Assalamualaikum..w.b.t
Nampaknya Ramadan sudah mula merangkak pergi mengundang sinar Syawal yang ceroh memancar-mancar kemilaunya. Keriangan sudah mulai terasa di sana sini bersama dentam dentum bunga api dari sumber entah mana ( pasaran gelap). Dan keterujaan untuk kembali ke pangkuan ayah bonda tercinta nun jauh di kampung sana semakin menggebu-gebu gitu. Peluang bertemu sanak saudara, adik abang, datuk nenek, pokcik ,mokcik , teman tapi mesra , mak atau pak mertua angkat, buah hati pengarang jantung serta dan kaum keluarga di hari indah yang penuh meriah ini sememangnya begitu amat ditunggu-tunggu.
Apa-apa pun, dikesempatan yang tak menyempat-nyempat ni, pokcik dengan rendah hati , dari hujung jambul sampai hujung cagu, menghulurkan sembah salam, sembah penuh bersopan santun, memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap disepanjang anda semua mengenali diri ( juga meminati diri ini hik hik ) di ruangan fesbuk tanpa sempadan ini. Dan, disepanjang anda keluar masuk, naik turun ke pondok pokcik yang maha glamer itu kut-kutlah ada rasa yang tak puas dirasa ka, pokcik katakan sorry lah juga.
Maklomlah, kadang-kadang kita tak perasan gitu akan segala sikap dan sifat buruk yang terlindung. Manalah tahu, dalam pada mengomel-ngomel, bersembang-sembang, bertonyeh-tonyeh, berngigau-ngigau, ber tot tet tot tet dan segala macam ber ber lagi, ada timbul rasa yang kurang selesa di hati kalian. Ada rasa marah atau pun geram serta memendam perasaan. Apakan daya, pokcik hanyalah insan biasa yang serba kekurangan, namun sedikit rupawan. Sedikit sahaja.. hik hik
Atau barangkali, ruang maya pokcik ini secara hakikatnya tidak dapat memberi segala kesenangan di hati kamu yang serba muda mudi dan penuh trendy. Apa yang pokcik tuliskan kadang kala ketinggalan zaman gitu dan tidak menepati citarasa dan topik cerita masa kini. Apa nak buat? Inilah saja yang mampu pokcik adakan. Bercerita pada ruang masa yang terbatas, akibat ketuaan melampau dan kebutaan teknologi yang berlari kadang memecut laju. Walau apa pun, percayalah, hati pokcik tetap baik dan ikhlass.. kekekek
Selamat pergi dan balik ke kampung masing-masing. Pokcik doakan perjalanan anda selesa dan lancar selancar Ford Lancer. Hati-hatilah semasa memandu di jalan raya. Ingat, jalan raya bukan tempat beraya. Walau kenderaan apa yang anda gunakan hatta Jengkauk dan jentolak sekalipun, jangan memandu terlalu laju. Kalau ngantuk mata dan letih tubuh badan, rehatlah dulu dan ngeteh-ngetehlah dengan penuh nikmat di prasarana yang di sediakan.
Pokcik harapkan lagi, semoga anda semua akan bergembira selalu di hari yang mulia ini. Kalau makan ketupat, rendang, lemang, kari, serunding hatta meggi mee sekalipun, janganlah lupakan pokcik yang hensem ini. Jangan pula kamu makan terlalu banyak, seolah-olah melepas geram puasa sebulan kerana nanti... kolesterol, gula , darah, uric acid, semua akan mencanak-canak naik. Silap-silap berat badan kamu pun naik jugak. Justeru kelak, kamu akan menjadi kurang kacak dari pokcik.. Tentu kamu semua tidak mahu jadi begitu kan? hik hik
Sampaikan salam pada oang kampung semua termasuk Pak Bilal, Tok Siak, Pak Imam serta kumpulan kompang kampung semua. Mana-mana saudara mara yang dah tua atau sedang sakit, ziarahilah mereka dengan segera. Nanti kalau tahun depan, mereka pendek umur, baru korang nyesal tak terkira.Sambil tu hulur-hulurkanlah barang singgit dua tanda sedekah yang ikhlas. Alah, mereka bukan hendakkan wang kamu pun. Dan tua-tua atau sakit-sakit begini perhatianlah yang mereka lebih perlukan. Mungkin sekarang kamu tidak faham,nanti esok-esok bila kamu dah sebaya dengannya baru kamu tahu. Dunia ini berputar setiap hari. Masa kamu akan tiba.
Akhir sekali, semoga Syawal tahun ni akan lebih meriah dan beerti untuk kalian.Selamat bergembira di sepanjang lebaran ini.
Raya jangan tak raya
Raya jangan tak raya
Raya jangan tak raya
Yihaaa…
Nota cagu :
Pokcik akan bercoti raya selama seminggu. Mungkin lebih kalau pokcik tak lupa diri aaa.. Parit Sangap telah lama menanti, aduhaii... Selamat merindui pokcik aa.. hik hik
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
2 comments:
salam pokcik
selamat hari raya pokcik
hati2 di jalan raya
ampun dan maaf ye pokcik
kalo saya ada terkasar bahasa ngan pokcik
samada di blog atau pun di fesbuk
hiks!
pesanan lagi satu :
harap pokcik tak lupa diri bergumbira di parit sangap dan
tak lupa apdet blog dengan citer3 raya yg vogeh!
ahaksss!
salam pok cik.
mohon maaf zahir dan batin jugak. :)
Post a Comment