Dulu-dulu memang pokcik jahil.
Orang sambut Hari Valentine, pokcik pun nak sambut juga. Cumanya, orang ada kekasih, pokcik tak ada. Sekadar perasan-perasan yang si dia tu kekasih pokcik, ada lah. hik hik.
Pun begitu tiadalah juga kemaruk pokcik nak membeli hadiah itu ini dan diberi kepadanya secara sembunyi-sembunyi. Konon secret admire lah. Maklomlah, pokcik pun tak mampu gitu. Dan lagi, budaya melayu dulu mana reti nak bagi coklat-coklat atau anak patung beruang. Setakat bunga-bunga tu ada la sikit-sikit.
Beberapa tahun kemudian apabila pokcik semakin dewasa dan memahami sebab musabab hari itu diraikan, barulah terasa bodohnya diri ini. Dangkalnya fikiran ini. Mengikut membabi buta tanpa usul periksa. Setiap apa yang dibawa penjajah bukan semuanya baik, apatah lagi berkenaan budaya dan pemikiran mereka yang jauh menyimpang dari nilai-nilai murni pegangan kita sejak dulu.
Entah ada lagi ke tidak oang kita sambut valentine-valentine ni? Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini? Zaman orang muda gitu. Harap-harap dengan maklumat-maklumat kesedaran yang di sebarkan berkaitan sejarah perayaan ini, sekalian umat Islam khususnya orang kita, akan sedar. Anak-anak muda tidak tergopoh gapah hendak meraikannya. Tidak sabar-sabar bertemu kekasih hati untuk merayakannya. Kelak nanti bahana yang bakal menimpa lebih teruk lagi. Ya lah, kamu faham-fahamlah sendiri bila pergaulan terlalu bebas dan mereka menganggap hari mengingati kekasih ini sebagai hari penting untuk mengatakan , i lap u.. maka buktikanlah ke lap u an mu itu..pada ku. Marilah kita berserah... ish ish.
Lagi pun, apalah guna hendak meraikan kasih sayang beriya bebenor pada hari yang satu ini sedangkan tiap-tiap hari kita di galakkan berkasih sayang, sesama keluarga, suami isteri, adik beradik, saudara mara dan insan insani.
Pokcik sekarang memang tak hairan dah dengan hari valentine ni. Pada pokcik ini adalah hari di mana bunga-bunga, coklat dan anak patung beruang naik harga dengan mendadak. Dan mereka-mereka yang kurang sedikit akalnya di luar sana akan berebut-rebut membelinya.
Alahaii.. kadang-kadang perangai manusia ini pelik sungguh.
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
4 comments:
betul tu pokcik.. mereka yang duk sambut valentine sekarang ni kebanyakannya wat benda tak elok. kononnya bukti cinta. padahal, buruk padahnya...
;) setiap hari adalah hari cinta kan pokcik.. hehe
p/s: pokcik ingat dni lagi tak.. dni dah lama tak mengomen kat blog pokcik.. segan. hik3.. larikssss
err..kalau bikin bubur kuning bikin doa selamat kat surau2 volleh tak pokcik?
hahahha
salam maulidru rasul gitew
setiap hari adalah hari untuk berkasih sayang - kasih dan sayang kepada ibu dan ayah - adik, abang - kakak, atok, nenek...
tak perlu valentines bagai semua ni....
Pokcik, jangan sambut2 valentine tu!.. Depa2 tu sajer nak sesatkan minda-minda orang kita jer!... Kekasih kita kan Allah & Nabi Muhamad yang sentiasa ingat kat kita walaupun ada antara kita yang tak ingat pun padaNYA...
Selamat Menyambut MalidulRasul, kelahiran Nabi Muhamad yang kita cintai...
Post a Comment