Thursday, October 08, 2009

Wak Bunat...


Beraya rumah Wak Bunat memang seronok. Siap ada katil di tepi ruang makan. Memang cantekk...

Dulu Wak Bunat agak kamceng dengan pokcik. Kami yakni Wak Bunat, Pak Dolloh, Tok Lipat dan beberapa oang lagi adalah di antara generasi budak-budak nakal Kg Parit Sangat awal 50an dulu. Banyak kali jugak pokcik tidur sekatil sebantal di rumahnya. Kami memang mesra. Oh, zaman kecik-kecik kami sangat meriah.

Kini, Wak Bunat dah sakit teruk. Jalan pun dah ketar-ketar. Kakinya tak boleh berdiri lama, kadang-kadang tu bengkak. Itu fasallah ada katil di tepi ruang. Senang dia nak bergerak di bawah. Tak payah susah-susah naik turun tangga masuk ke bilik atau ke mana-mana yang jauh.

Bila masa raya ni, pokcik mengambil peluang menziarahi kawan nan lama ini.

Oang lain sibuk mengadap juadah, menyentak mana-mana kuih yang ada sambil dilayan oleh oang umah, anak-anak dan cucu cicit Wak Bunat. Suasana sungguh riuh.

Pokcik pula,

Baring dengan Wak Bunat, siap selimut sekali. Berborak-borak sampai sesekali melekek ketawa mengenangkan kisah-kisah lama.

Alahaii... Memang tak semenggah langsung! Tapi, apa kan daya, kita kawan lama.. kan Bunat kannn?

Hik hik

4 comments:

miloais said...

salam pokcik....

masih dlm bulan syawal... tak salah kan saya ucapkan selamat hari raya... selamat makan2 di open house...

alahai... gelak baca...
sempat lagi tu.. baring2.. berselimut bagai

kekekeke

maza said...

panjang perjalanan, banyak pula pengalaman.. kalau dikenangkan pastinya meriah suasana.. ingin sekali kembali ke alam itu..

tapi apakan daya, alam syurga lagi power tarikannya.. kan pokcik kanzz.. heheheh

maza said...

panjang perjalanan, banyak pula pengalaman.. kalau dikenangkan pastinya meriah suasana.. ingin sekali kembali ke alam itu..

tapi apakan daya, alam syurga lagi power tarikannya.. kan pokcik kanzz.. heheheh

Mersik said...

Miloais - Yer yer , raya lama lagi ni. Selamat hr raya.. hu huu.
Alah selimut2 je.. mujur tak dengkur2 kekekek...


Maza - Uii betul tu.. Tapi oang kata bila dah tua sesangat, kita kembali ke zaman budak2 balik. Hmm tah la.. kalau betul la.. uii seronok nyerr... hik hik