skip to main |
skip to sidebar
- Zaman pokcik dulu-dululah, awal-awal 80an, kalau kita mintak kerja di tapak-tapak pembinaan, jarang sekali yang tak dapat kerja. Dengan syarat kita rajin dah mahu belajar. Kemudian sabar ikut orang sana, orang sini buat kerja yang berlainan. Cuma waktu itu gajinya sangatlah kecik, dalam 7,8 ringgit sehari. Sebab itulah orang tak sanggup. Kerja kasar, gaji ciput. Namun ada juga orang yang terus kerja.
- 30 tahun berlalu apabila sektor-sektor pembinaan naik mencanak-canak di serata negara. Bangunan-bangunan baru mencakar langit mula didirikan. Ramai tenaga di perlukan. Apabila buruh tempatan semakin bekurangan maka terpaksalah diimport buruh-buruh dari Indon, Bangladesh, Mynmar, India dan lain-lain lagi. Beberapa orang pekerja di tapak-tapak peminaan yang pokcik temui dan ramahi, rata-rata di antara mereka boleh dapat gaji yang cukup lumayan. Bayangkanlah dalam sehari kerja mereka boleh mendapat hampir RM 100, termasuk duit minyak ( kalau berkenderaan ) dan juga duit makan. Kalau mereka bekerja di bawah tauke kontraktor kecil, ubahsuai rumah dan sebagainya, lagilah mahal gaji akan diberi bergantung kepada kepakaran mereka.
- Patutlah orang-orang asing ini jadi mewah apabila datang ke sini. Kerja bagai cendawan di musim hujan Tak pernah yang tiada. Apabila orang kita menjadi semakin malas, mereka tetap konsisten dengan sikap rajin dan merendah diri. Orang kita memang kadang-kadang tu pemalas. Setakat uruskan hal sendiri yang senang-senang pun malas. Nak basuh kereta, kemas rumah, cuci tandas hinggakan nak cabut rumput sekangkang kerja depan rumah pun upah orang. Sedangkan orang asing sudah mula menguasai sektor-sektor cuci tandas, dapur masak restoren, pertanian, perladangan, ternakan dan lain-lain lagi.
- Maklomlah, kita nak jadi orang besar, nak tingkatkan hidup, tak mahulah kerja-kerja yang memenatkan ni. Bila orang kita tiada kelayakan dan tak berapa pandai, tak mahu pula meniaga, kerja kontrak atau apa saja. Balik-balik harap subsidi je. Kadang-kadang kasihan tengok muda-mudi sekarang yang khayal dan alpa dengan nikmat dunia. Nikmat negara kita yang permai dan mewah ini.
- Kalau kita keluarga mampu, apa salahnya. Memang duit boleh membeli segala-galanya di dunia ini. Itu yang kebanyakan orang fikirkan. Namun dalam hati pokcik terselit perasaan risau. Ini bukan hendak cerita kisah esok lusa. Ini kisah berpuluh-puluh tahun akan datang zaman anak cucu dan cicit kita nanti. Dan orang-orang asing ini tak mustahil akan datang menjadi pakar dalam bidang mereka dan menjadi boss pula. Kita pula yang terhegeh-hegeh mengemis kerja. Kita akan jadi kuli pada mereka pula. Dan mereka pun ada hati hendak jadi rakyat kita sebab sudah duduk dalam negara lama.
- Sekali lagi, konflik sewaktu kemerdekaan dahulu berulang kembali.
- Jadi, sebelum mimpi ngeri jadi lebih ngeri dan masalah besar bakal melanda, eloklah kita melihat kembali senario hari ini. Rajin-rajinlah memikirkan masa depan dalam skop yang lebih jauh. Kalau mampu kita buat sesuatu, kita buatlah apa yang terdaya. Memang kita kadang tidak punya suara dalam kerajaan tapi kita boleh naikkan taraf hidup kita sendiri selain memberi kesedaran tentang jati diri.
- Ini negara kita, tanah tumpah darah kita. Jangan pula suatu hari nanti kita jadi hamba di tanah sendiri.
No comments:
Post a Comment