best..heheheh)

LediAgli said...

pokcik dok negori mane ni eh.. kat key hell ni ujan ade la jugak pat lima ribu titis..

walau terik mana mentari.. tapi ekon opis den sangat laaaaaa gigit tulang.. ngit ngit...

sejok haih

Mersik said...

sayda - Tu la pasal, kalau ada yg leh dikontrol2 cuaca tu kan best.. kekekek.. sabo jek.. Apa2 cuaca pun yg mendatang.. kite enjoys hu huuu...


yonna - AMboi2 lama nya dia menghilang.. sab jek la dek cuaca yg tak menentu nih. Janji hati stabil dan maintain vogue kekekeke


ayu_mkay - Ya botull.. pokcik sokong sesangat. Hujan sangat2 didambakan buat membasuh luka dihati ini. huu huu kekekeke


lediagli - Err pokcik dok kat sini la, di pondok pinggiran sah alam nih. Ekon sejuk .. alahaii pakai la baju eskimo2 tu kekekek.. babaik jg kesihatan, kang oang seme semakin sihat dan kembang, dia kecut2 plak kekekeke hu huuu