Pada tiap kali hujung minggu, banyak rancangan tiwi yang memaparkan siri realiti berunsurkan hiburan. Begitu juga dengan anugerah atau pertandingan yang bersifat seni. Barangkali inilah yang kebanyakan orang-orang suka buat di hujung minggu terutamanya orang-orang muda.
Hampir-hampir terpeleot leher pokcik menggeleng kepala. Pokcik tidak berapa gemar dengan keadaan ini. Lebih kepada kesal pun ada. Kesal dengan anak-anak muda yang lebih suka mengejar peluang untuk jadi penyanyi, pelakon, pelawak dan sebagainya dari pada mencari jati diri dan sesuatu yang member faedah dunia dan akhirat .
Walaupun peluang berjaya dalam rancangan itu , satu antara berjuta, mereka tidak putus asa. Sanggup datang dari jauh, beratur berjam-jam, sanggup mengorbankan tenaga dan wang ringgit walau akhirnya terpaksa menangis kecewa.
Alangkah baiknya kalau semangat yang begini mereka gunakan untuk merencana hidup yang berfaedah. Memikir bagaimana hendak berjaya di dunia dan akhirat. Sepanjang kehidupan pokcik ini, amat kurang pokcik perhatikan anak-anak muda yang berjaya. Kalau dulu, di kampong anak-anak mudanya rajin-rajin belaka, membanting tulang empat kerat untuk menyara hidup. Zaman sudah berubah, selain tenaga, otak dan minda yang cergas yang betul arahnya juga di perlukan. Tak perlu susah-susah masuk kebun, ladan atau sawah. Sekarang zaman computer. Banyak orang boleh jadi kata dengan hanya memikirkan idea dan bekerja secara duduk saja.
Dalam keadaan dunia kita yang penuh dengan anak-anak muda yang suka berhibur, suka berluma-lumba di jalanan, suka di khayalkan dengan perkara-perkara yang melalaikan, di luar negara sana terutamanya di timur tengah, anak-anak muda sedang bangkit berjuang menentang kezaliman pemerintah hingga ada yang gugur syahid.
Kata bijak pandai, kalau kita hendak mengetahui berjaya atau gagalnya sesuatu negara itu, lihatlah pada anak-anak mudanya.
Pokcik teringat lagi pada kata-kata Pak Harpan, dalam pilem Laskar Pelangi sewaktu dia sedang berbicara dengan anak-anak muridnya.
Katanya , “ Hiduplah dengan member sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya.”
Begitulah impian kita...
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
2 comments:
Betullah apa yang pokcik kata tu... Depa orang2 muda ni tak ingatkah dunia dah dekat sangat nak kiamat ni... Tengoklah gempa bumi dan sunami dah di merata dunia sebagai amaran Allah kepada hambanya yang masih belum ingat!...
Betul pokcik. Ramai anak2 muda sekarang lebih gemar berpeleseran habiskan duit berbanding mencari kehidupan sempurna. Tapi xsemua pun begitu.. ;))
Post a Comment