Monday, December 29, 2008

TERBARU : Dol Leman - Misteri Hantu Getah.

Aiseyman , Dol Leman yang terbaru sudah pun keluar covernya. Bermakna dalam 2,3 minggu lagi, insyaAllah... adalah tu di pasaran.

Kali ini Dol dan kawan-kawannya menyelesaian misteri apa ya? Hah!Misteri Hantu Getah. Ish, ish, dasat tu... Apa-apa pun, layann...

Cuti sekolah sudah bermula. Dol dan kawan-kawannya, Suppa, Ku Chai dan Yaya mengikut Tok Sukin menziarahi sahabat-sahabatnya di Kampung Langot, suatu kawasan terpencil dan terletak jauh ke dalam hutan. Di sana, suasana kampung yang nyaman dan sambutan penduduk setempat yang ramah-tamah membuat mereka semua berasa seronok.
Mereka juga bertemu teman baru iaitu Apit, yang tinggal bersama datuk dan neneknya di dalam ladang getah di belakang rumah tumpangan mereka. Dalam sekelip mata saja, Apit sudah menjadi rakan baik mereka.

Hinggalah mereka dikejutkan dengan kes kecurian getah yang berlaku di kampung tersebut. Lebih mengejutkan mereka apabila Apit dan keluarganya disyaki sebagai pencuri dalam kes ini.
Dalam masa yang sama, timbul pula kisah lain, iaitu kisah hantu-hantu yang dilihat orang berkeliaran di kebun datuk Apit.

Adakah rumah yang mereka duduki juga berhantu?

Adakah mereka akan berjaya menyelesaikan misterinya?

Tugas mereka semakin rumit. Misteri di ladang getah tersebut sangat mencemaskan.

Sedangkan... mereka sukar untuk melarikan diri dari kawasan yang terpencil itu.

10 comments:

sufiyyah zulkifli said...

alahai pok cik.
nanti tolong karang cerita tak berhantu ya! :D

-innocent-

m.q said...

pokcik nk sign otograf :)

alias derais said...

wei geng. tahniahlah atas daya usahamu itu. giatkan lagi berkarya. moga sukses selalu.

Unknown said...

Uiiii... seramnya tengok hantu casper tu... keh keh keh. Tahniah Pokcik.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Mersik said...

suffiyah zulkifli - Err.. err.. hantu olok-olok boleh tak? hik hik


masni qisrine - Hik hik bley je. Tapi kena ngeteh2 dulu.. hu huu


Alias Derais - Ooo.. mekasih daun keladi. cikgu tuu apa kurangnya.. lajuu je , takdak brek2 hik hik..


OD - Hiyaa seram ka? gegegege.. mekasih daun keladi.. sengih2 selaluu. yihaa

NURAZZAH8 said...

pokcik, dalam diam....keluar lagi satu buku cerita Dol Leman....pokcik tolong sign autograf satu, nanti saya bayar... kalau pokcik malas nak gi pejabat pos, rasanya boleh masukkan dalam peti surat rumah saya je... rumah saya lagi dekat dari pejabat pos tuh ...hehehe....

Mersik said...

Pn. Nurrazah - Oh, tak de masalah. InsyaAllah.. kalau dah siap cetak nnt.. pokcik gii aa sana.. Ada makan2 takkk? kekekek.. Saja je

Bila Diary Bercerita said...

emm...nak beli dan hadiahkan buku ni sebagai "hadiah harijadi" kira ok gak kan...

Mersik said...

Aishah Jamal - Uii.. molek sesangat la tu.. dengan syarat yg menyambut hari jadi minat lawak jenaka dan ceria selalu.. hik hik.

Ceh, ceh nak kasi sapaa tuu?