Thursday, July 12, 2007

Akhirnya..


Maka setelah bergelut dengan koma dan segala macam dugaan dibawah alam alam sedar sejak 22 hari yang lalu, maka Mak Da pun telah menghembuskan nafas yg terakhirnya pada awal pagi Rabu, jam 1.05 .

Berakhirlah sudah perjalanannya dimuka bumi ini. Seperti yang telah dijanjikan, mana2 makhluk yang hidup, pasti akan kembali di sisi TUHAN yang satu.

Alhamdulillah , segala urusan pengkembumiannya telah selamat dijalankan.

Sekelian anak cucu, saudara mara dan teman2 mengiringi pemergian Mak Da dengan redha hati walau pun secara lahirnya, bagai tak terluah rasa berat dan air mata yang tumpah dan saling melimpah.

Untuk diri pokcik pula, turutlah sama berasa rawan yang teramat kerana Mak Da juga bukanlah orang yang lain juga bagi diri pokcik. Kami sudah lama benar kenalnya. Dan sebab yang lain pula, adalah kerana mengenangkan mati itu sangatlah pasti. Cuma entah bila datangnya.

Sama2lah kite mendoakan supaya roh Mak Da diletakkan dikalangan oang2 yg saleh dan dipermudahkan urusan akhiratnya.

Juga Al-Fatihah sebagai sumbangan sedekah yang seelok2nya..buat Mak Da , atau nama sebenarnya Hajah Rugayah binti Hj Abdul Rahim.

Serentak dengan itu , maka pokcik pun akan berduka laralah barang beberapa hari nih.. kerana hal2 yg sebegini sangat2 la menusuk2 ke dalam hati oang tua ini, menyentak2 rasa pilu yang paling dalam.

Sementelaah pula, pokcik nih pun dah tua dan lebih dekat2 benar rasanya hendak menghampiri alam yg Mak Da kunjungi itu..

Alahaii...

6 comments:

Anonymous said...

Takziah. Alfatihah untuk arwah.

Masy said...

takziah utk keluarga allahyarhamah. alfatihah~

Unknown said...

Salam Pokcik.
Takziah dari kami sekeluarga dan semoga roh Mak Da ditempatkan bersama-sama orang mukmin. Amin.

Mersik said...

Zalisa_maz
masy
Opah De ,

Terima kasih diatas salam takziah itu. Semoga rohnya tenang disana. Dan kita yg hidup ni harus meneruskan hidup dengan penuh insaf.

Tiada yang kekal di bumi Tuhan ini.

Anonymous said...

salam takziah buat keluarga Hajah Rugayah binti Hj Abdul Rahim.

semoga rohnya dicucuri rahmat...setiap yang hidup pasti akan pergi...

Al-Fatihah

wassalam

Mersik said...

sharifah - terima kasih byk2. Sy pasti keluarganya sangat2 menghargai.. Inilah saja yg dpt kite sumbangkan diantara sesama insan, yang berlainan alamnya.

Mudah2an..