Wednesday, March 18, 2009

Leha...


Sesekali mendengar lagu-lagu lama di curung radio buruk pokcik ni, memang boleh ternaik syoknya. Mujurlah ada stesen Klasik Nasonol yang sangat-sangat perihatin pada permintaan oang tua ini. Maklomlah, zaman sekarang lagu-lagunya keras-keras dan rancak-rancak. Melodinya entah apa-apa lah. Lebih bingit dari bising.

Ada sekali tu.. pokcik tertanya-tanya sendiri apabila mendengar satu lagu oleh seorang penyanyi baru ni. Dahlah dulu beriya nak nyanyi, bila dah dibagi peluang, direkodkan suaranya tak menyanyi pulak. Asyik menceceh-ceceh, bercakap laju-laju dengan rentak irama yang sangkut-sangkut gitu. Entah la oang kata itu irama hip-hop. Pokcik kata hickups je.. hik hik

Berbalik pada lagu Klasik Nasonol tadi, maka setelah agak lama melayari halwa teliunga, tiba-tiba terdengarlah lagu seorang penyanyi yang dah lama pokcik tak dengar. Sapa lagi kalau bukan di Leha tu. Alahhh takkan tak kenal, Lehaa yang nyanyi lagu kerana pengalaman, dangdut reggae-reggae, nasib janda, joget burung merpati dan banyak lagi. Ish. Ish.. kamu ni nampak benarlah tak tahunya.

Leha ni memang popular di zaman 70an dan 80an. Masuk je 90an dia dah mula slow. Kalau dengar suaranya yang manja dan menggebu-gebu bak buluh perindu tu, hati boleh jadi tertawan gitu. Lidah boleh jadi kelu. Lengguk nada syahdunya memang tak jemu didengar telinga. Belum lagi raut wajahnya yang waktu itu cun-cun ayu, yang menjadi igauan anak-anak muda, termasuklah pokcik juga. Hik hik..

Apa-apa pun layan la lagu dia ni, yang pokcik teramat-amat suka sekali. Santai dan menikam kalbu hingga tidak sedar hati diserang oleh asyik dan rindu pula kekek..

Agak-agak kamulah, kalau pokcik yang nyanyi lagu ni.. siapa ya yang sesuai berduet dengan pokcik?

Hik hik


Semurni Kasihmu Sesuci Kasihku – Zaleha Hamid & Aziz Ahmad

Bertiup sang bayu senja
Burung terbang ke sarang
Tanda matahari hilang
Cahaya dibumi

Bertambah indah suasana
Pungguk bertemu bulan
Hilang segala duka
Masa remaja

Sejernih embun sesegar pohon
Segar lagi cintaku padamu
Sesayup awan setinggi gunung
Tinggi lagi harapan padamu

Apa benar begitu
Bulan kan terbit tinggi
Cahaya menerangi alam
Luas semesta

Kalau begitu tuan
Kuserah hati ini
Jangan kau bimbang lagi
Kau kasihku


5 comments:

Nadia Yuna said...

salam singgah pokcik =)

sufiyyah zulkifli said...

meh saya aje yg duet dgn pok cik. he3

reen said...

duet ngn eden pon ok gak,den suko bonar ngn mkcik zaleha 2...hahaha..den slalu karaoke ngn pokcik den lgu p.rmlee&saloma...hikhikhik..laaaaayaaaan..

molldanny said...

klasik gitu...

Mersik, u kena tag!

Mersik said...

Nadia Yuna - Uii.. singgah2 je ke? Duduk la dulu.. borak2.. cam lama tak kemarii hik hik *wink*


sufiyyah zulkifli - Hik hik nak berduet leh saja.. Nak mintak duit. waaaa... hik hik


reen - Ooo.. bley ka.. pokcik nye suara tinggi notanya, kadang2 sampai tak keluar suara.. kadang2 sampai nak tertanggal gigi nak dobatang tu.. hik hik..

Kim salam kat pokciknya yer.. ada masa leh aa ngeteh2 bersama hik hik


molldanny - Tag? hiyaaaa