Wednesday, October 07, 2009

Mengunjung...


Pokcik keluar dari bilik lalu menggosok mata. Cuaca sedikit panas. Sedap betul dapat tidur lama ni. Kelihatan, Tok Lipat sedang sibuk mencari entah apa di lemari lauk. Barangkali cari mancis rokok daunnya yang selalu hilang dibawa main dek cucu-cucunya.

Pokcik kelip-kelip mata. Di atas meja terhidang juadah raya, berplastik-plastik dan berpeket-peket. Ada rendang, kuah kacang, sambal udang, ketupat dan macam-macam lagi. Selera makan tiba-tiba pula naik memuncak.

‘Wahh, dah raya rupanya. Apasal la dowang ni semua tak kejut aku makan ni. Sampainya hati.. hu hu.” Pokcik merengus perlahan lalu menarik kerusi. Semua makanan nampak begitu menggoda.

“Lama betul kau tidur. Mesti penat jalan jauh ni. Maklomlah, sesekali balik kampung.” Sapa Tok Lipat apabila menyedari kehadiran pokcik. Namun dia tidak menoleh sementelaah terus-terusan mencari sesuatu.

Sebaik saja dia berpaling.

“Astaga! Hoii. Apa kau buat makan tengah-tengah hari ni?” jeritnya sambil melopong melihat pokcik sedang asyik mengunyah ketupat dan rendang.

“Aiks, bukan ke dah hari raya. Aku makanlah...” jawap pokcik penuh yakin.

“Ish..ish... oang tua ni. bertebiat ke hapa? Raya ke bendanya? Itu lauk Mak Salemeh hantar untuk mengunjung.” Sepontan Tok Lipat membalas.

“Hah, mengunjung?” Serta merta tekak pokcik jadi payau dan tersangkut. Lalu segera pokcik bergegas ke sinki memuntahkan mana yang sempat sambil berkumur-kumur.

“Aiseyy.. lupa la plak, maklomlah... oang tua.” Pokcik tersengih malu sambil mengesat mulut.

Tok Lipat ketawa besar. Mujur tiada ada orang di dapur. Kalau tidak... tentu kantoi.

“Kau ni macam dah lupa pulak, time-time ginilah oang selalu mengunjung,” bebel Tok Lipat lagi.

Pokcik menepuk dahi. Baru teringat. Mengunjung adalah tradisi masyarakat di kampung ni, terutamanya masyarakat jawa, yakni mengunjungi dan memberi makanan ( lauk-lauk raya ) lebih awal sebelum tiba Syawal.

Ada yang buat pada 15 Ramadan, ada juga yang buat sehari sebelum raya. Bila dah lauk banyak atas meja ( kerana ramai yang mengunjung ) tu yang pokcik ter eksiden tuu.. kerana terlupa. Ingatkan juadah raya.

Alahaii..

4 comments:

Tie said...

Salam pokcik.

Eh, tak pernah pulak Tie tahu tentang adat ni... Walaupun Tie bukan asal jawa, kawan2 Tie pun tak pernah beritahu.

Juadah tu untuk diberi makan kepada siapa, pokcik ?

maza said...

wakakaka....

kalau maza lah pokcik, tentu telan dulu sambil kenangkan, betul ke masih puasa lagi!

wakakakak

psst: rezeki tak sangka2 namanya tu!

hehehhe

Kak Zue said...

pokcik..kak long pagi raya baru sibuk tolong mak bungkus makanan bagi kat rumah2 sebelah kiri kanan..ehehehe maklum ler malam raya dok sibuk masak lagi..eheheh

Mersik said...

Tie - Eh ader pe. Kalau belah2 Johor tu menghala ke Pontian, kawasan kg2 n parit2 tu mmg ramai oang jawa dan tradisi tu semacam perlu. Juadah tu utk oang yg ada di umah tu la.. dlm erti kata lain, tak yah masak2 , berbuka lauk ini je.. hik hik


Maza - Hik hik, amboiii.. mmg nk wat cam tu pun. Bila dah kena sergah, nk wat cam mana? takkan nk kata lupa juga.. hik hik


Kak Long - Itu la.. boleh juga. Tp pagi rasa tu mekanan berlambak2 la atas meja. Ramai yg menghantarkannya.. Eh, umah pokcik tak dapat punnn? hik hik