Di Mekah sana, barangkali para jemaah sedang bersiap2 untuk terbang pulang ke tanah air. Sebelum tu, mereka hendak bershopping2 dulu membelikan buah tangan untuk keluarga di rumah. Setidak-tidaknya, kopiah atau tasbih sorang segelung. Musim haji sudah pun berakhir. Oh, sungguh tidak terasa gitu cepatnya masa berlalu.
Aidil Adha memang sudah lama berlalu. Rasa bagai semalam je ianya berlaku. Haiwan-haiwan korban pun telah selamat ditumbangkan dan dagingnya diagih-agihkan kepada yang berhak.
Seperti tahun-tahun yang lalu, pokcik pun tumpang meraikannya di surau berdekatan. Saja menghadirkan diri memeriahkan suasana walaupun bantuan yang dihulur tidak sebanyak mana. Hendak tolong pegang lembu, tenaga dah tak kuat. Buatnya diterpa sang lembu yang sedang naik angin, abih patah tulang temulang pokcik karang. Nak tak nak duduk ler tepi padang melihat orang ramai bergasak-gasak dengan lembu selain melancarkan ibadah korban tersebut.
Sambil tu, pokcik jerit2 manjalah kat Pak Akop sang penyembelih tu ,” Steady Pak Akop… steady..” Maklomlah.. tukang sembelih pun kena kasi semangat juga. Hik hik.,
Semasa majlis melapah-lapah tu pun pokcik tak buat apa-apa sekadar menolong bungkuskan apa-apa yang patut. Kemudian pokcik duduk rehat-rehat, pekena kopi o, sambil menjeling-jeling khemah tukang masak. Asap harum sudah menari-nari ke udara. Alahaii, bilalah sup ekor ni nak masak. Maklomlah, sambil melapah-lapah, tiba-tiba kita jadi melapar-lapar lak plak kekekek
Dalam pada itu ramai juga yang bermurah hati menyua-nyua daging korban pada pokcik. Barangkali mereka fikir taraf hidup pokcik yang amat daif ini melayakkan pokcik untuk menerima pemberian daging korban. Namun, pokcik tidak mahu rencah-rencah. Lagi pun di pondok buruk ni, bukan selalu berasap pun. Bukan lengkap pun asam garamnya hatta rencah sop sekalipun. Nanti daging yg banyak-banyak tu jadi basi pula. Tak terusik. Baik di beri pada orang lain, yang sekurang-kurangnya ada dapur yang rajin berasap di rumahnya.
Segala pemberian mereka pokcik tolak dengan berhemah sekali dengan kata-kata , “ Maaflah ya, pondok pokcik ni tak berapa rajin berasap dapurnya. Tapi tak apalah, kalau ada sesiapa yg memasak sedap-sedap tu, kut rendang ka, kut daging masak kicap ka, kut kurma ka, kut sop gearbox ka, janganlah malu-malu untuk menjemput pokcik aaa.. “
Gitu rasanya pokcik rasa jawapan yang paling afdal sekali.
Hik hik
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
6 comments:
salam pokcik
bernas jawapan pokcik tu!
kat umah sy... masih ada 1/2kg daging korban
ujung minggu depan baru habis kot!
ye.. sy masa hujung minggu je
hari lain.... balik umah pun dah malam
tak sempat selalunya nak memasak!
jwpn yg afdhal tu. ha. ha.
pokcik ada daging lebih tak? nak bikin sup dan nasi goreng temigol lah.. hehehhe
Pokcik... nekcun pun ada gak dapat daging qurban. Mungkin dah berlebih-lebih sangat kot... tapi nekcun terima ajer... rezeki kan?...hehehe...
Salam pokcik, tahun ni alhamdulillah rezki saye dpt lebih daging korban, hingga kan tiap2 hari makan daging buat pesen lain2 la..sampai ank2 duk jemu depa nak mkn lauk simple je, ikan masin, sambal blacan, pucuk ubi rebus dan telo dadar! jemput makan...
miloais - Hik hik biasalah. oang tua gitu. Wahh jenuh aa asyik mkn daging je dlm seminggu ni.
sufiyyah - hik hik
maza - Daging baru je habis buat sop minggu lepas. Nasi goreng Temigol? Uii nasi goreng apa tu? Bunyi mcm sedap je..Musti adik beradik nasi goreng terangkat ni hik hik
Nek Cun - Biasalah, bila dah byk tempat buat korban, dh tak tahu nak bagi kat sapa..
pu3chandan - Kekekek ya la, hr2 makan pun boring juga. kalau selalu makan pun susah juga. Kang naik plak kolesterol dan urid asidnya. Tak kena darah tinggi, gout plak datang.. alahaii
Post a Comment