Friday, November 26, 2010

Dol Leman : Misteri Hantu Bungkus


Sinopsis :
Projek ternakan ayam yang diusahakan oleh ketua kampung Parit Sangap, Pak Dolloh membuatkan tiga sahabat Dol, Suppa dan Ku Chai berasa seronok dan teruja. Mereka sering ke sana untuk membantu selain melihat perkembangan projek tersebut.

Sehinggalah pada suatu hari, mereka mendapati Pak Dolloh berasa sedih dan susah hati kerana banyak ayam-ayamnya yang hilang dan mati. Namun tidak dapat diketahui punca dan sebab musababnya. Barangkali ada sesuatu yang misteri di sebaliknya.

Keadaan menjadi semakin menakutkan apabila makhluk berbungkus mula dilihat merayap-rayap di pekarangan rumah ketua kampung itu. Ada yang berkata ia datang dari hutan berhampiran. Namun ia juga kelihatan di rumah Wak Ketot. Adakah kampung mereka kini berada dalam bahaya? Ramai penduduk kampung menjadi takut dan tidak berani keluar malam.

Bomoh Endot, bomoh handal yang dipanggil untuk membantu pun tidak berjaya malahan dia pula diserang demam hingga berhari-hari lamanya. Pak Dolloh semakin gelisah. Masalah ternakan ayamnya belum reda, kini masalah hantu bungkus pula melanda.

Kini, hanya Dol, Suppa dan Ku Chai saja yang masih bersemangat untuk menyiasat misteri hantu bungkus itu. Mereka terpaksa meredah semak samun dan mengintip kawasan reban ayam di waktu malam untuk mencari jawapan. Penyiasatan mereka menjadi semakin memeningkan kepala apabila muncul misteri lain iaitu ayam putih yang juga berkeliaran di kawasan kampung.

Mersik Romoyu
Harga Semenanjung: RM12.90
Harga Sabah/Serawak: RM15.90
ISBN: 978-967-5367-82-3

4 comments:

maza said...

taniah di atas terbitan buku terbaru... satu lagi rezeki tu utk pokcik.. hehehe

Kak Azzah8 said...

salam pokcik,
ada xtra kat rumah tak? saya nak datang beli ...siap tandatangan lagi tau!

zanna said...

Salam...
cam best je nanti akan ku carigali kat kedai terpilih

Mersik said...

Maza - Terima kasih gitu. Alah.. bukannya byk pun, jadilah buat boli2 biskut2 dan Kopi Tongka Ali. hik hik

Kak Azzah - Masih dalam cetakan gitu. InsyaALLAH kalau dah ada sy kabo ya, miscall2 ka.. hik hik

Zanna - Uii.. best gitu. Cari jgn tak cari aa.. Terima kasih