Thursday, February 12, 2009

sebabak...

Di satu remang senja, di tepi jeti yang merah mentarinya, dalam drama sebabak sewaktu lena diawal pagi.

Pokcik : Kenapa tak makan mee jawa tu? Sedap pe?

Mamaih : Hmm tak de selera la ( sambil berpaling mengadap laut)

Pokcik : Alahaii. Janganlah cam tu. Makanlah walau sikit pun. Kalau tak cukup, leh order lagi. Nanti kalau awak tak makan, siapa yang susah? Saya juga...

Mamaih : Oh, begitu ke? Wah, perihatinnya awak. Tak sangka gitu. Awak ambil berat tentang diri saya? Sooo gentle.

Pokcik : Eh, bukan cam tu..

Mamaih : Hah? Habis tu?.

Pokcik : Yo la, kalau awak tak makan, saya juga yang kena makankan. Lepas tu, kalu dah makan banyak-banyak, meragam pulak perut ni. Komdian, semua penyakit datang bertandang. Saya juga yang susah lepas tu..

Mamaih : Argkhss…, benci nyerrr.. ( sembil hentak-hentak kaki dan berlari lalu terjun ke laut) Debushhh!!!

Pokcik : Mamaihhhh….! Ohhhh tidakkkkkkkkkkk…..


*plop*

Dan mimpi itu begitu-begitu saja perginya.. hik hik

12 comments:

sufiyyah zulkifli said...

uiks. hahaha.

Tie said...

Pokcik rindu kat mamaih ke??

dS said...

Mimpi gara-gara gawat ke?

~_~

Nek Cun said...

Ini mesti kes tidoq tak basuh kaki dulu nih!... Tu ler nekcun dah banyak kali nasihat, cari jer ler mokcik tu cepat-cepat, jadi kalo mimpi pun, bila dah bangun ada gak yang nak dipandang...hehehe...

masni qisrine said...

ending dia klasik la pokcik

huhuhu..T_T

Ainin Naufal said...

tragisnya mimpi tu!

sharifah said...

pokcik rindukan mamaih eh...kesiannya, bawa mengucap, mamaih kan dah lama meninggal...banyakkanlah sedekah untuk mamaih eh...heheee

kuIna Jentayutiara said...

mimpi rupanya....

© Opah De said...

Hmm... siapa ek Mamaih tu?

Mersik said...

Suffiyah Zulkifli - Hik hik


Tie - Hik hik rindulah juga sikit2. kang kata tak rindu, bohong plak.. hik hik


DS - Hu huu gawat di hati, membaluk pilu.. hu huu


Nek Cun - Alah, yg senang tu la sebenornya yg susah. Apakan daya.. diri ku insan biasa.. hik hik.. ( bangun tido, pandang2 ada Cik Tom la plak kekekek )


Masni Qisrine - Oo.. itu sbb pokcik kadang2 suka dengar radio Klasik Nasonol.. hik hik


Ainin Naufal - Sangat2 tragik sob.. sob..


Sharifah - meninggal? Oooo tidakkkk... toin! toin! (koma jap) hik hik


KuIna jentayutiara - jeng jeng jeng.. suprise!


Opah De - Tah la.. dlm mimpi ianya samar2 gitu.. ala2 mamey kut.. yg dgn norman haking tu.. kekekek

Rasha_rz said...

sebabak yg singkat, cuma. pun begitu, hargainya meski sesingkat mana...........

Mersik said...

Rasha_rz , hik hik..teringat lagu lama, Tika dan Saat ini - medicine , hik hik