Thursday, March 12, 2009

Jemu...


Di warung depan simpang Parit Sangap itulah kami selalu berkumpul setiap kali berjumpa. Pokcik, Tok Lipat dan Pak Dolloh pengunjung yang setia. Lain-lain manusia, datang dan pergi begitu saja. Maklomlah, Warong Noyon hujung simpang tu memang popular.
Orang dari kampung sebelah menyebelah pun ada datang menyinggah bila tekak teringin nak pekena roti canai atau nasi lemak. Belum lagi masuk teh tarik yang tak boleh ditolak-tolak keinginannya untuk merasa.

Wak Semenggah antara pengunjung yang selalu kami jumpa. Setiap kali tersuanya sedang mencicip kopi dan roti canai , dia akan mengangkat tangan dan difollowi oleh salam mesra.

“Bila sampai? Lama tak jumpa?” Domikian la mukadimah yang sering keluar dari mulutnya. Komdian, apabila keadaa menjadi terlalu mesra, dia akan memulakan perbualan kami dengan kisah-kisahnya yang tersendiri.

Cuma masalahnya, saban kali pokcik dan kawan-kawan tersua dengannya di warung itu, saban kali jugalah pokcik mendengar cerita yang sama. Tanpa berobah walau sefakta pun. Kami dapat menjangka cerita-cerita seterusnya.

Hakikatnya, dalam fikiran Wak Semenggah sudah semacam satu rekod untuk perkara-perkara yang sangat terhad. Kadang-kadang juga ketersasulannya menyebut nama kami bertiga membuatkan kami jadi bertambah ngeri.

Barangkali, itu adalah lumrah apabila ketuaan yang menjadi-jadi. Namun, kami biarkan saja orang tua itu. Lagi pun, dia lebih tua daripada kami. Kami kena hormat. Selepas itulah baru kami terasa hendak memperlekeh dan mengutuknya. Maklomlah, kami pun manusia juga dan dalam dada ini juga ada sekelumit perasaan yang sedikit jahat dan jaki.

Bila difikir-fikirkan balik, begitulah kita bila sudah semakin lama hidup di atas muka bumi ini. Jadi tua dan dilupa. Namun proses untuk menjadi tua bukannlah sesuatu yang menyeronokkan. Memang kampung Parit Sangap banyak mengajar pokcik untuk menilai diri sendiri selain memikirkan pada hal-hal akan datang.

Agaknya, apa pendapat oang, bila setiap kali pokcik menyapa ,

“Uii.. wat pe tuu?”
“Lama tak nampak? Lamaaaa gitu.”
“Bersungguh nampak. Bz ek...”
“Biasa la.. sihat-sihat oang tua.”

Kadang-kadang pokcik terfikir juga akan perasaan kamu ketika melayani bicara ini.

Adakah perkataan-perkataan yang biasa-biasa itu terluah tanpa perasaan dan detik pemula bicara? Maksudnya, “pop” ia hanya keluar begitu saja dari mulut pokcik. Ntahlah pokcik pun tak tahu.

Kebiasaan atau memang datang dari hati?

Adakah pokcik juga dalam proses untuk menuruti perilaku dan pericakap Wak Semenggah?

Oh, Tak dapat dibayangkan.

Alahaii...


Nota cagu :

Pada sesiapa yang sudi melayan pokcik saban hari tak kira malam atau siang, pokcik ucapkan terima kasih daun keladi banyak-banyak. Walau apa pun rasa ( nyata atau skema ) yang timbul pada hati kamu dalam melayan oang tua ini, pokcik sangat-sangat menghargainya. Lagi pun oang-oang tua cam pokcik ni bukannya lama sangat nak hidup.

Kepikunan membuatkan pokcik sering lupa. Keuzuran pula menambah rasa malas untuk pokcik melawat kamu tiap-tiap hari.

Saat ini, ketuaan berlalu dengan amat drastik sekali.

Dan pokcik tidak berdaya.

7 comments:

INTAN said...

syadu aje pokcik ayat bawah tu..sob sob

Nek Cun said...

Pokcik... janganlah syahdu sangat camtu... terasa tersangat tua lah plak nekcun bila pokcik kata lagu tuh!...emmm... entah mahu ke tidak lagi anak cucu menziarahi nekcun kerana bagai pokcik kata, kekadang ketuaan itu membuat nekcun tak larat nak menjengah anak cucu selalu...

umar_skyscooter said...

Aslkm,nice blog,erm nk jmpt tuan rumah ke blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,n jgn lupe linkkn blog ni yer,ok bye

Mersik said...
This comment has been removed by the author.
Mersik said...

Intan - Syahdu? Waaa pokcik lagi syahdu tau.. hu huu

Nek Cun - Alahaii.. InsyaAllah tidak. Sema anak2 n cucu sayang kat NekCun pe? Doa2lah yg terbaik buat mereka.

Tua itu pasti sebegaimana juga mati. Nikmatilah hidup ini dengan seadanya serta ceria sentiasa..


umar-skyscooter - mekasih ler kerna sudi ke mari. Nanti pokcik gi sana aa..

sufiyyah zulkifli said...

hurm.
pok cik, buat saya orang muda rasa bersalah pula tidak menyelami orang tua.
hurnm,
teringat ada satu kata-kata,
lebih kurang begini,
"bergaullah dengan orang yang berumur 70 ke atas dan 6 ke bawah"
^-^

Mersik said...

sufiyyah Zulkifli - betul tu.. oang tua byk pengalaman, banyak makan garam. Sbb tu dowang salu kena darah tinggi..hik hik..

Apa2 pun.. tua itu pasti, kalau maut tidak menjemput dahulu..

Kurang2.. ngeteh2 ngan oang tua pun jadi la... hik hik