Wednesday, July 16, 2008

durian... (2)


Lewat malam itu kami berdua diserang panas yang dahsyat. Tubuh seperti berasap-asap saja. Dalam berbaring pun nampak seperti keresahan saja, berbalik salah, menelentang salah, mengiring pun salah, macam cacing kepanasan.

“Tu lah, makan lagi banyak-banyak, sekarang dah tak boleh tidur.” Pokcik mula mengomel. Kalau tidak kerana Tok Lipat yang mengajak makan durian di gerai Pak Saidi tu, pokcik tentu tidak jadi kepanasan begini.

“Ye la tuh, aku cuma ajak-ajak ayam saja. Kau tu yang melantak macam orang lupa diri,” sangkal Tok Lipat.. sambil duduk bersila mengipas badannya dengan surat khabar lama. Namun, kehangatan masih tak mau hilang.

Kemudian dia berbaring semula sambil mengeluh-ngeluh lagi, macam budak kecik yang susah nak tidur, meragam saja kerjanya. Pokcik geleng kepala. Entah bilalah kami akan masuk beradu ni. Malam sudah semakin larut.

“Apa kata kita pergi rumah Pak Dolloh nak?“ cadang Tok Lipat tiba-tiba. Pokcik tersengguk kepala.

“Iksh… apa kejadahnya nak ke sana malam-malam buta ni?” soal pokcik sedikit hairan. Lainlah kalau tersampuk hantu atau nak belajor mengaji, bolehlah ke sana malam-malam.

“Umah dia kan ada ekonnnn…” jawab Tok Lipat lemah.

“Hiyaaa….,” Pokcik mendengus lagi..

Alahaiii…

9 comments:

Abang Long said...

Bila pokcik nak pasang ayer-kondisen ?

Rai said...

Pokcik,
Kat depan opis saya di upm ni durian berjuntai paras lutut je...drebar2 yg lalu tepi tu sure geram nak gi rembat je.Apakan daya,nak masuk ke ladang upm ni kena 'tol' dulu.

masni qisrine said...

loh...makan durian xajk sy pun

kuInaJentayutiara said...

2 la pokcik.. lupa petua org2 tua.. ambik isi buang kulit ha kan padah.. lenkali kulit jgn dibuang terus buat gelas minumn. hehehe..

sy tak pasti petua nie betul ker tak sbb sy tak makan durian!

Tie said...

Amboi..pokcik mkn durian tak pelawa kita.. tulah.. kan dah panas.. kat ganu ni durian berlambak gak tapi bila hubby beli, isinya keras sikit.. cian kita..kalau ada lebih tu poskan kat sini.. he he...

Mersik said...

abang long - bila "konsisi ayer"nya dah stabil.. hik hik


rai - Alahaii, tak apa. cari jek kat tempat lain.. boli dua tiga biji, makan aa soang2 sampai kenyang.. malam nnt, siap aa berkipas2 kekekek


masni qisrine - Uii ajak aaa...meh la meh laa


jentayutiara - Hik hik petua tu pun pokcik dah cuba.. biasa la.. badan dah sezen ni, petua apa pun tak jalan.. Nak kena duduk bawah ekon jugak hu huu hik hik


tie - memang durian ni macam2 ado.. tapi pokcik tak kisah.. dah oang bagi pokcik sapu jek la.. nk yg sedap2 kena cari belah siam kut..

aishah jamal said...

Saya suka baca blog Pakcik ni.saya linkkan diblog saya ye..
Satu soalan cepumas, betul ke kat atas tu gambar pakcik?
he..he..he..

Mersik said...

Aishah - Uii terima kasih la daun keladi kerana suka membaca di sini. Hik hik bley nk linkie2 , apa salahnya hik hik..

Gambar kat atas tu?

Alah, tak apa.. pokcik dah tahu, dah tahuu. Nak kata pokcik ni hensem kan? auww.. malu gitu ah... hik hik

nadia yuna said...

doyan doyan doyan

demam jap

=p